بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah tsummal hamdulillah.
beberapa hari lepas, baru sahaja aku selesai menamatkan pembacaan buku virus-virus ukhuwwah oleh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah. Tersangatlah banyak panduan yang aku belajar dari buku tesebut. Part kegemaran aku adalah bilamana Allah itu mencintai seseorang yang cintanya lebih besar buat sahabatnya. Sungguh teringin aku menjadi seorang sahabat, yang cintanya terhadap sahabatnya sangat besar. Dan cinta itu ikhlas hanya kerana Allah.
Dan untuk mencapai tahap itu, pasti ada peringkat2 yang perlu aku lalui. Bak kata Pakcik Mustafa Masyhur : Peringkat persaudaraan yang paling rendah adalah berlapang dada manakala peringkat persaudaraan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkan orang lain dalam segala hal).
Allahu Allah. kelihatan mudah tapi amat payah dilaksanakan. Dan yang lebih cantiknya, sebaik sahaja aku habis membaca buku itu, Allah datangkan beberapa perkara buat aku. Mungkin lebih tepat jika aku katakan sebagai ujian. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kerana menghantar sebuah ujian yang sangat cantik, agar apa yang aku baca tidak hanya menjadi teori semata, malah mendesak aku untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. *terharu tak terkata dengan nikmat ujian yang Allah bagi*
يُؤۡتِى ٱلۡحِڪۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِڪۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِىَ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬اۗ وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(2:269)
Kesimpulanya, terkadang kita manusia sering terlindung untuk melihat hikmah disebalik ujian yang Allah bagi. Jadi sentiasa bersangka baik terhadap Allah, kerana disebalik ssuatu yang terjadi, pasti ada suatu nikmat yang Allah hendak hantar kepada kita. Allahu a'lam.
header smart :)
ReplyDeletebelum memiliki buku tersebut.
ithsar, susah kan ..
kalau suka baca pdf, boleh download buku virus2 ukhuwwah dr sini..
ReplyDeletehttp://rabiahadawea.wordpress.com/
banyak buku tarbawi mantap2 kat sini..
moga bermanfaat..Allahu a'lam