بسم الله الرحمن الرحيم
Jika pagi ini kita terbangun dari tidur dengan menyangka bahawa loceng dari alarm yang kita pasang membangunkan kita, istighfarlah kerana sesungguhnya kita terjaga dari tidur kerana RAHMAT ALLAH yang menyambung semula nyawa kita setelah semalaman dicabut dari jasad
Jika hari ini kita lulus dalam apa jua ujian/peperiksaan dengan menyangka kerana usaha kita yang menggunung dalam membuat persediaan menghadapinya, istighfarlah kerana sesungguhnya kita berjaya kerana KASIH-SAYANG ALLAH yang memakbulkan doa kita agar lulus cemerlang
Jika di dua pertiga malam kita berjaya bangun tahajjud untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menyangka kita berjaya melakukannya kerana merasa keimanan kita berada ditahap tinggi dan berjaya menangkis serangan syaitan dari kembali tidur, istighfarlah kerana sesungguhnya kita berjaya melakukan taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) adalah kerana RAHMAT ALLAH kepada kita yang membuka mata hati kita dari tertutup untuk mendekatkan diri kepadaNYA
Jika dimalam hari kita stay up untuk study dan berjaya melakukannya dengan menyangka bahawa air nescafe/kopi/teh yang membuatkan kita berjaya menahan kantuk, istighfarlah kerana kita berjaya stay up adalah kerana RAHMAT ALLAH yang membuka mata kita sampai ke pagi seperti yang kita harapkan
Jika pada saat kita sembuh dari sesuatu penyakit dengan menyangka kita sembuh kerana telah memakan ubat paling mujarab didunia, istighfarlah kerana sesungguhnya kita sembuh dari penyakit itu adalah kerana KASIH-SAYANG ALLAH yang menyebabkan penyakit itu berlalu pergi dari diri kita
Sesungguhnya apa yang kita lakukan hanyalah sebagai satu usaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Dan ALLAH lah yang menentukan apa yang kita perlu. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat kita kerana DIA yang menciptakan kita. Oleh itu jangan lah bersedih jika permintaan/doa kita tidak dimakbulkan. Teruskan berusaha dan berdoa dan yakin bahawa permintaan kita akan ALLAH kabulkan jika itu yang terbaik buat kita. Sentiasa mengingatkan diri apa yang baik itu sentiasa datangnya dari Allah. Allahu´alam.
No comments:
Post a Comment