Monday, February 6, 2012

Berkongsi Rasa?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Terkadang ingin sekali aku mencoretkan segala apa yang terbuku di dalam hati disini. Ingin mencurahkan perasaan yang bersarang disini. Bukan mahu menarik perhatian tetapi sekadar berkongsi rasa.

TETAPI sering kali itu juga timbul satu rasa menerjah-nerjah dada agar disimpan segalanya. Sesuatu yang membuatkan benak aku tertanya-tanya. Pada siapa sebenarnya harus aku mengadu? Siapa yang sering aku cari terlebih dahulu andai hati sarat dengan persoalan menjerat? Dimana aku tuju andai otak dipenuhi soalan memberat? Dikala itu aku sering berlawan dengan perasan. Dunia atau Akhirat.


Allah. Sepatutnya kepada Allah lah aku menuju, berkongsi rasa, melepas segala resah didada. Aku kadang-kadang malu dengan Dia yang sentiasa menanti aku bercerita segalanya tetapi kerana nafsu yang menggila kuluahkan segalanya pada rakan sesama manusia. Bila rakan kehilangan kata, baru aku hendak merapati Dia. Astaghfirullah al-'Azim. Astaghfirullah al-'Azim.Astaghfirullah al-'Azim.

Tidak. Bukan aku mengatakan salah berkongsi rasa sesama manusia. Tetapi berkongsilah dahulu dengan Sang Khalik yang Maha Esa. Kerana padanya terletak kunci segala benda. Jadi insyaAllah mari kita sama-sama mendahulukan Allah dalam apa jua perkara.

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment