بسم الله الرحمن الرحيم
Dari jauh aku melihat kamu, kamu dan kamu. Dalam hati terselit rasa kagum. Betapa Islam itu mekar dalam dirimu. Aku jadi malu sendiri. Andai semangat itu mampu aku celup dan ambil sedikit untuk disapukan pada hati yang semakin hari semakin lemah dek tarikan-tarikan syaitan durjana. Namun tidak bisa. Sudah pasti tidak mampu untuk aku lakukan itu. Kerana semangat itu sudah pasti tidak boleh ditransfer seperti haba kalinya.
Kadang-kadang terduduk aku melihat kesungguhan kamu. Bergerak ke sana ke mari hanya demi untuk mencapai matlamat yang satu itu. Kamu seakan-akan tidak kenal erti lelah. Seolah-olah tiada perkataan letih dalam kamus hidup kamu. Malahan kamu masih bisa tersenyum mekar, yang bisa menenangkan jiwa siapa sahaja yang melihatnya. Jauh di lubuk hati, ingin sekali aku menceduk walau sesenduk cuma akan kesungguhan kamu itu agar diri ini juga mampu bergerak kemana sahaja demi memenuhi tuntutan yang satu itu.
Dalam diri kamu aku melihat sebuah cita yang sentiasa berkobar. Yang mana cita itu mengatasi segala kehendak duniawimu. kekentalan diri kamu dalam menonggah arus kehidupan yang penuh dihiasi bunga-bunga jahiliyyah demi sebuah cita membuatkan aku terpegun seketika. Dan sering kali aku berdoa kalau-kalau bisa untuk aku menagih walau segenggam cuma dari lautan kekentalan mu.
infiru khifafan wa tsiqalan-quote favourite kamu :)
Jazakillah wahai kamu. Terima Kasih Allah kerana menghantar kamu buat aku, untuk aku belajar banyak tentang rona-rona kehidupan. Semoga Allah terus merahmati kamu dan memberi aku semangat seperti kamu jua, agar kita sama-sama mampu menjadi mujahid dan hawariyyun yang berjihad fi sabilillah. Allahu ghayatuna!
Subhanallah, cereka kita semua
ReplyDeletehttp://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/06/siti-kalahkan-akak.html