بسم الله الرحمن الرحيم
27 Rejab. Jika waktu sekolah dulu kala, pasti ada ceramah tentang isra' mikraj yang diberi oleh ustaz. Boleh kata saban tahun ceramah tentang isra' dan mikraj diulang. Sampaikan ada sesetengah antara kita yang mampu menghafal plot kisah isra' dan mikraj.
Namun begitu, hafalan hanya tinggal hafalan tanpa meninggalkan kesan dihati. Sedangkan isra' dan mikraj itu bukan calang-calang peristiwa. Jika dilihat secara mendalam, sangat besar makna isra' dan mikraj itu buat kita sebagai umat Islam.
Isra' dan mikraj membuktikan kekuasaan Allah yang menjadikan sebuah rentetan peristiwa yang jika diukur dengan logik akal manusia, pasti buntu dibuatnya. peristiwa isra' yang merakamkan perjalanan dari masjidil haram ke baitul maqdis yang mengambil masa berhari-hari jika dilakukan dengan menaiki unta, dan peristiwa mikraj iaitu perjalanan Rasulullah dari baitul maqdis ke sidratul muntaha berlaku hanya dalam satu malam. Subhanallah. Betapa disitu terserlah akan kekuasaan Rabbul Jalil.
Peristiwa Mikraj itu sendiri membuktikan yang alam semesta ini wujud. Rasulullah diangkat dari satu langit ke satu langit, membuktikan angkasa lepas itu bukan hanya sekadar teori para saintis. Malahan Rasulullah berjaya sampai ke sidratul muntaha yang mana para angkasawan pada hari ini tidak mungkin akan sampai ke tempat tersebut, melainkan dengan izin Allah belaka. Allahu Akhbar.
Dan yang sangat specialnya isra' dan mikraj, ketika inilah Rasulullah diperintah Allah untuk melakukan solat fardhu yang kita lakukan 5 kali sehari semalam. Perintah solat itu bukan hanya sekadar perintah dari Allah, malahan merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya. Melalui perintah ini, kita sebagai umat Islam diberi masa khusus 5 kali sehari untuk berbicara dengan Allah. bukankah itu satu peluang eksklusif yang Allah berikan kepada kita? Allahu Allah.
Seharusnya kita merasa sangat terharu dan bersyukur dengan dihadiahkan solat 5 waktu sehari semalam. Kerana di dalam solat itu, tersembunyi seribu satu kemanisan. didalam solat itu terdapat sebuah ketenangan yang tidak bisa diraih dari hiruk pikuk dunia. didalam solat itu, tercipta hubungan antara Allah Maha Pencipta dan kita sebagai hamba. dan yang pasti, didalam solat itu terselit pelbagai kejayaan yang tidak tercapai dek akal.
jadi apalagi yang ditunggu? ayo laksanakan solatmu sesempurna mungkin sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Tuannya. Ayo kita sahut seruan hayya alas solah hayya alal falah (mari menuju solat, mari menuju kejayaan).
Allahu a'lam
jadi apalagi yang ditunggu? ayo laksanakan solatmu sesempurna mungkin sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Tuannya. Ayo kita sahut seruan hayya alas solah hayya alal falah (mari menuju solat, mari menuju kejayaan).
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment