Sunday, October 19, 2014

Infiru

بسم الله الرحمن الرحيم

Rukun Usrah. Pernah dengar tentang rukun usrah? Kalau tak pernah, kena try cari usrah dulu then join :) Then boleh tahu apa itu rukun usrah. Rukun usrah ni ada 3. Ta'aruf, Takaful, Tafahum. 3 rukun ni adalah antara objektif utama yang nak digarapkan dalam kalangan ahli sesebuah usrah. Dan rukun ni penting untuk menghasilkan sebuah usrah yang gembira riang ria gemilang dan terbilang. Untuk lebih jelas lagi, jom explore satu persatu-satu makna 3 rukun ni.

Ta'aruf maksudnya berkenal-kenalan. Ya, memang penting untuk kita kenal ahli usrah kita. Sebab selalunya usrah ni terdiri daripada pelbagai jenis manusia yang datang dari tempat yang berbeza. Jadi mesti ada effort untuk kenal siapa ahli usrah kita. Kenal kat sini bukan setakat tau nama, umur asal, tarikh lahir dan lain-lain macam dalam CV tu. Tapi kenal kat sini maksudnya yang betul tau size kasut, makanan kegemaran, character, habit dan banyak lagi. Pendek kata, kenal segalanya tentang ahli usrah tu.

Jadi bila dah kenal, lebih mudah untuk nak tafahum. Tafahum tu maksudnya saling memahami. Perkara ini juga penting sebab kita nak melahirkan suasana yang harmoni dalam usrah tu. Kalau tidak sefahaman, mungkin boleh timbul pertengkaran atau perbalahan besar dikalangan ahli usrah tu sendiri. Faham tu ada banyak cara dan banyak jenis. Faham keperluan, faham kecenderungan, faham kebencian, faham kesusahan dan lain-lain.Sangat bagus kalau dapat faham semuanya tentang ahli usrah kita.

Then bila dah saling memahami, barulah timbul sifat takaful ni. Takaful ni kalau kata mudahnya adalah saling membantu dan menolong. Contohnya kita tahu ahli usrah kita tengah takde duit and at the same time, kita ada duit lebih. Jadi kalau kita salaing tafahum, kita akan beri bantuan dan ahli usrah akan terima bantuan tu. Tiada penolakan untuk terima duit bantuan tersebut sebab ahli yang dalam kesusahan itu tahu, duit yang diterima adalah bantuan dari orang yang dah dianggap seperti keluarga sendiri.


Begitulah idealnya sebuah usrah yang dibayangkan. IDEAL. Realitinya semudah itukah? Setelah melalui pelbagai teori dalam usrah, pasti Allah akan uji sejauh mana kefahaman kita dan kesediaan kita untuk melalui benda yang kita dah belajar dalam usrah. Yelah, kalau ilmu tanpa amal, sia-sia kan. Jadi kena ada praktikal side dari segala jenis teori yang kita dah hadam dalam usrah.

Dan hari ini, aku benar-benar merasakan ujian tu. Bila mana hatiku terasa berat dengan permintaan salah seorang ahli usrahku. Kita panggil dia A.Pada mulanya aku diam semasa naqibahku meminta pandangan kami terhadap permintaan A. Sebab aku benar-benar khuatir kalau kata-kataku akan merobek perasaan A.
Dalam hatiku terus teringat ayat 41 surah at-Taubah.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤١)
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (41)


Tapi hatiku masih berat. Aku bersuara menyatakan pandangan aku. Setelah menyatakan pandangan aku, tiba-tiba rasa sebak memenuhi hati aku. Sebab aku rasa, aku gagal memahami kekangan-kekangan A. Aku gagal untuk takaful. Aku tak bertolak ansur. Saat membacakan doa rabitah, air mata aku tak dapat ditahan lagi. Aku sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri.

Buat A, maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Moga Allah tautkan hati kita keranaNya.