Saturday, December 21, 2013

Mind Rant 3

بسم الله الرحمن الرحيم

sepatutnya yang perlu aku type sekarang adalah assigment untuk dihantar esok. ya deadline nya esok. tapi hati rasa nak update juga blog yang dah lama sepi ni. gila. ya memang kerja gila.

cuti dah start semalam. kali ini cuti aku tidak keluar dari negara tempat aku belajar. selalu ada sahaja tempat yang dilawati. bukan menyepi tetapi sebab visa dah nak mati. belum renew lagi. lalu terasa kosong. tak tahu ke mana nak di tuju.

mungkin Allah sengaja masa untuk aku bersendiri. sebab kalau jaulah (baca: travel) akan reramai. tak ada masa nak layan blues. ah. banyak nak kena muhasabah.

tengok carta hati, fail. sabar, taqwa, ikhlas. semua masuk gaung. orang lambat buka pintu rasa cepat saja syaitan merasuk. orang lambat reply email rasa cepat saja nak sms kat belakang minta balas cepat-cepat. orang nasihat cepat sahaja nak keluarkan hujah nak deny segalanya. rasa orang tak paham apa kita rasa.

mungkin aku lupa satu perkara:

dalam tarbiyah, sepatutnya yang ditanya adalah

'sudahkah aku cukup memahami kondisi orang lain'

bukannya

'kenapalah korang tak paham apa aku rasa ni. cubalah paham sikit kondisi aku'

kerana cubaan memahami keadaan orang lain adalah kunci kepada sikap ithar (lebihkan orang lain daripada diri sendiri)


*style copy paste status facebook sendiri*

ah tak perlu tulis banyak. take your time. to travel back to the past. to reminisce about the himmah that you used to have.

maybe the time has come. it's time to get back to Quran. To repair the relationship between you and Quran.

thank you Allah. and i love You!



*okay gamba tiada kena-mengena dengan entry. tapi jom bantu mereka!*

Bilaad al-Syam, under the snow.

Have we forgotten you? No.
Indeed, our love does grow.
And our pledge is
to end your sorrow.
If possible, today or tomorrow.

*Bilaad al-Syam (the Levant), atau sebuah kawasan yg meliputi (antara lainnya) Syria, Jordan, Palestin, Lubnan & Sinai pada hari ini.



Saturday, September 7, 2013

Mind Rant 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku kadang tertanya sendiri sebab apa aku menulis.

dan aku hampir nak menangis.

benarlah kata orang niat itu macam angin. tak nampak dan tidak boleh diikat stay kat satu tempat. berubah setiap masa.

melihat artikel lama juga membuatkan aku terus ingin menangis.

banyak ditulis tapi amal entah ke mana.

cerita bersiri juga tidak lengkap tiada endingnya. idea dah ada tapi tangan tebejat kaku entah kenapa.

ketar kepala lutut aku bila memikirkan hasil tulisanku dipapar di padang mahsyar kelak lalu meminta bukti aku mengamalkan apa yang aku rencana.

nak kata tak cukup masa, sibuk semedang, lebih ramai yang sibuk berbanding aku.

aku duduk lagi. merenung masa lepas. banyak sebenarnya masa terbuang.

dan Allah melihat malaikat mencatat.

mungkin kerna jiwa ini sebenarnya sakit tenat perlu segera dirawat.

wahai hati, mahukah kau ku pinang untuk kembali kepada Allah?


Thursday, September 5, 2013

Hanya kerna dia bukan mad'u sasaran!

بسم الله الرحمن الرحيم

Wah tajuk nak kontroversi sahaja. Maaf bukan niat saya nak timbulkan apa-apa spekulasi, tetapi sememangnya tajuk ini saya rasakan paling sesuai dengan isi yang bakal saya kongsi nanti. Akhir-akhir ni, mungkin kerna pasca ramadhan, Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk lebih banyak muhasabah dan tengok kekurangan dalam diri sendiri. Pelbagai perasaan datang menyentap didalam hati. Banyak peristiwa yang buat saya tak senang duduk. 

Ada seseorang menghubungi saya lewat telefon. Saya menjawabnya acuh tak acuh. Sementelah itu, saya rasa bersalah. Terfikir, beginikah caranya saya melayan manusia sedangkan saya mengaku kononnya saya adalah da'ie. Selama ini, rupanya saya seorang racist. Saya racist dalam tarbiyah. Macam mana racist dalam tarbiyah? Macam ni.

"assalamu'alaikum wbt akak. Buat apa tu? Akak free tak weekend ni? Jom tadabbur alam dekat taman askona.hehe" tanya ina girang kpd kak tasha.

"wa'alaikumussalam wbt..maaf..tak free minggu ni.." jawab kak tasha pendek.

Eh biasa je reply kak tasha tu. Takde apa yang pelik pun.Mungkin kak tasha busy. Maklumlah figur besar dakwah. Mana sempat nak layan semua org. Tapi bagi saya tak biasa reply itu jika benar kita daie yang tak racist. Cuba bayangkan kalau ina itu adalah seorang anasir taghyir (AT) yang memang sasaran untuk ditajmik. Saya yakin jawapan kak tasha akan berubah sebegini rupa.

"wa'alaikumussalam wbt..maaf dik, akak tak free la minggu ni..erm 2 minggu lagi okay tak? Sori sgt ye yang.."

Pasti kita berusaha mencari masa ganti untuk bersama AT. Peluang yang ada tak boleh dibiarkan begitu sahaja.sayanglah kalau tak dpt nak tajmik AT. AT kan aset penting dakwah.

Benar. Dakwah perlukan prioritas. Dakwah perlukan perancangan. Namun bukankah Rasulullah adalah contoh murabbi agung di muka bumi ini? Tidak pernah Rasulullah mengajar kita untuk tidak melayan orang yang datang kepada kita dengan baik. Baginda malah ditegur Allah dalam surah Abasa kerana kesilapan kecil terhadap Abdullah ibn Makhtum. Terkemudian, ada satu peristiwa dimana seseorang bertemu Rasulullah untuk bertanya sesuatu lalu lelaki tersebut dilayan Rasulullah seolah-olah dia adalah tetamu istimewa buat Baginda.

Dari Abu Rifa'ah Tamim bin Usaid radhiyallahu'anhu, ia berkata: 

"Aku datang kepada Rasulullah ketika sedang berkhutbah, lalu aku berkata: ' Wahai Rasululullah, ada orang asing yang bertanya tentnag agamanya, ia tidak tahu apa agamanya.' Kemudian RAsulullah datang kepadaku meninggalkan khutbahnya sehingga sampai kepadaku, lalu didatangkan kerusi hingga baginda duduk diatasna. Kemudian Rasulullah mulai mengajariku tentang apa yang telah diajarkan Allah kepadanya, kemudian kembali ke khutbahnya dan menyempurnakan bagian akhirnya." 

(HR. Muslim)

Jadi dimana kita? adakah kita tergolong dalam golongan dai'e racist dalam tarbiyah? Moga Allah mengampuni segala kesilapan kita.

Thursday, August 15, 2013

Ya Misr!

بسم الله الرحمن الرحيم

saat mereka bermandi darah,
saat mereka dijemput Allah,
tersenyum menyandang pangkat syuhadah,
aina antum ya muslimeen wa muslimah?

alasan kau lemparkan mudah,
konon diri dibelenggu masalah,
kau masih terperuk mencari arah, 
sedang mereka berdiri gagah,
mempertahankan haq-haq Allah,
aina aintum ya muslimeen wa muslimah?


ya musslimeen wa muslimah,
ayuh jangan lagi berlengah,
teruslah berdoa kepada Allah, 
buat saudara di mesir terutama di medan Ra'baah,
semoga doa diangkat menjadi saksi di akhirah!

hasbunallahu wa ni'mal wakeel 3x
ahzimhum wansurna 'alaihim.


Tuesday, August 6, 2013

Nurani 1#

بسم الله الرحمن الرحيم

mataku memandang ke langit sana

Subhanallah 

tanpa dipinta bibirku melafazkan kata

panahan pandanganku tembus

tembus melepasi batasan dunia

seolah-olah mendarat di sidratul muntaha

terpaku, terdiam aku tanpa sepatah kata

kerna hatiku yakin DIA melihatku

sepertimana aku seolah-olah melihatNya

Rohku terkinja-kinja mahu ke sana

abadi tenang disisi-Nya

Tetapi mungkin masih belum masanya

Aku harus menunggu, menanti penuh sabar

namun hatiku bimbang jua

ketakutan menyelinap di segenap ruang jiwa

akan nasib iman di dada

saat nyawa aku ditarik menghadap-Nya

masihkah himmah dan hammasah menggunung tinggi

atau hanya tinggal secebis cuma?


hawariyyun, 7 july 2013
catatan pena dlm bus


Monday, July 8, 2013

Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Esok Ramadhan. Malam ini kita kita dah boleh buat solat terawih. Alhamdulillah.

Cuma Ramadhan kali ini tak seperti sebelumnya. Aku menanti kedatangan Ramdhan tapi hatiku pedih. Tak tertahan air mataku melihat video dibawah ini.

ya Allah macam mana mereka nak solat terawih kalau solat subuh ditembak secara sesuka hati?

ya Allah bagaimana mereka nak sambut Ramadhan ya Allah?

hanya Engkau yang mampu membantu mereka ya Allah..aku lemah aku lemah aku lemah..maafkan aku ya Allah kerana tak mampu berbuat apa-apa selain doa..

Hasbunallahu wa ni'mal wakil!

Sunday, June 30, 2013

Mind Rant

بسم الله الرحمن الرحيم

akhir-akhir banyak pulak aku menulis di blog. seolah-olah ada banyak masa. sedangkan tidak. sebab wajibat akstaru minal auqat.

bila ijazah menggesa, mununtut haknya dan pada masa sama risalah juga wajib diberi perhatian melebihi segalanya.

ada lagi 3 bulan. sebelum ijazah dilengkapkan. Dan selepas itu seharusnya aku balik. Balik ke tempat di mana aku dilahirkan.

Tetapi ada sesuatu yang merantai hati aku di sini, yang menahan kakiku. Risalah itu. Risalah itu. Risalah itu.

Tawaran sambung belajar sudahku terima Alhamdulillah. Cuma kini tinggal biasiswa. Yang aku sendiri tidak pasti hujung jalannya. Tapi aku yakin, Allah pasti sudah tetapkan yang terbaik buatku.

Di mana sahaja aku bakal ditetapkan kelak, disitu Allah aku junjung insyaAllah dan semoga ianya terbaik buat dakwah dan tarbiyahku.

ya Allah ya Allah ya Allah. Semoga syahid menantiku. Semoga aku sedia menanti kedatangan syahid menjemput.

buat kalian yang membaca. ku mohon titipkan doa buat aku. biar kita tidak pernah bersua muka. tapi aku yakin, kita punya tujuan yang sama. Allahu ghayatuna, wa amit ha 'alasy syahadati fi sabilik.

Allahu a'lam

Saturday, June 29, 2013

Nasi Lemak Tupperware Biru

بسم الله الرحمن الرحيم

Nani berkira-kira sendiri. Perjalanan memakan hampir 4 jam untuk satu hala. Pergi balik lebih kurang 8 jam. Betul ke nak teruskan and balik hari ni? Dalam hati Nani masih lagi berkira-kira kemuntijan (effectiveness) tindakannya kelak.

Ironinya kaki Nani terus melangkah menuju train station. Nasi lemak digenggam erat.

Kalau tak pergi, nasi lemak ni siapa nak makan. Astaghfirullah al-'azim. Nani sedar jiwanya sedang dihasut syaitan. Segera Nani membetulkan niat perginya hanya kerana Allah.

Teringat pesan murabbiyahnya, Nani menghabiskan masa di dalam train dengan membaca Al-Quran dan membaca buku fikrah. Hatinya yang berbolak-balik dipujuk berulang kali. Niatnya ditajdid entah berapa kali.

Sedar tak sedar, Nani akhirnya sampai ke destinasi. Telefon bimbitnya dibuka untuk melihat peta ke rumah Diya, mad'unya. Inilah pertama kali Nani menjejakkan kaki ke rumah Diya setelah Diya berpindah beberapa bulan lalu. Sudah beberapa kali Nani cuba untuk ke rumah Diya, namun Diya sentiasa sibuk. Lalu Nani datang dengan idea terjah sahaja tanpa memberitahu Diya terlebih dahulu.

Sepanjang perjalanan mencari rumah Diya, hati dan perasaan Nani diasak pelbagai andaian. Nani membayangkan muka Diya yang gembira memakan nasi lemak kegemarannya. Pasti saat itu hati Nani puas kerana berjaya menggembirakan hati mad'unya. Tapi kalau sebaliknya berlaku? Bagaimana kalau Diya tiada dirumah? Atau bagaimana reaksi Diya hambar sahaja?

'Ya Allah apa aku fikir ni. Bukankah andaian-andaian itu datangnya dari syaitan.' Sekali lagi Nani istighfar.

Kini Nani betul-betul dihadapan bangunan rumah Diya. Dengan lafaz Bismillah, loceng rumah Diya di tekan.Sekali. Dua kali. Tiga kali. Sepi tiada jawapan. Nani cuba menghubungi melalui telefon pula. Sekali. Dua kali. Tidak diangkat.

'Mungkin Diya dalam toilet kot. Atau Diya belum bangun mungkin.' Nani cuba bersangka baik. 'Tapi dah pukul 12.30 tengah hari. Takkan belum bangun.' Hati kecil Nani berbisik.

Lalu Nani membuat keputusan untuk menunggu 15 minit disitu.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

Masih tiada jawapan dari Diya. Nani menghantar pesanan ringkas pula.

'Assalamu'alaikum wbt Diya. Sihat? Diya dirumah? Akak ada benda nak bagi Diya sikit. Akak pergi beli barang kejap nanti akak datang balik ya insyaAllah'

Nani melangkah ke arah pusat bandar. Setelah selesai membeli barang, Nani kembali ke rumah Diya.
Loceng ditekan lagi. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Sunyi. Nani cuba lagi menghubungi Diya melalui telefon. Tiada jawapan. Nani dilanda kerisauan. 'Diya okay ke tak sebenarnya? Tak mungkin Diya ke tempat lain sebab Isnin Diya exam. Mungkin Diya ke library.' Begitu Nani memujuk hati supaya husnudzhon.

Nani tengok jam. Dah pukul 3 petang. Trainnya pukul 3.30 petang. Nasi lemak digenggam erat. Air mata dah bertakung di mata Nani. Nani meletakkan nasi lemak didepan pintu rumah Diya. Nani tawakkal sahaja pada Allah agar nasi lemak itu sampai ke tangan Diya.

Sekali lagi Nani mengeluarkan telefon bimbitnya. Nani menulis sms ringkas kepada Diya. Kali ini untuk memberitahu Diya yang ada nasi lemak dalam tupperware biru ditinggalkan di depan rumah Diya.

Semasa di dalam train pulang ke rumah, air mata Nani tidak tertahan. Tumpah jua mencium pipi. Nani istighfar berulang kali. Nani terasa tidak ikhlas. Ya tidak ikhlas kerana kecewa tidak dapat bertemu Diya seperti yang diharapkan. Nani hanyalah manusia biasa. Punya perasaan punya rasa.

Hati Nani terasa pedih dan sedih. Sambil memandang ke luar tingkap train, Nani muhasabah mencari kesilapan diri.

'Mungkin aku belum cukup ikhlas. Mungkin aku terlalu mengharapkan balasan sampai lupa yang hati manusia Allah yang pegang. Mungkin kerana kelemahan aku sebagai murabbi yang kurang baik gagal memahami keperluan mutarabbi. Mungkin juga kerana usahaku bukan semata kerana Allah tetapi dicemari dengan niat lain. Ya Allah ya Allah aku mohon ampun dari-Mu. Moga kau buka hatiku dan limpahi rahmatmu buat Diya ya Allah.'



*Sometimes we depend too much on ourselves. We tend to forget that the heart of others are in the grasp of Allah*

Thursday, June 27, 2013

lalai dan fakir

بسم الله الرحمن الرحيم

Engkau diciptakan dengan dibekali kelalaian,kefakiran, kelemahan dan kebutuhan;

agar 


dengan teropong KELALAIANMU kamu dapat memandang kepada KESEMPURNAAN -Nya yang Maha Suci;



dengan ukuran KEFAKIRANMU kamu dapat memandang kepada derajat KEKAYAAN dan RAHMAT-NYA;



dan dengan neraca KELEMAHANMU kamu dapat memandang kepada KEKUASAAN dan KEAGUNGAN-NYA;



dengan berbagai macam KEBUTUHANMU, kamu dapat memandang kepelbagaian NIKMAT dan KEBAIKAN-NYA.

- Badi'uzzaman Sa'id Nursi-


gambar ni sebab esok jumaat. jangan lupa baca al-kahfi <3

Monday, June 24, 2013

In Aradtum (If you wish to be)

بسم الله الرحمن الرحيم



So, O my people when will we rebuild...When?...When?

What we have by our own hands destroyed...When?...When?

Boasting about Khabib and Al-Muthana will gain us nothing. (Khabib bin Uday - ِAl-Muthna bin Harithah)


this part strikes me! T_T

indeed easier said than done.

and we tend to forget to apply what we have said.

may Allah accept all of our words as hasanat.


Thursday, June 20, 2013

Tuding sana tuding sini

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini insyaAllah saya nak bercakap tentang usrah. Ye usrah yang akhir-akhir ini menjadi trending dan mendapat perhatian ramai sehingga dapat menembusi pasaran artis-artis. Alhamdulillah. Seperti yang kita sedia maklum, dalam sesebuah usrah mestilah ada murabbi dan mutarabbi. Murabbi tu dalam kata erti lain naqib/naqibah atau orang yang mengetuai sesebuah usrah manakala mutarabbi tu anak usrah atau orang yang mengikuti sesebuah usrah.

Dan penulisan kali bukanlah saya nak menyentuh struktur usrah atau tips bagaimana menjayakan sebuah usrah. Tetapi saya hendak menyentuh tentang kemurabbian dan kemutarabbian itu sendiri.

Murabbi

Tak mudah kan menjadi murabbi? sesiapa yang ada pengalaman menjadi murabbi pasti akan rasa cabaran berdepan dengan mutarabbi-mutarabbi yang pelbagai karenah. Kadang-kadang sehingga pening kepala berdepan dengan ragam anak-anak binaan. Dengan keperluan untuk membenamkan fikrah Islam ke dalam diri mutarabbi lagi. Sememangnya tidak mudah untuk kita menukarkan cara berpikir seseorang. Contoh macam kita tak suka makan belacan, susah bukan untuk paksa diri secara tiba-tiba jadi suka makan belacan? begitulah analogi bila berdepan dengan perihal anak binaan.

Dan kadang-kadang bila dilihat tiada perubahan pada anak binaan, kita gelisah. Rasanya macam kita dah buat macam-macam usaha untuk memenangi hati murabbi. Kita nak sangat tengok anak-anak binaan berubah dan kembali kepada Islam. Tapi dah setahun bawa usrah, macam tiada perubahan pun pada anak binaan? Setiap kali lepas usrah rasa macam nak jerit kat anak binaan macam ni :

adikkkkk..kalaulah adik tahu betapa saya nak adik kembali kepada Allah..Islam tu best tahu? Tapi kenapa adik tak faham-faham?? grrrrrr...

Betul ke salah anak binaan kerana tak memahami apa yang kita cuba sampaikan? atau sebenarnya kita yang bersalah? Sebelum kita menuding jari kepada mutarabbi, sudahkah kita bertanya kepada diri sendiri : Sudahkah aku all out dalam mentarbiyah mereka? Sudahkan hak mereka aku penuhi? Sudahkah aku bertawakal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha habis-habisan?

dan soalan yang paling penting: bagaimana hubungan aku dengan Allah? ikhlaskah aku? Mutabaah amal aku macam mana? jahiliyyah, adakah aku menghindarinya? and the list goes on.

jawapannya hanya anda yang tahu.

Mutarabbi

Menjadi mutarabbi memang sangat bes. Ada orang yang prihatin terhadap diri kita. Minimum seminggu sekali bertanya khabar dan pantang kalau kita mengadu kita ada masalah, punyalah berusaha keras murabbi kita nak membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Akibat dimanja sebegitu rupa, kita jadi lupa. Lupa akan perasaan murabbi. Kita jadi endah tak endah terhadap kehadiran murabbi. Sama sahaja bagi kita jika murabbi itu ada atau tidak ada.

Dan bila murabbi terkadang gagal memenuhi apa sahaja kehendak kita tak kira sama ada dari segi tarbawi mahupun duniawi, dengan mudah kita mengangkat tangan dan menuding jari lalu berkata murabbi tidak paham apa yang kita ingini. Dan bila murabbi meminta kita melakukan sesuatu, dengan cepat kita bersangka macam-macam dan berfikir macam-macam. Kita merasa seolah-olah murabbi hendak mengatur hala tuju hidup kita. Eh mak ayah saya pon tak suruh macam-macam tahu sang murabbi?

Sebelum kita terus hendak menghentam murabbi, pernah tak kita bertanya diri kita sendiri beberapa soalan: Betul ke apa yang murabbi suruh ni tak datangkan kebaikan buat diri aku? Kalau aku buat, datangkan mudarat ke kat diri sendiri? Betul ke murabbi tak memahami aku atau aku yang terlalu ego untuk menerima apa yang murabbi katakan sebab semuanya benar belaka dan menghiris-hiris perasan aku (in state of denial)?

dan sekali lagi, jawapannya hanya anda sahaja yang tahu.


Bukanlah saya disini hendak menyalahkan sesiapa- murabbi atau mutarabbi. Tetapi nak ajak kita sama-sama berfikir tentang peranan masing-masing. Cukup-cukuplah menuding jari kepada pihak lain. Masa untuk itu sudah tamat. Sekarang masa untuk kita lihat kembali diri sendiri dan mencari silap dari dalam diri. Muhasabah dan betulkan apa yang sepatutnya. Masalah takkan selesai jika kita mencari asbab/punca kepada masalah dari sumber luar. Macam cerita pak mat hilang cincin dalam rumah tapi sibuk mencari cincin itu diluar rumah. Allahu a'lam.

Monday, June 17, 2013

“Inilah saya, anda siapa?”

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang  wartawan  bertanya  Imam  al-Syahid  tentang  dirinya  dan  meminta 
beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata: 

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang 
mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan 
sebuah  negara  yang  dihormati,  merdeka,  tenteram  dan  hidup  harmoni  di  bawah 
naungan Islam yang murni. 

Saya  hanyalah  ibarat  seorang  yang  memahami  rahsia  hidupnya.  Justeru  dia 
berseru:  Sembahyangku,  ibadatku,  hidupku  dan  matiku  hanya  untuk  Allah  tuhan 
sekalian  alam,  tiada  yang  mempersekutui-Nya.  Inilah  yang  diperintahkan  kepada 
saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri

Inilah saya, anda pula siapa?” 

Sumber: Majmuk Rasail









Wednesday, May 22, 2013

وَأَعِدُّواْ


بسم الله الرحمن الرحيم
Hassan al-Banna telah berkata:

“Saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.
Medan cakap tidak sama dengan medan khayal. Medan amal pula bukan medan cakap. Medan jihad tidak sama pula dengan medan amal. Medan jihad yang betul tidak sama pula dengan medan jihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin juga akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah dirimu, bawalah ia dengan tarbiyyah yang betul, ujian yang ketat dan ‘test’lah diri dengan amal, kerja-kerja yang berat, tidak disukai dan sukar. Kekanglah ia dari segala nafsu, adat dan kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”
Dipetik dari Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ahm.s. 258
Sumber: Muntalaq
وَأَعِدُّواْ - maka persiapkanlah
 خُذُوا حِذْرَكُمْ - bersiap-siagalah kamu.
Persoalannya, sudahkah kita mengekang segala jenis nafsu dan menjadikan dua ayat diatas sebagai penggugah semangat kita? *nanges*


Tuesday, April 16, 2013

where is the peace?

بسم الله الرحمن الرحيم


"Man, kau tahu kat mana nak cari Encik 'K'? Dah lama aku cari tak jumpa." Salim memecah bisu suasana dengan satu pertanyaan.

"Encik 'K'? Encik 'K' yang bagaimana yang kau maksudkan?" Salman terpinga-pinga. Meroyan ke apa Salim ni. Encik 'K' mana entah yang Salim maksudkan.

" Erm tapelah man. Kau takkan paham. " Salim menjawab lesu lalu meninggalkan Salman sendirian tertanya-tanya.

Salim resah. Sudah lama dia mencari Encik 'K' tetapi hampa. Pelbagai orang sudah ditanya, pelbagai tempat sudah dijelajah, pelbagai ceruk sudah digeledah. Tetapi hasilnya tetap sama. Gelisah di dadanya tidak berkurang malah makin bertambah.

'Arggghhhhh' Salim menjerit dalam hati. Tiada yang mendengar kecuali telinga hatinya.

*****

'Khusyuk atau ketenangan hanya akan diperolehi bila hati kita basah. Basah yang bagaimana? Basah dengan Zikrullah. Setiap saat kita harusnya mengingati Allah. Tiada guna musafiran jauh-jauhan semata-mata hanya ingin mencari ketenangan. Kita tidak akan jumpa kalau hati tidak mendekati Allah. Sebagaimana yang Allah sebutkan dalam surah ar-Ra'd ayat 28...'

Bait-bait yang disebutkan Ustaz Romzi dalam rancangan wisata hati itu menarik perhatian Salim. Volume televisyen segera dikuatkan.

'Ala bi dzikrillahi tatmainnul qulub..Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sekarang sudah terbukti kan teman-teman? Rahsia ketenangan hati itu disini, dalam mushaf ini, dalam mukjizat teragung iaitu Al-Quran. Tidak perlu susah-susah ke sana ke mari mencari ketenangan. Bukalah Quran, bukalah hati, insyaAllah akan bertemu dengan ketenangan.'


" Maksudnya tidak perlu ke mana-mana untuk cari ketenangan? Tadabbur alam bagaimana pulak? Biar betul Ustaz ni.." Salim mengomel. Tidak puas hati dengan penjelasan Ustaz Romzi.

'begitupun, bukanlah maksudnya kita harus duduk dirumah sahaja. Zikrullah itu boleh diperluas skopnya dengan melihat alam. Tadabbur alam. Kerana dengan melihat alam, kita dapat melihat dan mengkagumi kebesaran Allah. Tetapi kuncinya hati kita. Hati ini perlu dibasahi dahulu. Jika tidak, tadabbur alam hanya akan menjadi penglihatan yang kosong. Tiada makna. Demikian kita kembali kepada point mentadabbur mushaf al-Quran ini dgn hati yang terbuka. InsyaAllah pasti ke mana sahaja kita pergi, akan temui ketenangan, hatta di tengah bandar yang sibuk sekalipun.'

Terdiam Salim mendengar penjelasan Ustaz Romzi. Sentap. Seolah-olah Ustaz Romzi boleh membaca apa yang ada di fikirannya. Tanpa Salim sedar, pipinya sudah basah. Sedarlah Salim selama ini hatinya yang tertutup. Hatinya yang kering. Hatinya tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Salim melazimi MEMBACA al-Quran selepas solat tetapi Salim tidak MENTADABBUR ayat-ayat yang dibaca.

Lantas, tanpa lengah, Salim capai mushaf didepannya. Dibuka dan dibaca. Seperti biasa dengan niat berbeza. Hatinya dibuka luas untuk belajar mentadabbur.

p/s: Tadabbur, benarkah kita melakukannya? T_T

Tuesday, April 9, 2013

syahid syuhada' Part 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Umar mengurut-urut lehernya. Jelas di mukanya terpancar bibit-bibit keletihan. Tidak disangka begitu ramai sekali orang yang datang meraikan walimah Jannah. Tak menang tangan melayan tetamu. Mungkin kerana Jannah sememangnya seorang gadis yang amat baik dan peramah serta suka membantu sesiapa sahaja tak kira masa. Jannah benar-benar seperti arwah papa.

'Ah tiba-tiba teringat papa. Apa khabar papa disana agaknya?' hati Umar bermonolog sendirian. Syahdu menyerang segenap hati Umar. Rindu. Akhir-akhir ini selalu benar Umar teringat arwah papa. Segera lidah Umar terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah buat papa.

Umar merendahkan badan. Lehernya kini betul-betul landing di birai sofa. Umar memejamkan mata. Tadi sebak. Kini senyuman pula menghiasi wajah Umar. Tidak pernah Umar menyangka takdir yang begitu indah akan meliputi hidupnya. Benarlah, Allah itu lebih mengetahui.

"Assalamu'alaikum abang ipar. Amboi sedap landing bang. Periuk kat dapur belum habis digosok bang. Harap maklum." 

"Alaaaa..orang baru nak curi rehat jap. Bolehlah 5 min je." Umar menjawab sambil matanya masih lagi terpejam.

"Takde takde. Meh bangun tolong aku."

Spontan Umar terasa tangannya ditarik. Mata dibuka.

"yela yela adik ipar tersayang. abang bangun ni. Ingat ko hutang aku lagi. Haaaaa.." Umar berseloroh.

"Haha. berkira betul. dari dulu lagi berkira. Diskaun takde ke bang?"

"Takde diskaun. Denda sebab rahsia-rahsia je plan semua ni. Nasib baik tak heart attack masa datang menetapkan tarikh nikah hari tu. Kalau tak alamatnya, tundalah kahwin. haha."

"Haha. Tak jugak bro. Kalau Allah dah kata kun fayakun.."

tiba-tiba..

"Amboi sedapnya abang berdua bersembang. Mama dah bising-bising kat dapur tu takde orang tolong dia. eh abang nak air? Jannah ambilkan" Jannah mencelah. Bukan boleh dibiarkan Umar dan zaujnya berdua. Alamatnya memang tak jalan kerja kat dapur tu nanti.

"ehem. Khalid je? ye lah. siapalah Along kan. Dapat suami, tiada along lagi." Umar pura-pura sedih sambil menarik muncung.

"ish along ni cubit kang. tanya satu-satulah. tapi sekarang dah tak jadi. Along ambil sendiri kat dapur."

muncung Umar makin memanjang. Tergelak Khalid dan Jannah melihat keletah Umar.

"tak apa Jannah. Nanti abang ambil sendiri kat dapur. Along jom sambung sental periuk." 

"Along? Bolehlah. Meremang pula bila ko start panggil aku along. Well people need times to adapt."

"haha. don't worry. you will get used to it ALONG." sengaja Khalid menekankan sebutan Along itu. Bercanda.

"haiyaii kapten. Jom sambung sental periuk. Yabedabedu."

Khalid dan Jannah berpandangan. Berbalas senyuman sambil menggeleng kepala. Umar kadang-kadang memang keanak-anakan.

***********
Di dapur..

"Bila Flight kamu Khalid? Mama lupa."

"InsyaAllah dua minggu lagi Ma. Jannah punya visa ada masalah sikit. InsyaAllah next week siap."

"Pergi tak ajak Along. Merajuk. Tak nak hantar kat airport" Sekali lagi Umar menarik muncung. Bergema dapur dengan pecahan gelak Puan Saodah, Khalid dan Jannah.

"tak apa..Mama ada boleh hantar. Kan Ma?"  Jannah sengaja mengusik Umar. Serentak Jannah terasa bajunya basah.

"Alongggggggg..."

*bersambung*



Friday, March 29, 2013

syahid syuhada' Part 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu dikuak perlahan. Kunci masih belum ditukar walau sudah empat tahun masa berselang. Sebaik kaki melangkah, luruh segala rindu yang bertakhta di hati Umar. Telinganya menangkap bunyi suara gurauan dua wanita yang paling dia rindui selama ini. Mama dan Jannah.

Perlahan kakinya diatur ke dapur. Segera jarinya Umar letakkan dimulut tanda suruh diam sebaik sahaja mata Jannah bertemu dengan matanya. Debaran semakin terasa bila jarak antara dia dan Mama cuma tinggal 250 cm sahaja.

Tangan diangkat perlahan dan Umar menutup mata Puan Saodah. Sebak. Mata Umar bergenang. Ingin dipeluk erat tubuh itu.

Puan Saodah terjerit halus bila tiba-tiba matanya ditutup. Kasar. Tangan lelaki. Nasib baik senduk ditangan tidak terlepas.Senduk digenggam erat dan diangkat separa bahu. Bersedia macam nak main besbol.

'Siapa ni? Jannah siapa ni..cepat telefon polis..baik awak lepaskan saya kalau tidak saya ketuk kepala awak dengan senduk ni'

Jannah nak tergelak. Ditekup mulutnya. Mata Umar terbeliak.

Keletukkkk.

Belum sempat Umar betindak,belakang senduk terlebih dahulu mencium kepala Umar. Tangannya terlepas dari mata Puan Saodah. Umar tertunduk. Puan Saodah segera berpaling untuk terus menyerang gerangan yang menutup matanya sebentar tadi. Senduk di angkat semakin tinggi.

'Maaa..jap Ma..Along ni..Adoi kuatnya Mama ketuk' spontan Umar separuh menjerit bila melihat hayunan tangan Puan Saodah semakin tinggi. Tangannya menggosok kepala.

Keletingg..Senduk terlepas dari tangan Puan Saodah. Akalnya susah nak percaya tetapi hatinya meyakinkan. Puan Saodah menggosok matanya.

'Along?' perlahan dan syahdu.

'Along anak Mama? Ya Allah..' Puan Saodah meluru ke depan. Susuk yang dirinduinya itu dipeluk kemas. Hatinya gembira. Bersyukur.

'Mama minta maaf Along. Mama salah dulu. Mama paksa buat apa yang Along tak suka. Maafkan Mama ye Along. Along jangan pergi lagi dah nak. Mama janji...'

Belum sempat Puan Saodah menghabiskan ayatnya, Umar segera memotong.

'tak Ma..Along yang kena minta maaf..Along salah..Mama maafkan Along?'

Dan hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan ketulusan anaknya. Puan Saodah mengangguk. Suasana hening menyelubungi seisi rumah. Jannah yang memerhati menangis dalam tersenyum. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Tiba-tiba..

'Along, Mama..minggu depan keluarga pihak lelaki nak datang merisik dan tetapkan tarikh walimah.'

*bersambung*


 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)
(Surah Maryam :96)


Friday, February 15, 2013

Hijab

بسم الله الرحمن الرحيم

klik.

mouse itu ditekan.

1 new friend request. Facebook.

klik.

mouse ditekan lagi untuk melihat siapa gerangan yang request untuk jadi kawan di Facebook.

Tertera nama Afham Helmi di skrin laptop Dila. Study di al-Azhar University Mesir. Bidang Undang-Undang Syariah.

'afham helmi. siapa pulak ni. mutual friend dengan sarah je. nak approve ke tak eh? hmmm approve jelah.' 

klik.

mouse Dila tekan malas untuk menerima request itu. friend confirmed.

Dila meletakkan kepala di kerusi. merehatkan diri setelah seharian berpenat lelah kesana kemari menguruskan program pre-departure adik-adik yang bakal fly hujung bulan ni ke negara burung kiwi. Facebook dibiarkan terbuka.

Ting.

Mata Dila tanpa diarah memandang ke arah laptopnya yang ternganga.

1 new message.

Dila menekan mouse untuk membaca message yang baru masuk seminit yang lepas. Dari Afham Helmi.

'Assalamu'alaikum wbt Dila'

'Wa'alaikumussalam wbt...iya?'

Dila membalas pendek. Pelik mamat ni. Panggil nama panggilan macam dah kenal lama. 

Ting.

Message masuk lagi.

'Salam kenal. Saya Afham kawan Sarah'

'Salam kenal..kawan Sarah..Apa yang boleh saya bantu ya?'

'Tak ade yang perlu dibantu. Thanks. Just nak inform. Syukron'

'Baik InsyaAllah'

Message ditutup.Dila tak sedap hati. Message dibuka kembali.

'Aseef jiddan ya..tapi rasanya tidak manis kita berhubungan begini..iya insyaAllah boleh sahaja untuk mengeratkan silaturahim sesama makhluk ciptaan Allah..cumanya tidak bagus secara private begini kerana kamu lelaki dan saya perempuan..sesungguhnya Allah itu melihat setiap gerak geri kita..sentiasa..maaf kalau saya ada menyatakan yang salah..semoga Allah terus memberkati hari kamu..Assalamu'alaikum wbt'

Dila tidak tahu apa niat afham menegurnya di facebook begitu. Tetapi Dila tidak mahu nanti terusan Afham menghubunginya tanpa tujuan. Biarlah dimatikan sebelum dimulakan. Dila tidak mahu usahanya dalam usaha membersihkan hati dan meletakkan cinta Allah di tempat tertinggi terganggu.

'Wa'alaikumussalam. Dalilnya?'
'Surah An-Nur ayat 30-31'

'I'm Sorry. Tak pe. itu hak awak. Awak tolong unfriend saya balik ye..sebab saya online guna phone..susah nak unfriend. syukron.'

Sedang Dila menaip untuk membalas, masuk satu lagi message baru. Dari Afham lagi. Dila buka.

'Again i'm Sorry. Boleh rupanya unfriend dengan handphone. awak best jaga hijab. Nanti saya unfriend insyaAllah. maaf awak kalau tersinggung. keep your hijab ok. Assalamu'alaikum wbt. Allah yukhallik'

Dila tersenyum lega. Alhamdulillah. Message itu Dila biarkan tanpa membalas.

*****************

'Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...(31)'
(An-Nur: 30-31)


hijab.

bukan sekadar dimaksudkan dengan menutupi fizikal luaran (tutup aurat).

tetapi hijab juga mengandungi maksud menutupi rohani dalaman kerana Allah (jaga hati).

ya Allah, bantulah kami dalam menjaga hijab di hati sebagaimana seperti yang Engkau kehendaki mengikut syariatMU. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah. Suluhlah hati kami dengan Hidayah dan taufiqMu Ameen ya Rabb♥

Sunday, February 10, 2013

syahid syuhada' part 4

بسم الله الرحمن الرحيم

"Umar.."

Umar menoleh. Mencari gerangan yang menjerit namanya. Tapi yang dilihat hanyalah kelibat jutaan manusia yang membanjiri Marienplatz. Tiada satu pun kelibat yang Umar kenal.

"Umar..Umar"

Umar berpusing lagi. Tapi hampa. Tiada satu wajah pun yang pernah dia jumpa.

'Siapa pulak ni? Takkan perasaan aku kot. Tegar jugak orang jerit nama aku tengah-tengah ramai orang ni.' Umar menggumam. Pelik. Hairan.

"Umar..akhi..sini-sini.."

Suara itu datang dari belah kiri Umar dekat Frauenkirche. Umar menoleh. Matanya meliar mencari kelibat yang memanggil namanya. Pandangan Umar terhenti pada satu kelibat yang melambai-lambai ke arahnya.Umar tersenyum. Lebar.

"Ya Allah Khalid."

Dari bibir Umar terluah perlahan nama Khalid. seperti tarikan magnet, kaki Umar melangkah menuju ke arah Khalid, jejaka yang menjerit memanggil nama Umar. Tapi dek kerana lautan manusia yang memisahkan mereka, Umar lantas memberi isyarat kepada Khalid agar bergerak ke arah Restoran Italy berhampiran Frauenkirche. Khalid menggangguk tanda bersetuju dgn isyarat Umar.

"Khalid. Ya Allah. Khaifa haluka ya akhi? Lamanya tak bertemu mata. Selama ni main balas-balas email je.Rindulah."

"Alhamdulillah aku sihat. Kau sihat je kan? Err kalau ye pon kau rindu aku,takkan tak nak lepas pelukan ni kot? Orang tengok ni Umar."

"Haha. Biarlah. Peduli orang kata. Okay kidding. Aku lepas aku lepas" Umar meleraikan pelukan. Pelukan ukhuwah. Senyuman tak lekang dari wajah kedua-dua sahabat itu.

"Kau ni tak berubah macam dulu jugak. Eh jom duduk. Minum kopi dulu. On kau boleh?"

"no hal bro. Jom"

Seusai duduk dan membuat pesanan,

"It's been 4 years Umar." Khalid bersuara. Mendatar tapi tegas.

Kaku. Sepi. Masing-masing melayan perasaan seolah-olah dunia milik mereka berdua. Padahal suasana sekitar bingit dengan suara manusia menyambut festival Fasching.

"I know." Umar memecah bisu antara mereka. Pendek tapi jelas.

"Dont you miss your family? Dont you miss Malaysia??"

"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar. Kalaulah rindu aku ni boleh dimaksudkan dengan kata-kata...haha..why so serious khalid?" Umar gelak. Tapi kedengaran sumbang. Jelas kerinduan mendalam terpendam dari lenggok tawa Umar.

"Jom ikut aku balik Umar. Tak lama lagi aku walimah. Takkan ko tak nak datang kot?" Khalid memujuk, memprovokasi.

"ya Allah..barakallah akhi..sampai hati kat email pon tak bagitau.. Jannah pun nak walimah juga.. Sebagai wali tunggal aku memang kena balik.. Cuma.." Umar terhenti. Matanya memandang mata Khalid. Cuba menyampaikan isi hati hanya melalui pandangan.

"cuma apa? Takut mama kau tak nak terima and halau kau? Haha.. Umar, you know what? You are the most wise person i have ever met in my life.. How could you have such a thought? You have been forgiven.. Long time ago.. Trust me.. You know your mama better than me..Just put aside your ego and come back  home.. Ego wont do you any good Umar.."

Umar diam. Dahi Umar berkerut tanda berfikir. Tiba-tiba...

"Khalid esok kau free?"

"InsyaAllah..aku datang memang nak lawat kau je..kenapa?"

"teman aku beli ticket..aku nak balik dengan kau"

"bereh boh"

Khalid tersenyum lebar. Dalam hati tidak putus-putus Khalid menyebut kalimah Alhamdulillah tanda bersyukur dengan keputusan Umar. Mission accomplished.

Umar lantas bangkit dan memeluk Khalid buat sekian kalinya. Terdengar bisikan yang cukup untuk membuatkan hati keduanya kembang mekar bak taman tulip di Keukenhof.

"Jazakallahu khair akhi. Uhibbuk fillah abadan abada insyaAllah"

*bersambung*



 Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
(49:9-10)

Wednesday, February 6, 2013

Dalam Dekapan....

بسم الله الرحمن الرحيم



Dalam dekapan Ukhuwwah,
aku mengenal cinta kerana Allah,
aku disiram baja rindu berjumpa di Jannah.

Dalam dekapan Ukhuwwah
sesekali ada juga tergigit lidah,
terkadang tercetus juga di hati rasa marah,
hakikat manusia yang pasti buat salah,
ironinya mengajar aku mengenal erti mengalah.

Dalam dekapan Ukhuwwah,
terus saja rasa sayang bercambah,
didada terukir uhibbukum fillah,
melentur aku memandang yang lain sebagai qudwah,
menghantar aku mengenal erti dakwah.

dan 

Dalam dekapan Dakwah,
dihati tersemat sebuah cita nan indah,
mengimpi darjat seorang syahidah,
menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah,
walau terkadang rasa susah,
walau terkadang rasa lelah.

Dalam dekapan Dakwah,
aku dilingkari tugas sebagai khalifah,
dicipta bukan sia-sia tanpa arah,
sebaliknya dicipta untuk laksanakan sebuah amanah,
menyeru manusia kembali kepada satu Ilah,
sujud tunduk hanya kepada Allah.

Dalam dekapan Dakwah,
tidak semua yang diseru menyerah,
hingga mengalir airmata darah,
keringat mengalir menghulur tadhiyah,
buat aku mengerti akan Sunnatullah,
tidak sempurna dakwah tanpa mehnah.

dan

Dalam dekapan Mehnah,
membawa aku menjelajah erti tabah,
memaksa aku supaya terus gagah,
mengingatkan aku hanyalah insan yang lemah,
punya iman yang bisa goyah bila disergah.

Dalam dekapan Mehnah,
pautan syukur kugantung pada Allah,
kerana disini kehidupan aku terarah,
melalui jalan syariah ditetapkan Yang Maha Pemurah,
menghadapi seribu tribulasi dan jahiliyah,
namun jiwaku tenang tidak resah,
kerana melalui mehnah,
aku belajar tentang himmah dan hikmah,
aku mengenal erti sebenar sebuah tarbiyah.

1132 PM
Hawariyyun.








Sunday, February 3, 2013

syahid syuhada' part 3

بسم الله الرحمن الرحيم

"Along. Selama ni mama tak pernah halang apa yang along nak. Cuma this time je sayang. I want you to think again about your decision. This is about your future sayang."  Puan Saodah berlembut. Tidak boleh berkeras. Nanti makin susah nak pujuk.

"I'm so sorry mama. I won't change my mind. That's it. Enough said."  Umar tetap dengan pendirian.


"Kenapa Along ni degil sangat? I don't want you to end up like me. I'm lack of religious knowledge you know. That's why I want you to finish your study in Usuluddin in cairo. You got the offer already kan? Go upstairs and pack your bag. We will go to the airport tomorrow. I have booked your ticket." terketar-ketar Puan Saodah menuturkan butir-butir kata menahan marah.


"Tapi maaa...."


"no tapi-tapi. Along jangan lawan cakap mama. Tak cium bau syurga nanti." Puan Saodah bertegas. Jelas terbawa-bawa karakter sebagai Ketua bahagian Human Resources di pejabat MIDA ke rumah.


Umar merengus. Dan Jannah hanya menjadi saksi di balik pintu. Tidak berani bersuara. Kenal benar Jannah dengan sikap Puan Saodah.






****

"Mamaaaaa..Maaaaaa"

Kedengaran suara Jannah menjerit dari tingkat atas. Puan Saodah yang sedang menyediakan sarapan didapur bergegas menaiki tangga. Tangannya yang basah dikesat sahaja pada baju.


Pintu bilik Umar terbuka luas. Mengikut naluri Puan Saodah menghala ke bilik Umar. Hanya Jannah kelihatan terjelepuk memegang kertas. Kelibat Umar langsung tidak kelihatan. Bayangan pun tiada. Hati Puan Saodah berdebar menghampiri Jannah.


"Jannah kenapa ni? Along mana Along?"


"Ni maaaa..Along..Along dah pergi..tsk tsk tsk" teresak-esak Jannah menjawab soalan Puan Saodah sambil menghulurkan kertas yang sudah separa basah dek airmata.


Kedebuk.


Puan Saodah pula yang terjelepuk. Kertas yang sudah bertukar tangan ditatap hiba.


'Assalamu'alaikum wbt Mama dan Jannah.

Along minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki dan halalkan segalanya ye Ma. Along tiada niat untuk melukakan hati Mama dan Jannah. Along sayang Mama dan Jannah .

Keputusan yang Along buat ni bukanlah suatu yang mudah. Mama redhakan ye Ma. Along tak nak jadi anak yang derhaka. Along nak cium bau syurga. Indeed i really want to enter Jannah with Mama and adik. Oh not forgotten with Papa also.

It is not easy for me to take such a decision Mama. But InsyaAllah one fine day Mama will understand why. Along pray to Allah that He will open your heart to accept my decision. Let me decide just for this time Mama. Just once. Pray for me Mama because i really need your duas.

Mama and Jannah take good care of yourselves. Dont worry about Along. InsyaAllah Along balik bila tiba masanya.

Minta maaf sangat-sangat. I love both of you to the bottom of my heart.


Salam sayang.

Along @ Umar '

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 
(2:216)



*Bersambung*

Thursday, January 31, 2013

Syahid Syuhada' Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم


"Jannah..." 

Langkah Jannah spontan terhenti.


'Adoi. Nak terus naik atas ke nak pandang mama semula ni. Ish mulut apsal la gatal sangat pergi sebut nama Along tu. Kan dah susah. Takde insurans ke? ' gerutu Jannah dalam hati. Menyesal kecepatan mulutnya dalam berkata-kata. Betullah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....


"Jannah Syuhada' " ton suara Puan Saodah semakin tegas. 

'Habislah.Dah boleh agak tak lama lagi bakal meletuplah gunung Fuji buat sekian kalinya. Eh tapi gunung Fuji kat Jepun. Aku kat rumah dengan Mama.' Jannah masih belum berpaling. Sibuk melayan monolog hati. Hujung jari Jannah dah mula seram sejuk.


"Oh Mama. Tadi Alya cakap minggu depan nak ajak Jannah study sama-sama. Jadi Jannah ingat nak minta kebenaran Mama kalau-kalau minggu depan Jannah boleh tido rumah Alya. Boleh tak Ma?" laju perkatan demi perkataan meluncur dari mulut Jannah. Muka Puan Saodah ditatap meraih simpati.


"Pasal Alya ke? Mama ingat pasal ape la tadi. Pelik-pelik perangai Jannah lepas balik dari Program UKM tu. Ustaz mana Jannah jumpa ni? InsyaAllah boleh. Nanti mama call Auntie Liza. Dah pergi mandi." Puan Saodah tersenyum menggeleng melihat karenah Jannah.


Segera Jannah berpaling dan berlari menuju ke tingkat atas macam Tom yang dikejar Jerry untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai biliknya, Jannah mengurut dadanya yang tercungap-cungap mencari oksigen.


' Fuh cover baik punya. Nasib baik memang Alya ade ajak study minggu depan. Kalau tak tipu dosa kering aku. dan nasib baik nama kau Alya. Kalaulah nama kau Tijah ke, naya aku. eh Astaghfirullah al-'azim. Perancangan Allah Jannah.' Jannah istighfar kerana hampir-hampir sahaja dia menyalahkan takdir. Sedangkan takdir itu datangnya dari Allah.


'Alongggg...' tiba-tiba ingatan Jannah kembali kepada Along. Hati Jannah digamit rindu. Dah hampir 4 tahun mereka tidak bersua muka. Semuanya gara-gara kedegilan Along.


Segera handpone sony ericcson xperia arc S itu dicapai Jannah dan jari-jemarinya tanpa dipaksa laju menekan keypad membalas mesej Along.


"Alhamdulillah sihat long. Along baliklah. Orang rindu. Mama pun." 


butang send ditekan.


*bersambung*


Friday, January 25, 2013

Syahid Syuhada' part 1

"Assalamu'alaikum wbt..adik along..sihat? Lama along tak dengar cerita adik :) "

Sms itu Jannah baca lesu. Keletihan selepas balik dari program 3 hari 2 malam di UKM. Tangan Jannah spontan menekan button reply.

"Jannah..Jannah..ooo Jannah" kedengaran suara Puan Saodah menjerit dari tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.

'mama panggil pulak..tak sempat nak reply mesej along ni..' gumam Jannah langsung tangannya turut berhenti dari terus menaip mesej untuk along.

Jannah segera bangkit dari atas katil queen sizenya lalu menguak pintu bilik dan terus laju menuruni anak tangga menuju ke dapur. Yakin Puan Saodah didapur.

"Ye mama sayang..mama nak ape?" Jannah berbisik ke telinga Puan Saodah sambil tangannya memeluk Puan Saodah dari belakang.

" Eh cepatnya anak mama turun. Jannah dah mandi belum ni? You smelly la sayang..haha"

"Ish mama ni. Mestilah belum. Haha. Tadi Jannah nak jerit je sahut panggilan mama. Tapi ustaz kat program tu cakap, jangan tinggikan suara dekat ibu bapa. Dalam quran ada cakap macam tu ma. Jadi bila mama panggil cepat-cepat Jannah turun. Rindu kat mama. Dah 3 hari kita tak jumpa" satu ciuman hinggap di pipi Puan Saodah.

"eee apa cium mama busuk-busuk ni. Dah pergi mandi kejap lagi boleh makan sama-sama insyaAllah."

"haiyyaii kapten. Ma tadi Alo...." suara Jannah tersekat dikerongkong. Air liur terasa kelat. Lidah terasa berat macam kena hempap dengan logam 2 kilo.

Puan Saodah berpaling. Empat mata bertemu. Segera Jannah tunduk dan berpusing.

*bersambung*