Sunday, January 8, 2012

Hidup Berseri-seri:)


Hidup ini indah
Tanpa keluh kesah
Dan kau harungi dengan tabah
Walau hati rasa nak pecah
Melayan pelbagai ragam dan kerenah
Bilamana kau buat hanya kerana Allah

Hidup ini bermakna
Walaupun kau merasa derita
Di asak dengan ujian dunia
Bilamana kau letakkan segalanya
Hanya pada Dia
Tuhan yang Esa

Hidup ini nikmat
Walaupun kau diuji dgn dugaan hebat
Hingga mengalir keringat
Dan terkadang merasa penat
Tapi jangan pernah berhenti bertaubat
Kerana itulah ubat
Untuk kau terus menjadi kuat
Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment