Sunday, April 1, 2012

Tipah TAK tipu!

بسم الله الرحمن الرحيم  

Situasi  1:
Tipah  : Akak, tipah terasa dengan sikap seseorang lah.
Akak  : Tipah terasa dengan siapa? Apa orang tu dah buat?
Tipah  : terasa dengan minah la akak. Tipah rasa dia selalu je nak kenakan tipah. Minah tu bla bla bla bla bla    bla bla bla..betul akak..tipah tak tipu! Sedihnya macam ni akak.
Akak  : hmm itulah..akak  perasan juga tu..haritu akak bla bla bla bla bla..kita sabar jelah ye tipah..doa banyak-banyak dekat Allah..

Situasi 2:
Seman : Acik, ko free tak? Aku nak minta nasihat sedikit ni..nak ajak berbincang juga..
Acik    : InsyaAllah free..nak minta nasihat pasal apa? Nak bincang apa?
Seman : Pasal si Labu ni..aku pelik la dengan dia..haritu bla bla bla bla bla bla bla bla
bla..terkejut gak aku bla bla bla bla bla bla..
Acik    : Aku ingat aku je rasa mcm tu..kita kena buat something ni..aku ingatkan Labu bla bla bla bla bla..Astaghfirullah al-'azim

2 situasi yang berbeza tempat dan jantina tetapi bertemakan perkara yang sama. Sebelum pergi lebih lanjut, situasi diatas adalah rekaan berdasarkan pemerhatian saya sendiri.

Sememangnya manusia biasa pasti tidak lari dari terasa dengan sikap seseorang tidak kiralah dia lelaki, perempuan, tua atau muda. Sebab manusia itu dilahirkan mempunyai perasaan. *ayat cliche lah pulak*
Okay straight to the point. Dalam kehidupan seharian, kita akan berurusan dengan ramai manusia kan. Ada urusan rasmi ada urusan tidak rasmi. Ada yang buat kita rasa happy ada yang buat sakit hati. Dan selalunya kita sangat suka berkongsi cerita atau pengalaman yang telah kita lalui dengan seseorang yang lain. Dan kita juga selalunya akan mencari seseorang yang memahami atau rapat dengan kita untuk buat sesi curahan hati bila  dada terasa gundah gulana.


Tidak salah berkongsi cerita. Tidak salah mengadu sesak di dada. Tidak salah berbincang untuk memperbaiki sesuatu keadaan.Kerana itu lumrah sebagai manusia. Tetapi yang salah apabila cerita atau perbincangan itu dikuasai nafsu semata. Mari kita kaji situasi diatas bersama. Perasan tak yang situasi kat atas tu, yang pada awalnya sekadar sesi luahan hati dan perbincangan untuk pembaikan akhirnya menjurus ke arah fitnah dan juga umpatan?

Jadinya jika kita sebagai si pengadu, berhati-hatilah saat kita hendak mengadu sesuatu dengan seseorang. Kerana dikhuatiri perbincangan itu bukan membawa kita kepada penyelesaian terbaik sebaliknya hanya dibaluti dengan dosa-dosa ghibah. Niat yang pada awalnya hanya untuk mengurangkan sesak didada akhirnya membawa kepada pembukaan aib orang lain. Astaghfirullah al-'azim. Sebaik-baiknya kita mengadu dahulu pada Allah sebelum kita mengadu dengan manusia, sebab Allah yang cipta kita, jadi Allah lebih tahu cara yang terbaik untuk hilangkan masalah kita.Allahu a'lam.

Jika masih memerlukan perbincangan juga  untuk mengatasi sesuatu masalah yang melibatkan pihak ketiga, sebaik-baiknya kita cuba sedaya upaya untuk tidak menyebut nama pihak ketiga tresebut. Lebih manis andai kata kita berbincang masalah itu secara global, maksudnya ceritakan situasi secara general sahaja. Tidak perlu detail bagai. Mungkin cara yang paling bagus adalah kita berterus-terang sahaja dengan pihak ketiga secara berhikmah. Minta petunjuk dari Allah sebelum berbincang dengan pihak ketiga agar perbincangan diakhiri dengan senyuman riang gembira. BiiznillahJ

Errr lepas dah baca ni, jangan ingat saya menolak perbincangan pula. Tidak sekali-kali. Berbincang itu sangat lah bagus dan dituntut. Saya sekadar mahu mengajak kita bersama-sama supaya kita berfikir dahulu sebelum menceritakan atau mengadu apa-apa dengan sesiapa. Kerana khuatir syaitan turun sama menasihati kita semasa kita galak bercerita. Ya, mungkin kita puas selepas menghamburkan segala sesak didada, tapi pada masa yang sama syaitan juga tersenyum bahagia kerana berjaya menghasut perbincangan kita kepada ghibah. Syaitan itu tidak akan pernah terlepas melihat peluang untuk menghasut walau sekecil mana pun peluang itu.

Akhir kata, ayuh kita sama-sama muhasabah diri. Kepada siapa kita mengadu terlebih dahulu selama ini? Kepada Dia Allah yang menciptakan kita, atau kepada manusia yang diciptakan-Nya? Semoga kita terus terpilih menjadi hamba yang terlindung daripada melakukan ghibah.  Ameen wallahu a'lam.

Vocab
Ghibah : seorang muslim membicarakan saudaranya sesama muslim tanpa sepengetahuannya tentang hal-hal keburukannya dan yang tidak disukainya, baik dengan tulisan mahupun lisan, terang-terangan mahupun sindiran.

No comments:

Post a Comment