Thursday, March 10, 2016

Lalai menilai

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama jari-jemari aku kaku. Diam. Tidak bergerak melakarkan dan menukilkan apa yang aku rasa. Apa yang aku fikirkan.

Aku lihat kembali last entry yang aku tulis. Sudah setahun berlalu. Bukan sahaja musim yang sudah berubah, malahan status aku juga sudah berubah. Apakah yang menghalang aku untuk terus menulis ?

Kelalaian.

Benar. Pahit untuk diakui tetapi itulah kebenarannya.

Kita kadang-kadang lalai dalam menilai., lalai dalam menyusun.

Aku terlupa, yang melalui tulisan juga kita mampu menyentuh hati manusia.

Aku terlupa, yang melalui tulisan kita mampu meninggalkan sebuah legenda.

Aku terlupa, yang melalui tulisan kita boleh membangunkan sebuah gagasan.

Aku terlupa, yang melalui tulisan kita juga mampu beramal.

Semoga semangat baru yang aku perolehi ini, mampu membuatkan aku ingin dan ingin terus menulis. Ya Allah permudahkanlah.