بسم الله الرحمن الرحيم
Kadang-kadang dalam hidup, kita selalu rasa pandangan yang kita lontarkan tiada siapa nak dengar.
kadang-kadang dalam hidup, kita rasa tiada siapa yang peduli akan perasaan kita.
Seakan-akan kehadiran kita langsung tidak memberi manfaat kepada orang lain.
Dan seolah-olah kelihatannya kita seperti sentiasa menentang atau seperti tidak setuju dengan pendapat orang lain.
Sehingga sekali-sekali mampu menggugah ukhuwwah yang dibina, hanya semata tiada persamaan dalam pendapat yang diberi!
Dan kita pula mula menyalahkan mereka kerana merasakan kita lah di pihak paling benar.
Mungkin betul kita di pihak yang benar tapi boleh jadi juga kita di pihak yang salah kan?
Bila seseorang itu merasakan dialah yang paling benar, itulah saat dia sebenarnya berada dipihak yang salah!
Kerana ketika ego menguasai diri, maka segala pintu kebenaran yang mengetuk hati akan tertutup serta merta!
Maka berhati-hatilah. Muhasabah diri kita. Apakah tentangan yang kita beri memang memberi manfaat kepada orang lain atau ia sekadar sebuah konklusi yang lahir dari sikap egois yang tinggi?
Tepuk dahi cubit pipi gigit jari. Jawapan ada pada diri sendiri. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment