Friday, April 27, 2012

Mujahadah


بسم الله الرحمن الرحيم

biarlah kita hina di mata manusia, asalkan kita mulia pada pandangan Allah

biarlah kita miskin pada pandangan manusia, asalkan kita kaya disisi Allah

biarlah kita nampak kolot pada tafsiran manusia, asalkan kita maju di neraca Allah.

Sungguh jika kita melakukan sesuatu untuk memenuhi expectation manusia, kita akan letih. Kita akan sedih. Kita akan rasa tidak berdaya. Kerana manusia itu keinginannya melangit. Kemahuannya menembusi akal.

Sesungguhnya biarlah kita melakukan sesuatu kerana Allah. Ikhlaskan hati itu tidak mudah, kerana nafsu selalu menjadi penghalang di tengah. Tetapi tidak bermakna nafsu itu tidak boleh ditundukkan. Pasti boleh. yakinlah pada dirimu. Dan carilah kunci untuk menundukkan nafsumu.

Tidak lain tidak bukan kunci kepada penundukan nafsu adalah iman. Maka peliharalah imanmu. Andai kata iman mu menurun, cepat-cepat lonjakkannya kembali. Biarpun serasa seperti tidak ikhlas, tidak mengapa. Kerana itu juga satu cabang mujahadah. mujahadah untuk ikhlas keranaNya. Jangan pernah berhenti. Kerana maut tidak pernah berhenti mengintai kita.


jadi ayuh katakan pada nafsumu : O Nafs, i love you but i love ALLAH even more! Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment