Friday, March 29, 2013

syahid syuhada' Part 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu dikuak perlahan. Kunci masih belum ditukar walau sudah empat tahun masa berselang. Sebaik kaki melangkah, luruh segala rindu yang bertakhta di hati Umar. Telinganya menangkap bunyi suara gurauan dua wanita yang paling dia rindui selama ini. Mama dan Jannah.

Perlahan kakinya diatur ke dapur. Segera jarinya Umar letakkan dimulut tanda suruh diam sebaik sahaja mata Jannah bertemu dengan matanya. Debaran semakin terasa bila jarak antara dia dan Mama cuma tinggal 250 cm sahaja.

Tangan diangkat perlahan dan Umar menutup mata Puan Saodah. Sebak. Mata Umar bergenang. Ingin dipeluk erat tubuh itu.

Puan Saodah terjerit halus bila tiba-tiba matanya ditutup. Kasar. Tangan lelaki. Nasib baik senduk ditangan tidak terlepas.Senduk digenggam erat dan diangkat separa bahu. Bersedia macam nak main besbol.

'Siapa ni? Jannah siapa ni..cepat telefon polis..baik awak lepaskan saya kalau tidak saya ketuk kepala awak dengan senduk ni'

Jannah nak tergelak. Ditekup mulutnya. Mata Umar terbeliak.

Keletukkkk.

Belum sempat Umar betindak,belakang senduk terlebih dahulu mencium kepala Umar. Tangannya terlepas dari mata Puan Saodah. Umar tertunduk. Puan Saodah segera berpaling untuk terus menyerang gerangan yang menutup matanya sebentar tadi. Senduk di angkat semakin tinggi.

'Maaa..jap Ma..Along ni..Adoi kuatnya Mama ketuk' spontan Umar separuh menjerit bila melihat hayunan tangan Puan Saodah semakin tinggi. Tangannya menggosok kepala.

Keletingg..Senduk terlepas dari tangan Puan Saodah. Akalnya susah nak percaya tetapi hatinya meyakinkan. Puan Saodah menggosok matanya.

'Along?' perlahan dan syahdu.

'Along anak Mama? Ya Allah..' Puan Saodah meluru ke depan. Susuk yang dirinduinya itu dipeluk kemas. Hatinya gembira. Bersyukur.

'Mama minta maaf Along. Mama salah dulu. Mama paksa buat apa yang Along tak suka. Maafkan Mama ye Along. Along jangan pergi lagi dah nak. Mama janji...'

Belum sempat Puan Saodah menghabiskan ayatnya, Umar segera memotong.

'tak Ma..Along yang kena minta maaf..Along salah..Mama maafkan Along?'

Dan hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan ketulusan anaknya. Puan Saodah mengangguk. Suasana hening menyelubungi seisi rumah. Jannah yang memerhati menangis dalam tersenyum. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Tiba-tiba..

'Along, Mama..minggu depan keluarga pihak lelaki nak datang merisik dan tetapkan tarikh walimah.'

*bersambung*


 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)
(Surah Maryam :96)