بسم الله الرحمن الرحيم
Salehudin Al-Ayubi.
Satu nama yang pasti tidak asing lagi dikalangan kita. Eh ke ada yang tidak tahu? Jika belum tahu, aku nak cerita sedikit tentang beliau insyaAllah.
Aku sendiri tiadalah dah lama tahu tentang Salehudin. Masih sikit sangat ilmu aku tentang beliau. Tetapi semakin aku cuba mengenali beliau, semakin aku kagum dan respek dengan beliau.
Kenapa aku kagum sangat dengan beliau? Sebabnya beliau yang berusaha membebaskan Al-Quds daripada jajahan tentera Salib. Sedangkan beliau bukannya orang Arab, beliau juga bukan berasal dari Palestin. Beliau adalah orang Kurd. Tetapi kerana beliau percaya dan yakin dengan keimanan beliau terhadap Allah, dengan menggunakan nametag I'm a Muslim and I'm proud of it, beliau berusaha siang dan malam berusaha untuk membebaskan Al-Quds.
Pernah beliau membangunkan para tenteranya yang sedang tidur untuk bermunajat. Anda tahu apa yang beliau kata kepada tenteranya? "Wahai tentera sekalian. Bangkit.Bangkit. Kerana kamu kita akan kalah!" Sebabnya Salehudin percaya, hanya dengan bermunajat kepada Allah mereka akan menang.
Dan kita? Berapa ramai antara kita hari ini yang bangun untuk bermunajat kepada Allah? Berapa ramai antara kita yang mengeluarkan duit untuk berinfaq di jalan Allah? Berapa ramai antara kita yang sanggup ketepikan teriakan hati atau lebih tepat nafsu untuk memenuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya?
Sedangkan kita hari-hari minta Allah tunaikan permintaan kita. Hari-hari berdoa mahu itu mahu ini. Tetapi pernah kita muhasabah, apa yang kita dah lakukan untuk Allah? Astaghfirullah al-Azim. Betapa jauhnya beza kita dengan Salehudin. Sedangkan kita sama-sama manusia, sama-sama muslim.
Benarlah kesenangan itu memang ujian yang besar. Disebabkan kita mudah mendapatkan itu ini, kita jadi malas. Internet depan mata kita guna untuk berfacebook lama-lama. Masa yang ada kita guna untuk tengok cerita yang kurang manfaatnya. Duit yang ada kita guna untuk penuhi seruan nafsu kita. Kesannya kita jadi malas, gemuk dengan penyakit hati dan akhirnya keimanan semakin hari semakin kurus.
Eh kecewa dan terasa eh baca tulisan kat atas? Alhamdulillah. Bersyukurlah sebab Allah masih buka hati kita untuk terasa dan sensitif terhadap isu-isu kat atas. Kita masih punya masa sahabat. Kita masih punya kesempatan. Masih belum terlewat untuk kita mengumpul semangat dan menjadi seperti Salehudin. Berubahlah sedikit-sedikit. Kembalilah kepada Allah. Semoga Allah memberi petunjuk yang lurus dan memberi kita kekuatan untuk terus bergerak mengikut jalan yang lurus itu. Ameen.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment