Thursday, June 20, 2013

Tuding sana tuding sini

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini insyaAllah saya nak bercakap tentang usrah. Ye usrah yang akhir-akhir ini menjadi trending dan mendapat perhatian ramai sehingga dapat menembusi pasaran artis-artis. Alhamdulillah. Seperti yang kita sedia maklum, dalam sesebuah usrah mestilah ada murabbi dan mutarabbi. Murabbi tu dalam kata erti lain naqib/naqibah atau orang yang mengetuai sesebuah usrah manakala mutarabbi tu anak usrah atau orang yang mengikuti sesebuah usrah.

Dan penulisan kali bukanlah saya nak menyentuh struktur usrah atau tips bagaimana menjayakan sebuah usrah. Tetapi saya hendak menyentuh tentang kemurabbian dan kemutarabbian itu sendiri.

Murabbi

Tak mudah kan menjadi murabbi? sesiapa yang ada pengalaman menjadi murabbi pasti akan rasa cabaran berdepan dengan mutarabbi-mutarabbi yang pelbagai karenah. Kadang-kadang sehingga pening kepala berdepan dengan ragam anak-anak binaan. Dengan keperluan untuk membenamkan fikrah Islam ke dalam diri mutarabbi lagi. Sememangnya tidak mudah untuk kita menukarkan cara berpikir seseorang. Contoh macam kita tak suka makan belacan, susah bukan untuk paksa diri secara tiba-tiba jadi suka makan belacan? begitulah analogi bila berdepan dengan perihal anak binaan.

Dan kadang-kadang bila dilihat tiada perubahan pada anak binaan, kita gelisah. Rasanya macam kita dah buat macam-macam usaha untuk memenangi hati murabbi. Kita nak sangat tengok anak-anak binaan berubah dan kembali kepada Islam. Tapi dah setahun bawa usrah, macam tiada perubahan pun pada anak binaan? Setiap kali lepas usrah rasa macam nak jerit kat anak binaan macam ni :

adikkkkk..kalaulah adik tahu betapa saya nak adik kembali kepada Allah..Islam tu best tahu? Tapi kenapa adik tak faham-faham?? grrrrrr...

Betul ke salah anak binaan kerana tak memahami apa yang kita cuba sampaikan? atau sebenarnya kita yang bersalah? Sebelum kita menuding jari kepada mutarabbi, sudahkah kita bertanya kepada diri sendiri : Sudahkah aku all out dalam mentarbiyah mereka? Sudahkan hak mereka aku penuhi? Sudahkah aku bertawakal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha habis-habisan?

dan soalan yang paling penting: bagaimana hubungan aku dengan Allah? ikhlaskah aku? Mutabaah amal aku macam mana? jahiliyyah, adakah aku menghindarinya? and the list goes on.

jawapannya hanya anda yang tahu.

Mutarabbi

Menjadi mutarabbi memang sangat bes. Ada orang yang prihatin terhadap diri kita. Minimum seminggu sekali bertanya khabar dan pantang kalau kita mengadu kita ada masalah, punyalah berusaha keras murabbi kita nak membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Akibat dimanja sebegitu rupa, kita jadi lupa. Lupa akan perasaan murabbi. Kita jadi endah tak endah terhadap kehadiran murabbi. Sama sahaja bagi kita jika murabbi itu ada atau tidak ada.

Dan bila murabbi terkadang gagal memenuhi apa sahaja kehendak kita tak kira sama ada dari segi tarbawi mahupun duniawi, dengan mudah kita mengangkat tangan dan menuding jari lalu berkata murabbi tidak paham apa yang kita ingini. Dan bila murabbi meminta kita melakukan sesuatu, dengan cepat kita bersangka macam-macam dan berfikir macam-macam. Kita merasa seolah-olah murabbi hendak mengatur hala tuju hidup kita. Eh mak ayah saya pon tak suruh macam-macam tahu sang murabbi?

Sebelum kita terus hendak menghentam murabbi, pernah tak kita bertanya diri kita sendiri beberapa soalan: Betul ke apa yang murabbi suruh ni tak datangkan kebaikan buat diri aku? Kalau aku buat, datangkan mudarat ke kat diri sendiri? Betul ke murabbi tak memahami aku atau aku yang terlalu ego untuk menerima apa yang murabbi katakan sebab semuanya benar belaka dan menghiris-hiris perasan aku (in state of denial)?

dan sekali lagi, jawapannya hanya anda sahaja yang tahu.


Bukanlah saya disini hendak menyalahkan sesiapa- murabbi atau mutarabbi. Tetapi nak ajak kita sama-sama berfikir tentang peranan masing-masing. Cukup-cukuplah menuding jari kepada pihak lain. Masa untuk itu sudah tamat. Sekarang masa untuk kita lihat kembali diri sendiri dan mencari silap dari dalam diri. Muhasabah dan betulkan apa yang sepatutnya. Masalah takkan selesai jika kita mencari asbab/punca kepada masalah dari sumber luar. Macam cerita pak mat hilang cincin dalam rumah tapi sibuk mencari cincin itu diluar rumah. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment