Friday, July 27, 2012

IMTIHAN Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bercucuran airmata sarah mengalir ketika berdoa seusai solat sunat tadi. Entah mengapa hatinya seakan sayu. Sungguh Sarah takut. Takut gagal paper esok hari. Takut dirinya menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Allah. 

Sungguh hatinya sakit tatkala bicara-bicara manusia yang menyinggah ke gendang telinganya sibuk membicarakan tentang orang-orang yang berdakwah sering gagal dalam peperiksaan. Dakwah itu juga yang dipersalahkan orang. Sedangkan dakwah itu tidak bersalah. Bila orang yang bermain game gagal, tidak pula ceritanya digembar gemburkan.

Atas dasar itulah sarah seakan fobia dengan kegagalan. Sehingga perasaanya menjadi tidak keruan. Tetapi Alhamdulillah selepas solat tadi seakan-akan ada suatu kuasa yang mencabut kerisauan itu. Hatinya kini lega. Dan sarah tekad untuk menduduki peperiksaan itu esok. Hanya kerana Allah. Sarah yakin Allah pasti menolong orang yang menolong agamanya dan janji Allah pasti benar.

Setelah sebulan berlalu......

'Sarah, dah check result? tadi dapat email kata yang result dah boleh check kat web uni..hehe' pesanan ringkas itu dibaca dengan hati yang berkocak. Adibah teman sekelasnya yang menghantar sms.

'Allah. Dah keluar result.Allah permudahkanlah. Kuatkanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.' tanpa sedar hati sarah bermonolog sendirian.

Segera sarah menghadap laptopnya dan jemarinya pantas menaip username dan password pada papan kekunci untuk membolehkan sarah memasuki laman portal universitinya. Tanpa disuruh jarinya mengklik mouse untuk melihat paparan result semester lepas.

Tergamam Sarah seakan tidak percaya. Airmatanya menitis juga. Bukan sedih. Tidak juga kecewa. Hanya lafaz Alhamdulillah yang terkeluar dari bibirnya. Benar Allah itu Maha Kuasa. Kini sarah yakin, kejayaan bukan atas hasil usahanya, tetapi hanya kerana rahmat Allah semata.

Tamat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(35:5)

No comments:

Post a Comment