Wednesday, February 15, 2012

Judgmental!

بسم الله الرحمن الرحيم 

" Weh cop.  Jom lah pergi solat jumaat tu. Dah lambat dah ni."
"Lek lu. Sap kok lu " (Baca: Rilek dulu, hisap rokok dulu)
" Eh sempat lagi kau. Jom lah Cop. Kang terlepas khutbah Tok Imam Muda nanti"  gesa Iwan tak berputus asa.
" Tak lari Tok Imam Muda dikejar.5  Minit lagi kita gerak ah." Balas Ucop sambil terus menelaah buku Chemistry didepannya.

Mesti ramai antara kita yang biasa dengar atau guna frasa "lek lu bro, sap kok lu". Kadang-kadang orang yang guna frasa ni tak hisap rokok pun. Cuma sekadar ungkapan yang keluar dari mulut untuk melambat-lambatkan sesuatu kerja. Atau sebab rasa sesuatu urusan itu tidaklah terlalu penting dimata kita (tetapi sebenarnya sangat penting bagi orang lain) jadi kita pun ambil sikap sambil lewa atau tidak endah sahaja.

Okay sekarang bayangkan kalau situasi diatas diganti dengan situasi begini:

" Weh cop.  Jom lah pergi solat jumaat tu. Dah lambat dah ni."
"Lek lu. Sap kok lu " (Baca: Rilek dulu, hisap rokok dulu)
" Eh sempat lagi kau. Rugi lah weh kalau terlepas khutbah. Minggu ni Bro Nouman Ali Khan yang jadi Khatib"  gesa Iwan tak berputus asa.
" Yeke? Alamak rugi lah macam ni. Okay jom-jom." Segera Ucop bangun dan mencapai kunci motor untuk ke masjid bersama Iwan.
Bukan main cepat dan beria Ucop bila mendengar nama Bro Nouman Ali disebut sebagai khatib minggu ni. Yelah. Bro Nouman kot, ye dak? Siapa yang tak kenal kan? (errrr if ade yang tak kenal bolehlah google sekian terima kasih harap maklum.)

Okay. Saya bukan nak cerita pasal latar belakang Bro Nouman dekat sini. Tapi nak ajak kita sama-sama renung diri sebentar.


Rata-rata manusia memang begitu kan? Lebih memandang luaran berbanding dalaman. Lebih memandang penyampai dari bahan yang hendak disampaikan. Tidak dinafikan memang penyampai seharusnya mempunyai keperibadian yang baik dan personaliti yang bagus agar dapat menarik audience untuk mendengar isi yang ingin disampaikan. Itu karakter yang perlu ada pada seorang penyampai.

Dan kita? Bagaimana pula kita sebagai pendengar? Rata-rata antara kita pasti ada favourite speaker masing-masing. Eh tidak salah untuk kita mempunyai favourite speaker. Tetapi yang salah adalah bila terlalu taksub dengan penceramah favourite kita sehinggakan kita memandang rendah pada penceramah yang kurang dikenali. Kita rasa apa yang penceramah favourite sampaikan itu sentiasa benar dan mantap isinya. Kita dengar dengan penuh semangat dan tekun. Sebaliknya jika penceramah yang kurang dikenali, nak dengar talk dia pun malas. Kalau kita dengar pun, dengar sambil lewa sahaja. Tidak bersemangat dan malas. Bagi kita lecturenya biasa-biasa sahaja. Tiadalah hebat mana pun. Walaupun sebenarnya bahan yang mereka sampaikan sangat bagus dan hebat.

Kenapa begitu? Sebab kita sememangnya manusia biasa yang masih terbelenggu dengan "judge a book by its cover". Kita masih terikat dengan mind set dalam melakukan sesuatu. Oh jika ada yang hendak rasa terbakar dan tidak bersetuju dengan saya dan mahu protes, silakan. Tetapi refleks diri dulu! Jika betul anda tidak memilih penceramah untuk mendengar mana-mana talk, sebaliknya anda lebih memilih bahan yang disampaikan oleh penceramah,  bravo!! Anda berjaya melepasi jaring pukat yang membaluti diri dari menjadi seseorang yang judgemental! Tahniah!

Tetapi jika sebaliknya, mari kita muhasabah lagi. Jom kita sama-sama ubah diri. Jangan melihat kepada penyampai tetapi lihatlah bahan yang hendak disampaikan. Walaupun penyampai itu setakat imam kampung atau orang yang lebih muda dari kita. Kerana yang penting buat kita adalah bahan yang disampaikan, bukannya penyampai. Kerana apa yang keluar dari mulut mana-mana penyampai tetap ilmu. Dan sudah pasti ilmu dia lebih banyak bergelen-gelen dari kita. Sebab itu mereka layak menjadi penyampai.

Kesimpulannya, jangan kita terlalu memilih siapa penyampainya sehinggakan kita terlepas ilmu yang berharga. Rugi tahu. Tepuk dada, tanya berapa banyak ilmu sudah kita punya. Semoga kita terus dipilih Allah untuk menjadi orang yang mencintai ilmuNya. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment