Friday, April 27, 2012

Mujahadah


بسم الله الرحمن الرحيم

biarlah kita hina di mata manusia, asalkan kita mulia pada pandangan Allah

biarlah kita miskin pada pandangan manusia, asalkan kita kaya disisi Allah

biarlah kita nampak kolot pada tafsiran manusia, asalkan kita maju di neraca Allah.

Sungguh jika kita melakukan sesuatu untuk memenuhi expectation manusia, kita akan letih. Kita akan sedih. Kita akan rasa tidak berdaya. Kerana manusia itu keinginannya melangit. Kemahuannya menembusi akal.

Sesungguhnya biarlah kita melakukan sesuatu kerana Allah. Ikhlaskan hati itu tidak mudah, kerana nafsu selalu menjadi penghalang di tengah. Tetapi tidak bermakna nafsu itu tidak boleh ditundukkan. Pasti boleh. yakinlah pada dirimu. Dan carilah kunci untuk menundukkan nafsumu.

Tidak lain tidak bukan kunci kepada penundukan nafsu adalah iman. Maka peliharalah imanmu. Andai kata iman mu menurun, cepat-cepat lonjakkannya kembali. Biarpun serasa seperti tidak ikhlas, tidak mengapa. Kerana itu juga satu cabang mujahadah. mujahadah untuk ikhlas keranaNya. Jangan pernah berhenti. Kerana maut tidak pernah berhenti mengintai kita.


jadi ayuh katakan pada nafsumu : O Nafs, i love you but i love ALLAH even more! Allahu a'lam

Monday, April 23, 2012

sementara

بسم الله الرحمن الرحيم

kadang-kadang kita terlalu risau memikirkan bekalan dunia yang mungkin habis pada esok hari. Kita risau kalau-kalau kita tidak cukup duit untuk meneruskan kehidupan pada esok hari. Tiada duit, macam mana nak beli makanan? Tiada pelajaran, macam mana nak dapat kerja bagus-bagus?

kita terlupa mungkin yang Allah menetapkan rezeki. Duit itu Allah yang bagi. Makanan itu Allah yang bagi. Kerja bagus-bagus itu Allah yang bagi.


dan kita terlupa yang dunia hanya sementara.

"Pada suatu hari, di Kuwait, saya mengunjungi Jam'iyatul Ishlah Al-Ijtima'i. Saya disambut oleh seorang penjaga yang berasal dari Afghanistan yang bernama 'Habibullah'. Setelah berbincang-bincang dengannya, saya membaca dalam data dirinya bahawa beliau adalah 'pegawai sementara'. Saya katakan kepadanya, 'Mengapa Jam'iyah tidak mengangkat anda sebagai pegawai tetap?' Ia menjawab, 'Wahai Paman Haji, di dunia ini kita semua sementara..' "
-dipetik dari buku At-Thariq ilal Qulub, Abbas As-Siisi

dan kita selalu terlupa, untuk risau tentang bekalan akhirat. Sudah cukupkah bekalan kita untuk hidup tanpa mati di akhirat kelak? Sudah cukupkah ilmu akhirat  kita untuk menghadapi Allah kelak? Allah. Kita sering terlupa untuk mengingati kematian yang saban hari menghampiri kita. Semakin hari, umur kita semakin pendek. Masa kita semakin sedikit. Jadi bersediakah kita menghadapi sakaratul maut yang mungkin sebentar lagi tiba?

tepuk dahi, cubit pipi, gigit jari. InsyaAllah jom sama-sama kita muhasabah dan memperbaiki diri.Allahu a'lam

Sunday, April 15, 2012

yang selalu mengintaimu:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah tak terpikir kalau-kalau kejap lagi malaikat maut datang menjemput? Macam mana ye keadaan kita masa tu? Sedang kusyuk kah kita mengingati Allah? atau sedang gembira melayan al-hawa?

Sungguh memikirkan bagaimana keadaan ketika mati itu sangat membuatkan aku menelan air liur berkali-kali. Aku tertanya-tanya diri sendiri, sudah bersediakah aku? Aku sangat takut andai ketika saat maut itu menjemputku, aku bukan dalam keadaan yang Allah redha. Astaghfirullah al-'azim.


Owh aku sangat yakin Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat hamba-Nya. Cuma kita ini manusia. pasti tidak lari dari melakukan dosa. Bak kata naqibah 1st aku yang aku panggil cik N, bukan manusia namanya jika kita mampu melawan nafsu. Dan itulah yang paling aku takuti. Sedar perkara itu salah, tapi terus juga melakukannya. ya Allah. Naudzubillahi min zalik.

ya Allah. Sungguh aku mohon ya Allah. Aku mohon agar nyawa ini Engkau ambil kembali tatkala aku sedang sujud nasuha padaMu. Aku ingin kembali dalam keadaan hati ini bersih ya Allah. Ampunilah dosaku, keluargaku, dan seluruh umat Islam ya Allah. Ameen ya Rabb.

p/s: cik N, kalau-kalau cik N baca ni, saya nak cakap, saya sayang cik N kerana Allah..doakan saya dapat husnul khotimah ye cik N..supaya kita dapat sama-sama jumpa dekat syurga Allah..biiznillah:):)

dari seorang hamba yang rindu tapi malu.

Thursday, April 12, 2012

Sujud itu

بسم الله الرحمن الرحيم  

ya Allah.
Jika tiba saatnya aku ditakdirkan bertemu dengan-Mu,
aku pohon agar saat itu,
hati ini sedang rindu,
sedang syahdu,
dalam mengingati-Mu.

ya Allah,
Andai tiba saat nyawaku Engkau ambil kembali,
aku pohon agar itu waktu terbaik buat diri ini,
untuk menghadap mati yang hakiki,
yang juga pembebasan abadi,
buat hati-hati yang suci.

ya Allah,
bersediakah aku?
sudah cukupkah amalku?
berapa banyak bekalku?
sungguh aku malu,
untuk menghadap-Mu,
bersama dosa menggunung di bahu.

ya Allah,
hanya pada-Mu,
aku mengadu,
ya Allah,
aku mohon pada-Mu,
ambillah nyawaku,
kembali pada-Mu,
ketika diriku,
sujud penuh syahdu,
menyembah Engkau Allah yang Satu,
sambil melafazkan taubat nasuha pada-Mu.

Ameen ya Rabb.

Sunday, April 1, 2012

Tipah TAK tipu!

بسم الله الرحمن الرحيم  

Situasi  1:
Tipah  : Akak, tipah terasa dengan sikap seseorang lah.
Akak  : Tipah terasa dengan siapa? Apa orang tu dah buat?
Tipah  : terasa dengan minah la akak. Tipah rasa dia selalu je nak kenakan tipah. Minah tu bla bla bla bla bla    bla bla bla..betul akak..tipah tak tipu! Sedihnya macam ni akak.
Akak  : hmm itulah..akak  perasan juga tu..haritu akak bla bla bla bla bla..kita sabar jelah ye tipah..doa banyak-banyak dekat Allah..

Situasi 2:
Seman : Acik, ko free tak? Aku nak minta nasihat sedikit ni..nak ajak berbincang juga..
Acik    : InsyaAllah free..nak minta nasihat pasal apa? Nak bincang apa?
Seman : Pasal si Labu ni..aku pelik la dengan dia..haritu bla bla bla bla bla bla bla bla
bla..terkejut gak aku bla bla bla bla bla bla..
Acik    : Aku ingat aku je rasa mcm tu..kita kena buat something ni..aku ingatkan Labu bla bla bla bla bla..Astaghfirullah al-'azim

2 situasi yang berbeza tempat dan jantina tetapi bertemakan perkara yang sama. Sebelum pergi lebih lanjut, situasi diatas adalah rekaan berdasarkan pemerhatian saya sendiri.

Sememangnya manusia biasa pasti tidak lari dari terasa dengan sikap seseorang tidak kiralah dia lelaki, perempuan, tua atau muda. Sebab manusia itu dilahirkan mempunyai perasaan. *ayat cliche lah pulak*
Okay straight to the point. Dalam kehidupan seharian, kita akan berurusan dengan ramai manusia kan. Ada urusan rasmi ada urusan tidak rasmi. Ada yang buat kita rasa happy ada yang buat sakit hati. Dan selalunya kita sangat suka berkongsi cerita atau pengalaman yang telah kita lalui dengan seseorang yang lain. Dan kita juga selalunya akan mencari seseorang yang memahami atau rapat dengan kita untuk buat sesi curahan hati bila  dada terasa gundah gulana.


Tidak salah berkongsi cerita. Tidak salah mengadu sesak di dada. Tidak salah berbincang untuk memperbaiki sesuatu keadaan.Kerana itu lumrah sebagai manusia. Tetapi yang salah apabila cerita atau perbincangan itu dikuasai nafsu semata. Mari kita kaji situasi diatas bersama. Perasan tak yang situasi kat atas tu, yang pada awalnya sekadar sesi luahan hati dan perbincangan untuk pembaikan akhirnya menjurus ke arah fitnah dan juga umpatan?

Jadinya jika kita sebagai si pengadu, berhati-hatilah saat kita hendak mengadu sesuatu dengan seseorang. Kerana dikhuatiri perbincangan itu bukan membawa kita kepada penyelesaian terbaik sebaliknya hanya dibaluti dengan dosa-dosa ghibah. Niat yang pada awalnya hanya untuk mengurangkan sesak didada akhirnya membawa kepada pembukaan aib orang lain. Astaghfirullah al-'azim. Sebaik-baiknya kita mengadu dahulu pada Allah sebelum kita mengadu dengan manusia, sebab Allah yang cipta kita, jadi Allah lebih tahu cara yang terbaik untuk hilangkan masalah kita.Allahu a'lam.

Jika masih memerlukan perbincangan juga  untuk mengatasi sesuatu masalah yang melibatkan pihak ketiga, sebaik-baiknya kita cuba sedaya upaya untuk tidak menyebut nama pihak ketiga tresebut. Lebih manis andai kata kita berbincang masalah itu secara global, maksudnya ceritakan situasi secara general sahaja. Tidak perlu detail bagai. Mungkin cara yang paling bagus adalah kita berterus-terang sahaja dengan pihak ketiga secara berhikmah. Minta petunjuk dari Allah sebelum berbincang dengan pihak ketiga agar perbincangan diakhiri dengan senyuman riang gembira. BiiznillahJ

Errr lepas dah baca ni, jangan ingat saya menolak perbincangan pula. Tidak sekali-kali. Berbincang itu sangat lah bagus dan dituntut. Saya sekadar mahu mengajak kita bersama-sama supaya kita berfikir dahulu sebelum menceritakan atau mengadu apa-apa dengan sesiapa. Kerana khuatir syaitan turun sama menasihati kita semasa kita galak bercerita. Ya, mungkin kita puas selepas menghamburkan segala sesak didada, tapi pada masa yang sama syaitan juga tersenyum bahagia kerana berjaya menghasut perbincangan kita kepada ghibah. Syaitan itu tidak akan pernah terlepas melihat peluang untuk menghasut walau sekecil mana pun peluang itu.

Akhir kata, ayuh kita sama-sama muhasabah diri. Kepada siapa kita mengadu terlebih dahulu selama ini? Kepada Dia Allah yang menciptakan kita, atau kepada manusia yang diciptakan-Nya? Semoga kita terus terpilih menjadi hamba yang terlindung daripada melakukan ghibah.  Ameen wallahu a'lam.

Vocab
Ghibah : seorang muslim membicarakan saudaranya sesama muslim tanpa sepengetahuannya tentang hal-hal keburukannya dan yang tidak disukainya, baik dengan tulisan mahupun lisan, terang-terangan mahupun sindiran.