Monday, January 16, 2012

Oh How I Regret.....


Firman Allah dalam surah ke-6 Al An'am :

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. (31)
 Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (32)
Wahai hati-hati yang leka!
Bangkitlah!
Wahai hati-hati yang lalai!
Bangunlah!
Wahai hati-hati yang sakit!
Sembuhlah!
Tidakkah kau lihat apa yang telah kau perbuat? 
Tidakkah kau dengar yang masa berdetik saban saat?
Tidakkah kau hidu bau-bau hanyir dosa-dosa silam?
Ayuh tunduklah.
Ayuh sujudlah.
Kerna kita sudah terlalu jauh tenggelam dalam lautan dosa.
Ayuh kita basuh segalanya dengan hujan pahala.
Ayuh kita pohon keampunan dari Allah yang Maha Esa.
kerna padaNya tersimpan tiket memasuki syurga.

Allahu A'lam.

No comments:

Post a Comment