بسم الله الرحمن الرحيم
klik.
mouse itu ditekan.
1 new friend request. Facebook.
klik.
mouse ditekan lagi untuk melihat siapa gerangan yang request untuk jadi kawan di Facebook.
Tertera nama Afham Helmi di skrin laptop Dila. Study di al-Azhar University Mesir. Bidang Undang-Undang Syariah.
'afham helmi. siapa pulak ni. mutual friend dengan sarah je. nak approve ke tak eh? hmmm approve jelah.'
klik.
mouse Dila tekan malas untuk menerima request itu. friend confirmed.
Dila meletakkan kepala di kerusi. merehatkan diri setelah seharian berpenat lelah kesana kemari menguruskan program pre-departure adik-adik yang bakal fly hujung bulan ni ke negara burung kiwi. Facebook dibiarkan terbuka.
Ting.
Mata Dila tanpa diarah memandang ke arah laptopnya yang ternganga.
1 new message.
Dila menekan mouse untuk membaca message yang baru masuk seminit yang lepas. Dari Afham Helmi.
'Assalamu'alaikum wbt Dila'
'Wa'alaikumussalam wbt...iya?'
Dila membalas pendek. Pelik mamat ni. Panggil nama panggilan macam dah kenal lama.
Ting.
Message masuk lagi.
'Salam kenal. Saya Afham kawan Sarah'
'Salam kenal..kawan Sarah..Apa yang boleh saya bantu ya?'
'Tak ade yang perlu dibantu. Thanks. Just nak inform. Syukron'
'Baik InsyaAllah'
Message ditutup.Dila tak sedap hati. Message dibuka kembali.
'Aseef jiddan ya..tapi rasanya tidak manis kita berhubungan begini..iya insyaAllah boleh sahaja untuk mengeratkan silaturahim sesama makhluk ciptaan Allah..cumanya tidak bagus secara private begini kerana kamu lelaki dan saya perempuan..sesungguhnya Allah itu melihat setiap gerak geri kita..sentiasa..maaf kalau saya ada menyatakan yang salah..semoga Allah terus memberkati hari kamu..Assalamu'alaikum wbt'
Dila tidak tahu apa niat afham menegurnya di facebook begitu. Tetapi Dila tidak mahu nanti terusan Afham menghubunginya tanpa tujuan. Biarlah dimatikan sebelum dimulakan. Dila tidak mahu usahanya dalam usaha membersihkan hati dan meletakkan cinta Allah di tempat tertinggi terganggu.
'Wa'alaikumussalam. Dalilnya?'
'Surah An-Nur ayat 30-31'
'I'm Sorry. Tak pe. itu hak awak. Awak tolong unfriend saya balik ye..sebab saya online guna phone..susah nak unfriend. syukron.'
Sedang Dila menaip untuk membalas, masuk satu lagi message baru. Dari Afham lagi. Dila buka.
'Again i'm Sorry. Boleh rupanya unfriend dengan handphone. awak best jaga hijab. Nanti saya unfriend insyaAllah. maaf awak kalau tersinggung. keep your hijab ok. Assalamu'alaikum wbt. Allah yukhallik'
Dila tersenyum lega. Alhamdulillah. Message itu Dila biarkan tanpa membalas.
*****************
'Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...(31)'
(An-Nur: 30-31)
hijab.
bukan sekadar dimaksudkan dengan menutupi fizikal luaran (tutup aurat).
tetapi hijab juga mengandungi maksud menutupi rohani dalaman kerana Allah (jaga hati).
ya Allah, bantulah kami dalam menjaga hijab di hati sebagaimana seperti yang Engkau kehendaki mengikut syariatMU. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah. Suluhlah hati kami dengan Hidayah dan taufiqMu Ameen ya Rabb♥
bukan sekadar dimaksudkan dengan menutupi fizikal luaran (tutup aurat).
tetapi hijab juga mengandungi maksud menutupi rohani dalaman kerana Allah (jaga hati).
ya Allah, bantulah kami dalam menjaga hijab di hati sebagaimana seperti yang Engkau kehendaki mengikut syariatMU. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah. Suluhlah hati kami dengan Hidayah dan taufiqMu Ameen ya Rabb♥
No comments:
Post a Comment