Saturday, January 14, 2012

Intention

Akhir-akhir ini, aku selalu berfikir..banyak sungguh yang bermain di benak fikiran aku..tentang apa, tak perlu rasanya aku nyatakan dekat sini..

Cuma sedikit sebanyak perkara yang difikirkan ini menggugah iman juga..kita kan manusia? Jadi pasti iman akan naik dan turun..mungkin turunnya iman sampai menyebabkan kita futur..tidak salah untuk futur..eh nanti dahulu.Aku bukan menggalakkan futur. Tetapi sememangnya kita manusia yang berpotensi untuk buat dosa, kita bukan maksum, jadi pasti kita akan dilanda badai futur. CUMA jangan sesekali kita menghiasi futur itu. Carilah sebab kepada taufan futur yang melanda. ubati sakit futur itu. Jangan sampai kita lemas dalam lautan futur. Atau paling mudah, muhasabah dan check balik niat kita dalam melakukan sesuatu. Jika niat suci kerana Allah, pasti Allah akan bantu kita. Sesungguhnya Allah itu sebagaimana yang kita sangkakan. Jadi sentiasa husnudzhon dengan setiap yang menimpa kita. Allah tahu yang terbaik untuk kita, tak gitu? *senyum*


Allahu a'lam

2 comments:

  1. salam wbt akak sayang...

    syafa sangat rindukan akak..

    syafa suka gambar dan kata-kata yang ringkas dr akak,tapi sangat terkesan bagi syafa^^

    jazakillah akak.........

    ReplyDelete
  2. Wslm syafa syg..

    waiyyaki adikku :) Semoga bermanfaat buat kita bersama insyaAllah

    ReplyDelete