Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah yang tidak terhingga kerana masih memberikan kehidupan kepada kita semua sehingga ke saat ini. Alhamdulillah.
*amaran: post ni panjang. Jadi perlukan kesabaran untuk baca sampai habis. Kalau nak uji tahap kesabaran, bolehlah cuba baca post ni ye. sekian harap maklum:) *
Okay. Dah lama tak menulis tiba-tiba nak buat sesi luahan rasa. Hah. Okay jap nak tarik nafas. Ada satu hari tu aku turun bandar sorang² nak pergi ambil passport kononnya sebab visa dah siap. Sekali kena turun lagi skali nanti sebab passport tu dah siap buat je (masih di Berlin mungkin), rupanya belum siap sampai coburg lagi. Sabar sajalah. Masa perjalanan balik kerumah tu, tiba terpikir tentang suatu perkara. Dengan angin sepoi2 bahasa sebab sekarang musim autumn in my heart , terpikirlah pasal cinta. Ya betul. Pasal cinta.
Cinta itu fitrah, ye dak? Sebab rasanya semua orang ada perasaan dalam taman tuhhhhhh. Eh kalo tiada, kena check diri baliklah ya. Sebab bahaya orang tiada perasaan cinta ni. Kenapa bahaya? Sebab dari cinta itu timbulnya sayang. Tak percaya? Tak apalah. Nak buktikan nanti²lah lepas baca apa aku tulis ne. Kenapa aku cakap bahaya orang tiada perasaan cinta ni? Sebab kita ni hanyalah hamba yang dicipta. Jadi seWAJIBnya hamba pasti punya rasa cinta kepada sang Pencipta. Memang kita dicipta berfitrah begitu. Allahu a'lam.
Dan juga ada sesetengah yang menolak cinta secara total. Yang memang tak percaya langsung kepada cinta, tak kiralah cinta sebelum atau selepas kahwin sampai sanggup membujang sampai ke tua. Eh baca betul2 ye. Aku tak kata pasal yang memang telah ditetapkan Allah tidak berkahwin sampai ke tua tetapi ini golongan yang tak langsung percaya sama cinta. Ada je yang berkahwin tanpa cinta kan.Yang ini memang bahaya tahap petala kelapan.
Kenapa? Kalau dia tak percaya cinta, macam mana dia nak hadirkan rasa cinta kat Allah Tuhan yang Esa? Kalau tiada cinta kepada Sang Khaliq, macam mana nak tambah keimanan lepas tu nak tingkat usaha nak masuk syurga paling tinggi darjatnya? Bukankah salah satu sebab nak masuk syurga Firdaus sebab nak lihat wajah Allah? Jadi kalau tiada cinta bagaimana nak berdoa sepenuh hati sepenuh cinta kepada Allah? Lepas tu kalo tiada cinta macam mana nak sayang sesama manusia [mak ayah abang kakak ..pakwe makwe tu tak payah lah..tunggu jadi suami isteri dulu baru nak sayang² okay?:)]??Habaq mai kat cheq sket. *okay lately suka sgt aih ngan loghat utagha lepaih dok dengaq ceghamah ustaz donnn heyyy*
Itu bab orang tak percaya cinta. Sekarang ni meh masok bab orang yang percaya cinta dan mengaku cinta pula. Hey hey eh eh. Mesti pikiran dah menerawang ingat cinta Set Tang dan Nora Berlinang lah tu. Bukan². Ini cinta yang lebih BESAR dan lebih OWHSAM. Pernah dak terpikir yang kita ni mengaku CINTA ALLAH dan CINTA RASULULLAH? Bagus dah tu sebab hadir rasa cinta agung tu. Tapi kan, bukan ke org kata demi cinta kita sanggup lakukan apa sahaja demi yang tercinta, ye dak? *errrr..aku pon kata gak cmtu*
Jadinya reflex diri. Muhasabah. Kita kata kita CINTA ALLAH tapi apa yang kita buat hari²? Bibir kita selalu melafazkan tasbih tahlil tahmid istighfar ke? Hati kita rasa RINDU tak? Ada kita menangis sebab rindu sgt dekat Allah semata, bukan sebab kita doa pasal masalah yang bertimbun? Ada? Ada kita rasa tak sabar nak jumpa Allah dengan bila masuk waktu solat cepat² pergi ambil wudhu' sebab tak best la kan jumpa yang TERCINTA lambat²? Ada? Bila kita nak buat dosa adakah hati kita bergetar sbb takutkan Allah? Adakaaaaahhhhh????*ini lebih peringatan buat diri sendiri TT__TT*
Firman Allah
Dan di antara manusia ada orang ynag menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan ynag mereka cintai seperti mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah…..
[Surah Al-Baqarah:165]
Jadinya kesimpulannya apa? Eh pikir sendirilah. Dahulukan cinta kepada Allah baru cinta kepada sesama manusia. Seseorg pernah berpesan dekat aku, jika kita ada masalah dengan manusia, check hubungan kita dengan Allah. Pasti ada yang tak kena. Allahu a'lam. Okay aku nak sambung lagi actually pasal jodoh pula. Tapi macam dah panjang sgt. So takat sini dululah. Tang jodoh tu nanti aku tulis note lain. Sebagai penutup, aku hadiahkan satu puisi.
Ku tundukkan muka
Untuk menjaga mata
untuk mengelak dari menambah rasa
Dari terus memandang ke sana
Kerana disitu berdirinya dia
bukankah wanita solehah itu cirinya
tidak memandang sesiapa
dan tidak dipandang jejaka?
tetapi memang fitrah manusia biasa
tak kisah baik jahat tua atau muda
anak pak ustaz atau anak tok ketua
mesti ada perasaan sayang dan suka
dalam hati ada taman orang kata
kalo tak, tak normal lah tu maknanya
Sebab Islam itu sendiri agama penuh Cinta
Cinta antara hamba dan Allah yang Maha Esa
Cinta antara yang dicipta dan Sang Pencipta
Cinta antara pendosa dan Pemilik Syurga
Jadinya renung kembali diri kita
Apakah cinta dihati itu betul paksinya?
Adakah cinta itu berlandaskan Allah semata?
Jika ya pasti terasa kemanisan iman dijiwa
Sehingga timbul malu yang tiada batasnya
Untuk melakukan dosa mengikut al-hawa
Kerana di hati penuh Cinta
Cinta kepada al-Khaliq yang tidak terhingga.
Allahu a'lam
p/s: puisi yang ditulis ini tiada kaitan dengan aku kat part memandang dan menundukkan muka tu..penjelasan diberi sebab tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah..harap maklum..Allahu a'lam