Tuesday, April 16, 2013

where is the peace?

بسم الله الرحمن الرحيم


"Man, kau tahu kat mana nak cari Encik 'K'? Dah lama aku cari tak jumpa." Salim memecah bisu suasana dengan satu pertanyaan.

"Encik 'K'? Encik 'K' yang bagaimana yang kau maksudkan?" Salman terpinga-pinga. Meroyan ke apa Salim ni. Encik 'K' mana entah yang Salim maksudkan.

" Erm tapelah man. Kau takkan paham. " Salim menjawab lesu lalu meninggalkan Salman sendirian tertanya-tanya.

Salim resah. Sudah lama dia mencari Encik 'K' tetapi hampa. Pelbagai orang sudah ditanya, pelbagai tempat sudah dijelajah, pelbagai ceruk sudah digeledah. Tetapi hasilnya tetap sama. Gelisah di dadanya tidak berkurang malah makin bertambah.

'Arggghhhhh' Salim menjerit dalam hati. Tiada yang mendengar kecuali telinga hatinya.

*****

'Khusyuk atau ketenangan hanya akan diperolehi bila hati kita basah. Basah yang bagaimana? Basah dengan Zikrullah. Setiap saat kita harusnya mengingati Allah. Tiada guna musafiran jauh-jauhan semata-mata hanya ingin mencari ketenangan. Kita tidak akan jumpa kalau hati tidak mendekati Allah. Sebagaimana yang Allah sebutkan dalam surah ar-Ra'd ayat 28...'

Bait-bait yang disebutkan Ustaz Romzi dalam rancangan wisata hati itu menarik perhatian Salim. Volume televisyen segera dikuatkan.

'Ala bi dzikrillahi tatmainnul qulub..Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sekarang sudah terbukti kan teman-teman? Rahsia ketenangan hati itu disini, dalam mushaf ini, dalam mukjizat teragung iaitu Al-Quran. Tidak perlu susah-susah ke sana ke mari mencari ketenangan. Bukalah Quran, bukalah hati, insyaAllah akan bertemu dengan ketenangan.'


" Maksudnya tidak perlu ke mana-mana untuk cari ketenangan? Tadabbur alam bagaimana pulak? Biar betul Ustaz ni.." Salim mengomel. Tidak puas hati dengan penjelasan Ustaz Romzi.

'begitupun, bukanlah maksudnya kita harus duduk dirumah sahaja. Zikrullah itu boleh diperluas skopnya dengan melihat alam. Tadabbur alam. Kerana dengan melihat alam, kita dapat melihat dan mengkagumi kebesaran Allah. Tetapi kuncinya hati kita. Hati ini perlu dibasahi dahulu. Jika tidak, tadabbur alam hanya akan menjadi penglihatan yang kosong. Tiada makna. Demikian kita kembali kepada point mentadabbur mushaf al-Quran ini dgn hati yang terbuka. InsyaAllah pasti ke mana sahaja kita pergi, akan temui ketenangan, hatta di tengah bandar yang sibuk sekalipun.'

Terdiam Salim mendengar penjelasan Ustaz Romzi. Sentap. Seolah-olah Ustaz Romzi boleh membaca apa yang ada di fikirannya. Tanpa Salim sedar, pipinya sudah basah. Sedarlah Salim selama ini hatinya yang tertutup. Hatinya yang kering. Hatinya tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Salim melazimi MEMBACA al-Quran selepas solat tetapi Salim tidak MENTADABBUR ayat-ayat yang dibaca.

Lantas, tanpa lengah, Salim capai mushaf didepannya. Dibuka dan dibaca. Seperti biasa dengan niat berbeza. Hatinya dibuka luas untuk belajar mentadabbur.

p/s: Tadabbur, benarkah kita melakukannya? T_T

Tuesday, April 9, 2013

syahid syuhada' Part 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Umar mengurut-urut lehernya. Jelas di mukanya terpancar bibit-bibit keletihan. Tidak disangka begitu ramai sekali orang yang datang meraikan walimah Jannah. Tak menang tangan melayan tetamu. Mungkin kerana Jannah sememangnya seorang gadis yang amat baik dan peramah serta suka membantu sesiapa sahaja tak kira masa. Jannah benar-benar seperti arwah papa.

'Ah tiba-tiba teringat papa. Apa khabar papa disana agaknya?' hati Umar bermonolog sendirian. Syahdu menyerang segenap hati Umar. Rindu. Akhir-akhir ini selalu benar Umar teringat arwah papa. Segera lidah Umar terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah buat papa.

Umar merendahkan badan. Lehernya kini betul-betul landing di birai sofa. Umar memejamkan mata. Tadi sebak. Kini senyuman pula menghiasi wajah Umar. Tidak pernah Umar menyangka takdir yang begitu indah akan meliputi hidupnya. Benarlah, Allah itu lebih mengetahui.

"Assalamu'alaikum abang ipar. Amboi sedap landing bang. Periuk kat dapur belum habis digosok bang. Harap maklum." 

"Alaaaa..orang baru nak curi rehat jap. Bolehlah 5 min je." Umar menjawab sambil matanya masih lagi terpejam.

"Takde takde. Meh bangun tolong aku."

Spontan Umar terasa tangannya ditarik. Mata dibuka.

"yela yela adik ipar tersayang. abang bangun ni. Ingat ko hutang aku lagi. Haaaaa.." Umar berseloroh.

"Haha. berkira betul. dari dulu lagi berkira. Diskaun takde ke bang?"

"Takde diskaun. Denda sebab rahsia-rahsia je plan semua ni. Nasib baik tak heart attack masa datang menetapkan tarikh nikah hari tu. Kalau tak alamatnya, tundalah kahwin. haha."

"Haha. Tak jugak bro. Kalau Allah dah kata kun fayakun.."

tiba-tiba..

"Amboi sedapnya abang berdua bersembang. Mama dah bising-bising kat dapur tu takde orang tolong dia. eh abang nak air? Jannah ambilkan" Jannah mencelah. Bukan boleh dibiarkan Umar dan zaujnya berdua. Alamatnya memang tak jalan kerja kat dapur tu nanti.

"ehem. Khalid je? ye lah. siapalah Along kan. Dapat suami, tiada along lagi." Umar pura-pura sedih sambil menarik muncung.

"ish along ni cubit kang. tanya satu-satulah. tapi sekarang dah tak jadi. Along ambil sendiri kat dapur."

muncung Umar makin memanjang. Tergelak Khalid dan Jannah melihat keletah Umar.

"tak apa Jannah. Nanti abang ambil sendiri kat dapur. Along jom sambung sental periuk." 

"Along? Bolehlah. Meremang pula bila ko start panggil aku along. Well people need times to adapt."

"haha. don't worry. you will get used to it ALONG." sengaja Khalid menekankan sebutan Along itu. Bercanda.

"haiyaii kapten. Jom sambung sental periuk. Yabedabedu."

Khalid dan Jannah berpandangan. Berbalas senyuman sambil menggeleng kepala. Umar kadang-kadang memang keanak-anakan.

***********
Di dapur..

"Bila Flight kamu Khalid? Mama lupa."

"InsyaAllah dua minggu lagi Ma. Jannah punya visa ada masalah sikit. InsyaAllah next week siap."

"Pergi tak ajak Along. Merajuk. Tak nak hantar kat airport" Sekali lagi Umar menarik muncung. Bergema dapur dengan pecahan gelak Puan Saodah, Khalid dan Jannah.

"tak apa..Mama ada boleh hantar. Kan Ma?"  Jannah sengaja mengusik Umar. Serentak Jannah terasa bajunya basah.

"Alongggggggg..."

*bersambung*



Friday, March 29, 2013

syahid syuhada' Part 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Pintu dikuak perlahan. Kunci masih belum ditukar walau sudah empat tahun masa berselang. Sebaik kaki melangkah, luruh segala rindu yang bertakhta di hati Umar. Telinganya menangkap bunyi suara gurauan dua wanita yang paling dia rindui selama ini. Mama dan Jannah.

Perlahan kakinya diatur ke dapur. Segera jarinya Umar letakkan dimulut tanda suruh diam sebaik sahaja mata Jannah bertemu dengan matanya. Debaran semakin terasa bila jarak antara dia dan Mama cuma tinggal 250 cm sahaja.

Tangan diangkat perlahan dan Umar menutup mata Puan Saodah. Sebak. Mata Umar bergenang. Ingin dipeluk erat tubuh itu.

Puan Saodah terjerit halus bila tiba-tiba matanya ditutup. Kasar. Tangan lelaki. Nasib baik senduk ditangan tidak terlepas.Senduk digenggam erat dan diangkat separa bahu. Bersedia macam nak main besbol.

'Siapa ni? Jannah siapa ni..cepat telefon polis..baik awak lepaskan saya kalau tidak saya ketuk kepala awak dengan senduk ni'

Jannah nak tergelak. Ditekup mulutnya. Mata Umar terbeliak.

Keletukkkk.

Belum sempat Umar betindak,belakang senduk terlebih dahulu mencium kepala Umar. Tangannya terlepas dari mata Puan Saodah. Umar tertunduk. Puan Saodah segera berpaling untuk terus menyerang gerangan yang menutup matanya sebentar tadi. Senduk di angkat semakin tinggi.

'Maaa..jap Ma..Along ni..Adoi kuatnya Mama ketuk' spontan Umar separuh menjerit bila melihat hayunan tangan Puan Saodah semakin tinggi. Tangannya menggosok kepala.

Keletingg..Senduk terlepas dari tangan Puan Saodah. Akalnya susah nak percaya tetapi hatinya meyakinkan. Puan Saodah menggosok matanya.

'Along?' perlahan dan syahdu.

'Along anak Mama? Ya Allah..' Puan Saodah meluru ke depan. Susuk yang dirinduinya itu dipeluk kemas. Hatinya gembira. Bersyukur.

'Mama minta maaf Along. Mama salah dulu. Mama paksa buat apa yang Along tak suka. Maafkan Mama ye Along. Along jangan pergi lagi dah nak. Mama janji...'

Belum sempat Puan Saodah menghabiskan ayatnya, Umar segera memotong.

'tak Ma..Along yang kena minta maaf..Along salah..Mama maafkan Along?'

Dan hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan ketulusan anaknya. Puan Saodah mengangguk. Suasana hening menyelubungi seisi rumah. Jannah yang memerhati menangis dalam tersenyum. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Tiba-tiba..

'Along, Mama..minggu depan keluarga pihak lelaki nak datang merisik dan tetapkan tarikh walimah.'

*bersambung*


 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)
(Surah Maryam :96)


Friday, February 15, 2013

Hijab

بسم الله الرحمن الرحيم

klik.

mouse itu ditekan.

1 new friend request. Facebook.

klik.

mouse ditekan lagi untuk melihat siapa gerangan yang request untuk jadi kawan di Facebook.

Tertera nama Afham Helmi di skrin laptop Dila. Study di al-Azhar University Mesir. Bidang Undang-Undang Syariah.

'afham helmi. siapa pulak ni. mutual friend dengan sarah je. nak approve ke tak eh? hmmm approve jelah.' 

klik.

mouse Dila tekan malas untuk menerima request itu. friend confirmed.

Dila meletakkan kepala di kerusi. merehatkan diri setelah seharian berpenat lelah kesana kemari menguruskan program pre-departure adik-adik yang bakal fly hujung bulan ni ke negara burung kiwi. Facebook dibiarkan terbuka.

Ting.

Mata Dila tanpa diarah memandang ke arah laptopnya yang ternganga.

1 new message.

Dila menekan mouse untuk membaca message yang baru masuk seminit yang lepas. Dari Afham Helmi.

'Assalamu'alaikum wbt Dila'

'Wa'alaikumussalam wbt...iya?'

Dila membalas pendek. Pelik mamat ni. Panggil nama panggilan macam dah kenal lama. 

Ting.

Message masuk lagi.

'Salam kenal. Saya Afham kawan Sarah'

'Salam kenal..kawan Sarah..Apa yang boleh saya bantu ya?'

'Tak ade yang perlu dibantu. Thanks. Just nak inform. Syukron'

'Baik InsyaAllah'

Message ditutup.Dila tak sedap hati. Message dibuka kembali.

'Aseef jiddan ya..tapi rasanya tidak manis kita berhubungan begini..iya insyaAllah boleh sahaja untuk mengeratkan silaturahim sesama makhluk ciptaan Allah..cumanya tidak bagus secara private begini kerana kamu lelaki dan saya perempuan..sesungguhnya Allah itu melihat setiap gerak geri kita..sentiasa..maaf kalau saya ada menyatakan yang salah..semoga Allah terus memberkati hari kamu..Assalamu'alaikum wbt'

Dila tidak tahu apa niat afham menegurnya di facebook begitu. Tetapi Dila tidak mahu nanti terusan Afham menghubunginya tanpa tujuan. Biarlah dimatikan sebelum dimulakan. Dila tidak mahu usahanya dalam usaha membersihkan hati dan meletakkan cinta Allah di tempat tertinggi terganggu.

'Wa'alaikumussalam. Dalilnya?'
'Surah An-Nur ayat 30-31'

'I'm Sorry. Tak pe. itu hak awak. Awak tolong unfriend saya balik ye..sebab saya online guna phone..susah nak unfriend. syukron.'

Sedang Dila menaip untuk membalas, masuk satu lagi message baru. Dari Afham lagi. Dila buka.

'Again i'm Sorry. Boleh rupanya unfriend dengan handphone. awak best jaga hijab. Nanti saya unfriend insyaAllah. maaf awak kalau tersinggung. keep your hijab ok. Assalamu'alaikum wbt. Allah yukhallik'

Dila tersenyum lega. Alhamdulillah. Message itu Dila biarkan tanpa membalas.

*****************

'Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...(31)'
(An-Nur: 30-31)


hijab.

bukan sekadar dimaksudkan dengan menutupi fizikal luaran (tutup aurat).

tetapi hijab juga mengandungi maksud menutupi rohani dalaman kerana Allah (jaga hati).

ya Allah, bantulah kami dalam menjaga hijab di hati sebagaimana seperti yang Engkau kehendaki mengikut syariatMU. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah. Suluhlah hati kami dengan Hidayah dan taufiqMu Ameen ya Rabb♥

Sunday, February 10, 2013

syahid syuhada' part 4

بسم الله الرحمن الرحيم

"Umar.."

Umar menoleh. Mencari gerangan yang menjerit namanya. Tapi yang dilihat hanyalah kelibat jutaan manusia yang membanjiri Marienplatz. Tiada satu pun kelibat yang Umar kenal.

"Umar..Umar"

Umar berpusing lagi. Tapi hampa. Tiada satu wajah pun yang pernah dia jumpa.

'Siapa pulak ni? Takkan perasaan aku kot. Tegar jugak orang jerit nama aku tengah-tengah ramai orang ni.' Umar menggumam. Pelik. Hairan.

"Umar..akhi..sini-sini.."

Suara itu datang dari belah kiri Umar dekat Frauenkirche. Umar menoleh. Matanya meliar mencari kelibat yang memanggil namanya. Pandangan Umar terhenti pada satu kelibat yang melambai-lambai ke arahnya.Umar tersenyum. Lebar.

"Ya Allah Khalid."

Dari bibir Umar terluah perlahan nama Khalid. seperti tarikan magnet, kaki Umar melangkah menuju ke arah Khalid, jejaka yang menjerit memanggil nama Umar. Tapi dek kerana lautan manusia yang memisahkan mereka, Umar lantas memberi isyarat kepada Khalid agar bergerak ke arah Restoran Italy berhampiran Frauenkirche. Khalid menggangguk tanda bersetuju dgn isyarat Umar.

"Khalid. Ya Allah. Khaifa haluka ya akhi? Lamanya tak bertemu mata. Selama ni main balas-balas email je.Rindulah."

"Alhamdulillah aku sihat. Kau sihat je kan? Err kalau ye pon kau rindu aku,takkan tak nak lepas pelukan ni kot? Orang tengok ni Umar."

"Haha. Biarlah. Peduli orang kata. Okay kidding. Aku lepas aku lepas" Umar meleraikan pelukan. Pelukan ukhuwah. Senyuman tak lekang dari wajah kedua-dua sahabat itu.

"Kau ni tak berubah macam dulu jugak. Eh jom duduk. Minum kopi dulu. On kau boleh?"

"no hal bro. Jom"

Seusai duduk dan membuat pesanan,

"It's been 4 years Umar." Khalid bersuara. Mendatar tapi tegas.

Kaku. Sepi. Masing-masing melayan perasaan seolah-olah dunia milik mereka berdua. Padahal suasana sekitar bingit dengan suara manusia menyambut festival Fasching.

"I know." Umar memecah bisu antara mereka. Pendek tapi jelas.

"Dont you miss your family? Dont you miss Malaysia??"

"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar. Kalaulah rindu aku ni boleh dimaksudkan dengan kata-kata...haha..why so serious khalid?" Umar gelak. Tapi kedengaran sumbang. Jelas kerinduan mendalam terpendam dari lenggok tawa Umar.

"Jom ikut aku balik Umar. Tak lama lagi aku walimah. Takkan ko tak nak datang kot?" Khalid memujuk, memprovokasi.

"ya Allah..barakallah akhi..sampai hati kat email pon tak bagitau.. Jannah pun nak walimah juga.. Sebagai wali tunggal aku memang kena balik.. Cuma.." Umar terhenti. Matanya memandang mata Khalid. Cuba menyampaikan isi hati hanya melalui pandangan.

"cuma apa? Takut mama kau tak nak terima and halau kau? Haha.. Umar, you know what? You are the most wise person i have ever met in my life.. How could you have such a thought? You have been forgiven.. Long time ago.. Trust me.. You know your mama better than me..Just put aside your ego and come back  home.. Ego wont do you any good Umar.."

Umar diam. Dahi Umar berkerut tanda berfikir. Tiba-tiba...

"Khalid esok kau free?"

"InsyaAllah..aku datang memang nak lawat kau je..kenapa?"

"teman aku beli ticket..aku nak balik dengan kau"

"bereh boh"

Khalid tersenyum lebar. Dalam hati tidak putus-putus Khalid menyebut kalimah Alhamdulillah tanda bersyukur dengan keputusan Umar. Mission accomplished.

Umar lantas bangkit dan memeluk Khalid buat sekian kalinya. Terdengar bisikan yang cukup untuk membuatkan hati keduanya kembang mekar bak taman tulip di Keukenhof.

"Jazakallahu khair akhi. Uhibbuk fillah abadan abada insyaAllah"

*bersambung*



 Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
(49:9-10)

Wednesday, February 6, 2013

Dalam Dekapan....

بسم الله الرحمن الرحيم



Dalam dekapan Ukhuwwah,
aku mengenal cinta kerana Allah,
aku disiram baja rindu berjumpa di Jannah.

Dalam dekapan Ukhuwwah
sesekali ada juga tergigit lidah,
terkadang tercetus juga di hati rasa marah,
hakikat manusia yang pasti buat salah,
ironinya mengajar aku mengenal erti mengalah.

Dalam dekapan Ukhuwwah,
terus saja rasa sayang bercambah,
didada terukir uhibbukum fillah,
melentur aku memandang yang lain sebagai qudwah,
menghantar aku mengenal erti dakwah.

dan 

Dalam dekapan Dakwah,
dihati tersemat sebuah cita nan indah,
mengimpi darjat seorang syahidah,
menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah,
walau terkadang rasa susah,
walau terkadang rasa lelah.

Dalam dekapan Dakwah,
aku dilingkari tugas sebagai khalifah,
dicipta bukan sia-sia tanpa arah,
sebaliknya dicipta untuk laksanakan sebuah amanah,
menyeru manusia kembali kepada satu Ilah,
sujud tunduk hanya kepada Allah.

Dalam dekapan Dakwah,
tidak semua yang diseru menyerah,
hingga mengalir airmata darah,
keringat mengalir menghulur tadhiyah,
buat aku mengerti akan Sunnatullah,
tidak sempurna dakwah tanpa mehnah.

dan

Dalam dekapan Mehnah,
membawa aku menjelajah erti tabah,
memaksa aku supaya terus gagah,
mengingatkan aku hanyalah insan yang lemah,
punya iman yang bisa goyah bila disergah.

Dalam dekapan Mehnah,
pautan syukur kugantung pada Allah,
kerana disini kehidupan aku terarah,
melalui jalan syariah ditetapkan Yang Maha Pemurah,
menghadapi seribu tribulasi dan jahiliyah,
namun jiwaku tenang tidak resah,
kerana melalui mehnah,
aku belajar tentang himmah dan hikmah,
aku mengenal erti sebenar sebuah tarbiyah.

1132 PM
Hawariyyun.








Sunday, February 3, 2013

syahid syuhada' part 3

بسم الله الرحمن الرحيم

"Along. Selama ni mama tak pernah halang apa yang along nak. Cuma this time je sayang. I want you to think again about your decision. This is about your future sayang."  Puan Saodah berlembut. Tidak boleh berkeras. Nanti makin susah nak pujuk.

"I'm so sorry mama. I won't change my mind. That's it. Enough said."  Umar tetap dengan pendirian.


"Kenapa Along ni degil sangat? I don't want you to end up like me. I'm lack of religious knowledge you know. That's why I want you to finish your study in Usuluddin in cairo. You got the offer already kan? Go upstairs and pack your bag. We will go to the airport tomorrow. I have booked your ticket." terketar-ketar Puan Saodah menuturkan butir-butir kata menahan marah.


"Tapi maaa...."


"no tapi-tapi. Along jangan lawan cakap mama. Tak cium bau syurga nanti." Puan Saodah bertegas. Jelas terbawa-bawa karakter sebagai Ketua bahagian Human Resources di pejabat MIDA ke rumah.


Umar merengus. Dan Jannah hanya menjadi saksi di balik pintu. Tidak berani bersuara. Kenal benar Jannah dengan sikap Puan Saodah.






****

"Mamaaaaa..Maaaaaa"

Kedengaran suara Jannah menjerit dari tingkat atas. Puan Saodah yang sedang menyediakan sarapan didapur bergegas menaiki tangga. Tangannya yang basah dikesat sahaja pada baju.


Pintu bilik Umar terbuka luas. Mengikut naluri Puan Saodah menghala ke bilik Umar. Hanya Jannah kelihatan terjelepuk memegang kertas. Kelibat Umar langsung tidak kelihatan. Bayangan pun tiada. Hati Puan Saodah berdebar menghampiri Jannah.


"Jannah kenapa ni? Along mana Along?"


"Ni maaaa..Along..Along dah pergi..tsk tsk tsk" teresak-esak Jannah menjawab soalan Puan Saodah sambil menghulurkan kertas yang sudah separa basah dek airmata.


Kedebuk.


Puan Saodah pula yang terjelepuk. Kertas yang sudah bertukar tangan ditatap hiba.


'Assalamu'alaikum wbt Mama dan Jannah.

Along minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki dan halalkan segalanya ye Ma. Along tiada niat untuk melukakan hati Mama dan Jannah. Along sayang Mama dan Jannah .

Keputusan yang Along buat ni bukanlah suatu yang mudah. Mama redhakan ye Ma. Along tak nak jadi anak yang derhaka. Along nak cium bau syurga. Indeed i really want to enter Jannah with Mama and adik. Oh not forgotten with Papa also.

It is not easy for me to take such a decision Mama. But InsyaAllah one fine day Mama will understand why. Along pray to Allah that He will open your heart to accept my decision. Let me decide just for this time Mama. Just once. Pray for me Mama because i really need your duas.

Mama and Jannah take good care of yourselves. Dont worry about Along. InsyaAllah Along balik bila tiba masanya.

Minta maaf sangat-sangat. I love both of you to the bottom of my heart.


Salam sayang.

Along @ Umar '

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 
(2:216)



*Bersambung*