بسم الله الرحمن الرحيم
Baitul Muslim. Atau lebih dikenali dikalangan
manusia sejagat dengan panggilan BM. Eh sabar dahulu, jangan senyum awal-awal.
Suka betul jika topik ini yang cuba diketengahkan ya? *okay yang tengah menulis pon senyum
sebenarnya*
Apakah itu Baitul
Muslim? Rasanya tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut sebab saya yakin
ramai yang lebih arif dalam takrifan Baitul Muslim. Cumanya saya rasa
terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit pengetahuan dan perasaan yang saya
ada tentang Baitul Muslim. Pengalaman insyaAllah akan datang J.
Okay baiklah. Soalan
pertama bila kita cakap nak berbaitul muslim, mesti ada mulut-mulut yang
bertanya, Kenapa nak berbaitul muslim (especially naqib/ah kita yang sangat
caring itu)? Jadi jom tanya diri sendiri balik, kenapa nak
berbaitul muslim? Eh. Telan air liur. Mulut akan laju saja menjawab "sebab
saya nak nikah kerana Allah". Wow. Alhamdulillah. Tapi cuba selami hati
sedikit. Seiringkah apa yang keluar dimulut dengan apa yang terselit di balik
hati? Eh saya tidak meragui keikhlasan
anda. Saya cuma ajak kita sama-sama muhasabah.
Jika benar itu yang
menjadi niat dihati, kenapa kadang-kadang jika dilihat dalam proses pemilihan pasangan itu sangat banyak ciri-ciri fizikal yang disenaraikan ? Mahu yang sedap mata memandang. Mahu yang putih. Mahu yang hitam
manis. Mahu yang tinggi. Mahu yang rendah.
Eh. Saya tidak kata rupa paras tidak penting ya. Fitrah manusia ada keinginan dan suka yang cantik menurut pandangan mata. Tetapi sedarkah kita nak bina apa? Kita nak bina Baitul Muslim. Ada yang lebih penting dari rupa. Apa yang penting? Kerjasama! Eh ini jawapan wonderpets. Yang penting buat kita bila nak bina baitul muslim adalah niat dan tujuan. Dan juga semangat serta yakin.

Innama a'malu binniat.
Kenapa saya baca potongan hadith ini? Sebab kalau benar kita mahu berbaitul muslim kerana
Allah, tidak datang masalah rupa. Bagaimana keadaan pasangan kita akan redha
insyaAllah. Kerna kita percaya yang itulah yang terbaik buat kita. Allah tahu
yang kita akan terpesona dengan pasangan jika Dia berikan yang cantik untuk
kita dan sedikit demi sedikit mula lupakan Dia, jadi sebab itu kita tak dapat
yang cantik. Lupakah kita dengan ayat 24
surah At-Taubah (surah ke-9)? Dan jika kita dapat yang cantik Allah tahu kita
mampu tahan godaan kecantikan itu dan tidak akan lupa kepada Dia. Jadi apa-apa
pun, bersyukur. Segala pemberian Allah tu kan rahmat. *senyum*
Dan ada juga yang
terkadang tersalah niat ketika hendak berbaitul muslim. Disebabkan kita
merasakan yang kita tergolong dalam kelompok ikhwah akhawat, jadi lebih mudah
kahwin melalui borang baitul muslim. Kita fikir itu cara termudah untuk
memenuhi hasrat di hati yang memang teringin benar dah nak berumahtangga. Hendak
dipinang begitu saja secara direct kepada pihak satu lagi nanti apa pula kata
naqib/ah. Jika itu apa yang bermain fikiran kita, memang kita dapat berkahwin
insyaAllah. Tetapi setakat itu sajalah. Kita berkahwin sebagaimana orang lain
berkahwin tanpa ada tujuan lain.
Pada pandangan saya (saya ulang, pandangan saya), itulah yang menjadi salah satu sebab kenapa ada kalangan ikhwah dan akhawat hilang dari dunia dakwah dan tenggelam dalam dunia sendiri setelah berumahtangga. Setelah kita dapat nikmat berkahwin , lupa sudah tujuan asal kenapa Imam Syeikh Hassan Al- Bana menggariskan supaya diwujudkan baitul muslim. Hilang sudah semangat berkobar-kobar nak kembalikan agama Allah dimuka bumi ini.

Jadinya saya menyeru, sedarlah ikhwah
akhawat sekalian. Sedarlah.Baitul muslim bukan sekadar penyatuan dua jiwa, perkongsian
dua rasa tetapi lebih dari itu. Baitul muslim membawa satu makna yang sangat
besar dalam proses melebarkan lagi dakwah kita, proses mengembalikan
kegemilangan Islam di bumi Allah. Baitul
muslim adalah atom-atom yang akan membentuk molekul mujtamak muslim. Jadi mari muhasabah balik. Hitung diri kita. Kenapa nak berbaitul
muslim?
bersambung
Allahu a'lam
sy pinjam gmabar ye :)
ReplyDeletesila2..semoga bermanfaat
ReplyDelete