Tuesday, April 16, 2013

where is the peace?

بسم الله الرحمن الرحيم


"Man, kau tahu kat mana nak cari Encik 'K'? Dah lama aku cari tak jumpa." Salim memecah bisu suasana dengan satu pertanyaan.

"Encik 'K'? Encik 'K' yang bagaimana yang kau maksudkan?" Salman terpinga-pinga. Meroyan ke apa Salim ni. Encik 'K' mana entah yang Salim maksudkan.

" Erm tapelah man. Kau takkan paham. " Salim menjawab lesu lalu meninggalkan Salman sendirian tertanya-tanya.

Salim resah. Sudah lama dia mencari Encik 'K' tetapi hampa. Pelbagai orang sudah ditanya, pelbagai tempat sudah dijelajah, pelbagai ceruk sudah digeledah. Tetapi hasilnya tetap sama. Gelisah di dadanya tidak berkurang malah makin bertambah.

'Arggghhhhh' Salim menjerit dalam hati. Tiada yang mendengar kecuali telinga hatinya.

*****

'Khusyuk atau ketenangan hanya akan diperolehi bila hati kita basah. Basah yang bagaimana? Basah dengan Zikrullah. Setiap saat kita harusnya mengingati Allah. Tiada guna musafiran jauh-jauhan semata-mata hanya ingin mencari ketenangan. Kita tidak akan jumpa kalau hati tidak mendekati Allah. Sebagaimana yang Allah sebutkan dalam surah ar-Ra'd ayat 28...'

Bait-bait yang disebutkan Ustaz Romzi dalam rancangan wisata hati itu menarik perhatian Salim. Volume televisyen segera dikuatkan.

'Ala bi dzikrillahi tatmainnul qulub..Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sekarang sudah terbukti kan teman-teman? Rahsia ketenangan hati itu disini, dalam mushaf ini, dalam mukjizat teragung iaitu Al-Quran. Tidak perlu susah-susah ke sana ke mari mencari ketenangan. Bukalah Quran, bukalah hati, insyaAllah akan bertemu dengan ketenangan.'


" Maksudnya tidak perlu ke mana-mana untuk cari ketenangan? Tadabbur alam bagaimana pulak? Biar betul Ustaz ni.." Salim mengomel. Tidak puas hati dengan penjelasan Ustaz Romzi.

'begitupun, bukanlah maksudnya kita harus duduk dirumah sahaja. Zikrullah itu boleh diperluas skopnya dengan melihat alam. Tadabbur alam. Kerana dengan melihat alam, kita dapat melihat dan mengkagumi kebesaran Allah. Tetapi kuncinya hati kita. Hati ini perlu dibasahi dahulu. Jika tidak, tadabbur alam hanya akan menjadi penglihatan yang kosong. Tiada makna. Demikian kita kembali kepada point mentadabbur mushaf al-Quran ini dgn hati yang terbuka. InsyaAllah pasti ke mana sahaja kita pergi, akan temui ketenangan, hatta di tengah bandar yang sibuk sekalipun.'

Terdiam Salim mendengar penjelasan Ustaz Romzi. Sentap. Seolah-olah Ustaz Romzi boleh membaca apa yang ada di fikirannya. Tanpa Salim sedar, pipinya sudah basah. Sedarlah Salim selama ini hatinya yang tertutup. Hatinya yang kering. Hatinya tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Salim melazimi MEMBACA al-Quran selepas solat tetapi Salim tidak MENTADABBUR ayat-ayat yang dibaca.

Lantas, tanpa lengah, Salim capai mushaf didepannya. Dibuka dan dibaca. Seperti biasa dengan niat berbeza. Hatinya dibuka luas untuk belajar mentadabbur.

p/s: Tadabbur, benarkah kita melakukannya? T_T

No comments:

Post a Comment