Tuesday, July 31, 2012

Pertemuan mereka!

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku tatau sama ada lagu tema video ni yang buat mata aku seakan-akan kena tenyeh bawang atau mata aku memang masuk habuk! Tapi aku dapat rasakan semangatnya. Aku dapat lihat cahayanya. Dan aku rasa tidak sabar. Dalam kepala terbayang indahnya suatu hari nanti bila ISLAM kembali menjulang nama menjadi sebuatan semua. Bila ISLAM kembali menjadi ustadziatul alam. Ya masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Masih banyak usaha yang perlu dicurah untuk membasuh semua hati-hati manusia supaya kembali kepada Allah. Masih banyak keringat yang perlu dibanting untuk memacu jiwa-jiwa mengikut syariat Allah. tapi aku yakin masanya pasti akan tiba. 

BE YOU PART OF IT OR NOT, ISLAM WILL DEFINITELY RISE AGAIN..INSYAALLAH!

Sunday, July 29, 2012

Oh Plastik Panas!

بسم الله الرحمن الرحيم

Plastik. Dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan barang-barang yang made of plastik. Minum guna cawan plastik, simpan lebihan makanan dalam tupperware plastik, berus gigi guna berus gigi yang pemegangnya plastik. Senang cerita, macam tak lengkaplah hidup tanpa plastik ni. Tapi jangan pula nak buat muka plastik, nanti kena lastik.

Tahukah anda bahawa kita juga mempunyai ciri-ciri yang ada pada plastik? Errr. Relaks dulu. Bukan saya menyamakan anda dengan plastik-plastik yang dijual di kedai itu. Cuma memang ada persamaan ciri antara kita dengan plastik. Tak percaya? meh baca!

Plastik jika dikenakan suhu yang tinggi akan menjadi lembut dan perlahan-perlahan mencair. Biasanya waktu inilah plastik mudah dibentuk  menjadi bentuk yang dikehendaki. Buat lah bentuk apa sahaja sama ada bulat, petak, segitiga atau oval. Dan biasanya juga pada waktu inilah warna plastik rata-rata adalah jernih. Bak kata orang putih, see through.


Kita juga sebenarnya begitu. Eh tak percaya? okay cuba bayang yang kita baru sahaja balik dari program yang penceramahnya adalah mufti menk dari zimbabwe. Pasti iman kita waktu ini mencanak tinggi sebab hati dah bersih dan jernih. Dalam hati kita penuh dengan rasa berkobar-kobar penuh semangat untuk memperbaiki diri dan orang lain. Dan ketika inilah sangat mudah kita mengawal nafsu dan membentuk diri mengikut sibghah (acuan) Allah. Itu kalau kita aplikasi konsep plastik panas pada diri kita.

Dan sebagai da'ie konsep ini tidak lain tidak bukan sesuai juga insyaAllah dilaksanakan pada mad'u-mad'u kita. Ya. Jadikanlah apa sahaja cara yang Allah redha untuk cairkan hati-hati mad'u kita. Tak kisahlah nak piknik ke, nak jalan-jalan tepi tasik sambil tadabbur alam ke, nak ajak pergi masjid ke, tengok video-video palestin ke, yang penting cara kena cukup 'panas' untuk 'lembutkan' dan 'jernihkan' hati mad'u. Nah ketika inilah kita menjalankan peranan membentuk mad'u-mad'u kita itu mengikut sibghah Allah. InsyaAllah dengan hati mad'u yang tengah lembut dan jernih itu, mudah untuk mereka menerima apa yang kita sampaikan. Dan jangan lupa doa dekat Allah. Sebab Allah je yang mampu buka hati manusia lain, bukan usaha kita!

Itu kisah plastik panas. InsyaAllah sama-sama kita cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian agar mardhatillah itu dapat dicapai dan syurga Allah dapat kita gapai kelak. insyaAllah. cuma AWAS! Jangan cuba membentuk atau melentur plastik yang masih keras yang sejuk kerana kalau tersalah daya yang diberikan, plastik boleh patah dan menjadi rosak. Apa kaitan plastik keras yang sejuk dengan diri kita dan mad'u? Selamat berpikir dan beramal.

Allahu a'lam



Saturday, July 28, 2012

Berpeluh dahi!


بسم الله الرحمن الرحيم

"Jadilah kalian orang-orang yang:

atsbatuhum mauqiifan...
yang paling kokoh atau tsabat sikapnya

arhabuhum shadran...
yang paling lapang dadanya

a'maquhum fikran...
yang paling dalam pemikirannya

ausa'uhum nazharan...
yang paling luas cara pandangnya

ansyatuhum 'amalan...
yang paling rajin amal-amalnya

aslabuhum tanziman..
yang paling solid penataan organisasinya

aktsaruhum naf'an...
yang paling banyak manfaatnya"

-KH. Rahmat Abdullah-


"Wherever He plants you, be fruitful!" 
-quoted-

Allahu a'lam

Friday, July 27, 2012

IMTIHAN Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bercucuran airmata sarah mengalir ketika berdoa seusai solat sunat tadi. Entah mengapa hatinya seakan sayu. Sungguh Sarah takut. Takut gagal paper esok hari. Takut dirinya menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Allah. 

Sungguh hatinya sakit tatkala bicara-bicara manusia yang menyinggah ke gendang telinganya sibuk membicarakan tentang orang-orang yang berdakwah sering gagal dalam peperiksaan. Dakwah itu juga yang dipersalahkan orang. Sedangkan dakwah itu tidak bersalah. Bila orang yang bermain game gagal, tidak pula ceritanya digembar gemburkan.

Atas dasar itulah sarah seakan fobia dengan kegagalan. Sehingga perasaanya menjadi tidak keruan. Tetapi Alhamdulillah selepas solat tadi seakan-akan ada suatu kuasa yang mencabut kerisauan itu. Hatinya kini lega. Dan sarah tekad untuk menduduki peperiksaan itu esok. Hanya kerana Allah. Sarah yakin Allah pasti menolong orang yang menolong agamanya dan janji Allah pasti benar.

Setelah sebulan berlalu......

'Sarah, dah check result? tadi dapat email kata yang result dah boleh check kat web uni..hehe' pesanan ringkas itu dibaca dengan hati yang berkocak. Adibah teman sekelasnya yang menghantar sms.

'Allah. Dah keluar result.Allah permudahkanlah. Kuatkanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.' tanpa sedar hati sarah bermonolog sendirian.

Segera sarah menghadap laptopnya dan jemarinya pantas menaip username dan password pada papan kekunci untuk membolehkan sarah memasuki laman portal universitinya. Tanpa disuruh jarinya mengklik mouse untuk melihat paparan result semester lepas.

Tergamam Sarah seakan tidak percaya. Airmatanya menitis juga. Bukan sedih. Tidak juga kecewa. Hanya lafaz Alhamdulillah yang terkeluar dari bibirnya. Benar Allah itu Maha Kuasa. Kini sarah yakin, kejayaan bukan atas hasil usahanya, tetapi hanya kerana rahmat Allah semata.

Tamat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(35:5)

Saturday, July 21, 2012

BM : Bina Mahligai atau Baitul Muslim? (part2)


بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa nak berbaitul muslim? Mari kita hayati kisah dua sahabat ini J

Meon  : man, aku rasa nak kahwin lah. (sambil senyum penuh ceria)
Leman :  Aik? Kau sihat ke tak ni? Tiba-tiba je. Calon ada dah ke? Pergghhhh. Macam ni lah sahabat. berahsia bukan main lagi. (buat muka sedih)
Meon  : Itulah masalahnya. Calon tak ada. Rasa nak kahwin je ada. Boleh macam tu? (senyum kerang)
Leman : Boleh. Boleh blah la bro. Haha. Kau lupa ke nasihat abg sidek masa kita makan-makan semalam?
Meon  : Nasihat? Nasihat yang mana eh? (sambil garu kepala)
Leman : sah kau ni tengah angau. Baru dengar semalam dah lupa. Okay. Meh aku tanya soalan sikit dekat kau. Cuba fikir balik kenapa kau nak kahwin sebenarnya? Apa niat kau?
Meon  : err.. supaya aku dapat menjaga hati. Sebab aku rasa macam dah suka kat seseorang ni. Susah wooo man aku nak jaga perasaan ni dari terus berkembang mcm ros kat taman tuh.

Leman : tu je? Lain-lain sebab? Eh sejak bila kau jatuh hati ni? Aku ingat selama ni hati kau ada kat aku. Haha.
Meon  : eh brader. Tolong sikitt. Saya lelaki straight, saya okay. Haha.Entahlah man. Mungkin aku nak ada tempat bergantung yang tetap.  Aku nak ada seseorang yang boleh aku luahkan segala yang terbuku di hati. Kira tempat share masalah aku lah. Aku nak cari seseorang yang boleh aku kongsi suka duka bersama dan pada masa yang sama  ada seseorang yang boleh menjaga keperluan aku dan membimbing aku kalau-kalau aku tersasar. Aku nak bina baitul muslim.
Leman : hehe. Biasalah tu. Rasanya semua manusia ada perasaan macam tu. Memang manusia ni ada banyak sangat keinginan. Tapi kan meon, bila masuk bab kahwin baitul muslim bagai ni, ada yang lebih PENTING dari semua yang kau dah cakap tadi.
Meon  : owh..yeke? Apa yang penting sangat tu? Ce cite ce cite.
Leman : Kau pernah belajar pasal maratib amal kan? Dah pernah dengar hadith satu pasal niat?
Meon  : pernah banyak kali dah. Semalam abg sidek ade sebut lagi kan masa makan-makan tu. Hehe.
Leman : haaaa..Alhamdulillah la kalau macam tu. Meon, apa yang aku nak cakap ni, kau jangan touching pulak. Aku cakap sebab aku sayang kat kau tahu.
Meon  : aiseh..kau ni bikin saspen la brader. Cakap la cepat. Tak sabar dah aku nak dengar ni. Touching-mouching belakang kira okay. (sambil senyum)


Leman : okay begini. Tak salah semua sebab-sebab yang kau cakap tadi. Betul dan sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia. Jika itu yang menjadi niat kita untuk berkahwin dan berbaitul muslim, insyaAllah akan bahagia juga tetapi sia-sialah kita belajar maratib amal selama ini. Sebab tujuan utama baitul muslim adalah untuk melebarkan lagi dakwah, meluaskan lagi proses penegakan agama Allah. Jadinya jika kita mengharap dengan berbaitul muslim akan ada seseorang yang lebih baik untuk membimbing kita, maka akan musnahlah rumahtangga itu andai kata pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan malahan kita pula yang terpaksa bimbing dia. Jika kita merasa dengan berbaitul muslim kita akan punya seseorang yang setia mendengar dan sentiasa bersama kita, maka punahlah rumahtangga itu andai kata kita mendapat pasangan yang sering keluar untuk berdakwah dan terpaksa meninggalkan kita berhari-hari. Kesimpulannya jangan sesekali kita letakkan expectation pada bakal pasangan sebaliknya kita sendiri harus persiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kuatkan dahulu pergantungan kepada Allah, baru letakkan pergantungan dekat manusia. InsyaAllah akan bahagialah kita meon.
Meon   : Allah man Allah. Boleh aku peluk kau? Sayu pulak aku rasa.
Leman : dah sindrom apa pulak kau ni? Haha.Tadi senyum lebar bukan main. Ni dah sayu pulak. Nah pelukan dari aku. (sambil angkat tangan memeluk meon)
Meon  : jazakallah man. Terima kasih banyak sebab ingatkan aku. Alhamdulillah Allah bagi hadiah besar macam kau ni kat aku. Eh tiba-tiba aku terfikir pasal satu benda  la man. Hehe. Aku………….

*tiba-tiba kedengaran azan berkumandang*

 Meon  : Allah dah azan. Ayuh solat dulu la. Nanti aku cerita dekat kau apa dalam fikiran aku ni.
Leman : no hal brader. Jum ke masjid. (sambil senyum)

bersambung

Allahu a'lam

Monday, July 16, 2012

BM : Bina Mahligai atau Baitul Muslim? (part1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Baitul Muslim. Atau lebih dikenali dikalangan manusia sejagat dengan panggilan BM. Eh sabar dahulu, jangan senyum awal-awal. Suka betul jika topik ini yang cuba diketengahkan ya? *okay yang tengah menulis pon senyum sebenarnya*

Apakah itu Baitul Muslim? Rasanya tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut sebab saya yakin ramai yang lebih arif dalam takrifan Baitul Muslim. Cumanya saya rasa terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit pengetahuan dan perasaan yang saya ada tentang Baitul Muslim. Pengalaman insyaAllah akan datang J.

Okay baiklah. Soalan pertama bila kita cakap nak berbaitul muslim, mesti ada mulut-mulut yang bertanya, Kenapa nak berbaitul muslim (especially naqib/ah kita yang sangat caring itu)? Jadi jom tanya diri sendiri balik, kenapa nak berbaitul muslim? Eh. Telan air liur. Mulut akan laju saja menjawab "sebab saya nak nikah kerana Allah". Wow. Alhamdulillah. Tapi cuba selami hati sedikit. Seiringkah apa yang keluar dimulut dengan apa yang terselit di balik hati? Eh saya tidak meragui keikhlasan anda. Saya cuma ajak kita sama-sama muhasabah.

Jika benar itu yang menjadi niat dihati, kenapa kadang-kadang jika dilihat dalam proses pemilihan pasangan itu sangat banyak ciri-ciri fizikal yang disenaraikan ? Mahu yang sedap mata memandang. Mahu yang putih. Mahu yang hitam manis. Mahu yang tinggi. Mahu yang rendah.

Eh. Saya tidak kata rupa paras tidak penting ya. Fitrah manusia ada keinginan dan suka yang cantik menurut pandangan mata. Tetapi sedarkah kita nak bina apa? Kita nak bina Baitul Muslim. Ada yang lebih penting dari rupa. Apa yang penting? Kerjasama! Eh ini jawapan wonderpets. Yang penting buat kita bila nak bina baitul muslim adalah niat dan tujuan. Dan juga semangat serta yakin.

Innama a'malu binniat. Kenapa saya baca potongan hadith ini? Sebab kalau benar kita mahu berbaitul muslim kerana Allah, tidak datang masalah rupa. Bagaimana keadaan pasangan kita akan redha insyaAllah. Kerna kita percaya yang itulah yang terbaik buat kita. Allah tahu yang kita akan terpesona dengan pasangan jika Dia berikan yang cantik untuk kita dan sedikit demi sedikit mula lupakan Dia, jadi sebab itu kita tak dapat yang cantik. Lupakah kita dengan ayat  24 surah At-Taubah (surah ke-9)? Dan jika kita dapat yang cantik Allah tahu kita mampu tahan godaan kecantikan itu dan tidak akan lupa kepada Dia. Jadi apa-apa pun, bersyukur. Segala pemberian Allah tu kan rahmat. *senyum*


Dan ada juga yang terkadang tersalah niat ketika hendak berbaitul muslim. Disebabkan kita merasakan yang kita tergolong dalam kelompok ikhwah akhawat, jadi lebih mudah kahwin melalui borang baitul muslim. Kita fikir itu cara termudah untuk memenuhi hasrat di hati yang memang teringin benar dah nak berumahtangga. Hendak dipinang begitu saja secara direct kepada pihak satu lagi nanti apa pula kata naqib/ah. Jika itu apa yang bermain fikiran kita, memang kita dapat berkahwin insyaAllah. Tetapi setakat itu sajalah. Kita berkahwin sebagaimana orang lain berkahwin tanpa ada tujuan lain.

Pada pandangan saya (saya ulang, pandangan saya), itulah yang menjadi salah satu sebab kenapa ada kalangan ikhwah dan akhawat hilang dari dunia dakwah dan tenggelam dalam dunia sendiri setelah berumahtangga. Setelah kita dapat nikmat berkahwin , lupa sudah tujuan asal kenapa Imam Syeikh Hassan Al- Bana menggariskan supaya diwujudkan baitul muslim. Hilang sudah semangat berkobar-kobar nak kembalikan agama Allah dimuka bumi ini.

Jadinya saya menyeru, sedarlah ikhwah akhawat sekalian. Sedarlah.Baitul muslim bukan sekadar penyatuan dua jiwa, perkongsian dua rasa tetapi lebih dari itu. Baitul muslim membawa satu makna yang sangat besar dalam proses melebarkan lagi dakwah kita, proses mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah. Baitul muslim adalah atom-atom yang akan membentuk molekul mujtamak muslim. Jadi mari muhasabah balik. Hitung diri kita. Kenapa nak berbaitul muslim? 

bersambung

Allahu a'lam

Thursday, July 12, 2012

Khas buat kamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini khas buat kamu.

ya kamu. Kamu yang sedang bertarung itu. Kamu yang saban hari mata dibasahi linangan mutiara jernih. Sehingga sedikit demi sedikit kesabaran kamu dibasuh dan dibawa pergi.

Aku sebenarnya kehilangan kata. Tidak tahu bagaimana mahu menyedapkan jiwa kamu. Andai mampu untuk aku hantarkan sedikit semangatku yang tidak seberapa kepada kamu melalui deruan angin lalu, sudah pasti aku lakukannya. Biar kita sama-sama berkongsi payahnya, biar kita sama-sama merasa jerihnya.

Melihat kamu yang kuat kehilangan sedikit momentum membuatkan aku juga merasa tempiasnya. Bak kata manusia, dicubit paha kanan, paha kiri juga terasa bisanya. 

Disini aku hanya bisa melontarkan kata-kata. Semoga kamu terus kuat disana.

jika badai ukhuwah yang melanda kamu, lindungi dirimu dengan husnuszhon.

jika hujan cinta dunia membasahi kamu, payungi dirimu dengan taqwa.

jika taufan imtihan menyerang kamu, selamatkan dirimu dengan redha.

jika ribut fitnah yang mengelilingí kamu, tutupi dirimu dengan zikrullah.


Bukankah para Nabi dan sahabat dahulu lebih kuat ujiannya?

Khabab bin al-Arat masak dagingnya di bakar dengan api. Begitu kuat ujian yang ditimpa ke atasnya sehingga Khabab bertemu Rasulullah untuk bertanya tentang pertolongan dari Allah. Dan cantiknya Allah lantas merespon 'Anni fainni qorib - Sesungguhnya Aku dekat (2:186).

Begitu juga dengan Nabi Yakub. Betapa besarnya dugaan datang menimpa baginda. Anakanda tercinta Nabi Yusuf hilang dari mata dibaham serigala kata anak-anaknya lain. Allahu musta'an-hanya kepada Allah aku memohon pertolongan (12:18) respon Nabi Yakub terhadap anak-anaknya yang berdusta.

Jadi yakinlah dengan Allah dan dirimu. Pasti ada sesuatu yang manis sedang menanti kamu. Kerana sirah menyingkap, sesiapa yang diujiNya pasti diberi ganjaran yang tidak terkata nikmatnya. Peluk dirimu, senyum dan kata 'hey little heart, it's ok. Allah kan ada :) ' . senyum.

Allahu a'lam

Sunday, July 8, 2012

Imtihan part 1

'Assalamu'alaikum..akak, free tak? kalau free saya nak call akak sekejap boleh? asifah jiddan ganggu' 
butang send ditekan. Sarah menarik nafas. Dada terasa sesak. Allah Allah Allah hanya itu yang terlafaz dibibirnya saat itu.

Alunan instrument lagu voyage oleh ayumi hamasaki mematikan lamunannya. Segera handphonenya sarah capai.

'Wa'alaikumussalam..boleh insyaAllah sarah..akak tengah free ni..sarah nak call sekarang pon boleh..hehe'
sarah mahu tersenyum melihat mesej itu tetapi tidak mampu. Entah mengapa otot-otot mukanya bagaikan kejang tidak mahu melukiskan senyuman. Tanpa disuruh, laju jejari sarah menekan butang handphone mendail nombor itu.

tut tut. tut tut. tut tut.

'Assalamu'alaikum sarah. Sihat?' sapa suara dihujung talian sana.

'wa'alaikumussalam akak. Alhamdulillah sihat. akak sihat? akak...' suara sarah terhenti disitu. bibit sebak mula menghiasi kotak suaranya.

'Alhamdulillah sarah. kenapa ni yang? awak okay tak?' terdengar kerisauan pada alunan suara itu.

' Akak. Saya sedih. Saya buntu. Esok insyaAllah saya exam paper subjek pilihan yang boleh dikatakan killer paper untuk sem ni. Saya dah study. tapi bila saya nak jawab soalan, satu pun tak dapat saya selesaikan. Macam mana ye akak? saya rasa nak drop je paper ni .'

' Hmmm.. susah juga ni. Sarah dah istikharah? Maksud akak sebelum sarah decide nak ambil paper ni?'



' Tak pulak sarah buat tu akak. lupa. Allah. Kalau akak kat tempat sarah, akak drop tak?' Laju sarah menuturkan bicara, cuba menghamburkan segala sesak didada.

'Akak cerita pengalaman akak la ye. Dulu akak pernah rasa mcm sarah. Tapi akak memang kurang prepare untuk subjek tu. Akak try juga jawab. End up akak kena repeat. Tapi itu akak. Sarah lain. Akak yakin sarah boleh. Cuma sekarang akak rasa, sarah fikir baik-baik, doa dan istikharah minta pentunjuk dari Allah. Sambil tu teruskan usaha. InsyaAllah akan ada jalannya.' Lebar kak nadiah menjelaskan, cuba berdiplomasi dengan keadaan dan masa.

'hmm tengoklah macam mana. InsyaAllah sarah cuba. Jazakillah akak. okay akak sarah nak sambung study. Akak take care. Assalamu'Alaikum.'

'you too dear take care.Bittaufiq wannajah. Wa'alaikumussalam wbt.'

Sarah meletakkan handphonenya. Segera helaian nota dibelek. Tetapi yang terasa hanyalah sesak didada yang tidak berkurang. Lantas Sarah mengambil keputusan untuk solat sunat, kerana dia yakin ketenangan itu hanya boleh diperoleh dari Allah. Bukankan ala bizikrillahi tatmainnal qulub?



bersambung


Allahu a'lam

Thursday, July 5, 2012

Malam yang kelam

بسم الله الرحمن الرحيم

Nafas dihembus. Setiap hembusan terdengar desahan yang hampir-hampir sebuah keluhan. Terasa berat untuk menarik nafas kembali. Lantas mata terusan merenung akan cahaya itu. Cahaya yang jauh di ufuk utara lagaknya. Sebentar lagi pasti malam pula menutupi.

Malam. Kelam. Gelap yang mungkin hanya dibiasi sedikit cahaya bintang. Namun dengan bintang itu, dengan cahaya nan sedikit itu, bisa juga menerangkan bumi dan memberi petunjuk bagi mereka yang bermusafir. Malam yang pekat itu membuatkan aku menoleh ke belakang. ke sebuah zaman yang tak mungkin aku mahu ulangi kembali.

Zaman silam. Zaman yang dipenuhi warna-warna palsu seperti contengan kapur pada papan hitam. Bila dipadam hilanglah segala contengan. begitulah perginya kegembiraan yang hanya sementara. Namun masih ada yang kekal. masih ada yang tertinggal, tidak semudah memadam contengan dengan sekali padaman.

Dosa itu. Ya. Dosa yang pekat sehitam dakwat yang diguna untuk menulis pada sebuah kertas putih. Tidak bisa dihilangkan tulisan yang telah sebati pada kertas. Dosa yang terus menenggelamkan jiwa-jiwa yang kehausan cahaya Rabbani. Dosa yang terus menumbangkan hati-hati yang berpaut pada seruan syaitan durjana. Dosa yang bakal dipertontonkan kembali pada hari pembalasan nanti.

Bisakah kaki ketika itu berdiri? Bisakah ketika itu mulut berbicara mempertahankan diri? Bisakah ketika itu tangan memadamkan segala yang telah tertulis? Bisakah? Gayanya seperti sudah berputus asa!


Tetapi tidak mungkin! Kerana tarbiyah mengajar aku untuk tidak berputus asa. Kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Allahu a'lam.