بسم الله الرحمن الرحيم
Plastik. Dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan barang-barang yang made of plastik. Minum guna cawan plastik, simpan lebihan makanan dalam tupperware plastik, berus gigi guna berus gigi yang pemegangnya plastik. Senang cerita, macam tak lengkaplah hidup tanpa plastik ni. Tapi jangan pula nak buat muka plastik, nanti kena lastik.
Tahukah anda bahawa kita juga mempunyai ciri-ciri yang ada pada plastik? Errr. Relaks dulu. Bukan saya menyamakan anda dengan plastik-plastik yang dijual di kedai itu. Cuma memang ada persamaan ciri antara kita dengan plastik. Tak percaya? meh baca!
Plastik jika dikenakan suhu yang tinggi akan menjadi lembut dan perlahan-perlahan mencair. Biasanya waktu inilah plastik mudah dibentuk menjadi bentuk yang dikehendaki. Buat lah bentuk apa sahaja sama ada bulat, petak, segitiga atau oval. Dan biasanya juga pada waktu inilah warna plastik rata-rata adalah jernih. Bak kata orang putih, see through.
Kita juga sebenarnya begitu. Eh tak percaya? okay cuba bayang yang kita baru sahaja balik dari program yang penceramahnya adalah mufti menk dari zimbabwe. Pasti iman kita waktu ini mencanak tinggi sebab hati dah bersih dan jernih. Dalam hati kita penuh dengan rasa berkobar-kobar penuh semangat untuk memperbaiki diri dan orang lain. Dan ketika inilah sangat mudah kita mengawal nafsu dan membentuk diri mengikut sibghah (acuan) Allah. Itu kalau kita aplikasi konsep plastik panas pada diri kita.
Dan sebagai da'ie konsep ini tidak lain tidak bukan sesuai juga insyaAllah dilaksanakan pada mad'u-mad'u kita. Ya. Jadikanlah apa sahaja cara yang Allah redha untuk cairkan hati-hati mad'u kita. Tak kisahlah nak piknik ke, nak jalan-jalan tepi tasik sambil tadabbur alam ke, nak ajak pergi masjid ke, tengok video-video palestin ke, yang penting cara kena cukup 'panas' untuk 'lembutkan' dan 'jernihkan' hati mad'u. Nah ketika inilah kita menjalankan peranan membentuk mad'u-mad'u kita itu mengikut sibghah Allah. InsyaAllah dengan hati mad'u yang tengah lembut dan jernih itu, mudah untuk mereka menerima apa yang kita sampaikan. Dan jangan lupa doa dekat Allah. Sebab Allah je yang mampu buka hati manusia lain, bukan usaha kita!
Itu kisah plastik panas. InsyaAllah sama-sama kita cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian agar mardhatillah itu dapat dicapai dan syurga Allah dapat kita gapai kelak. insyaAllah. cuma AWAS! Jangan cuba membentuk atau melentur plastik yang masih keras yang sejuk kerana kalau tersalah daya yang diberikan, plastik boleh patah dan menjadi rosak. Apa kaitan plastik keras yang sejuk dengan diri kita dan mad'u? Selamat berpikir dan beramal.
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment