Sunday, June 30, 2013

Mind Rant

بسم الله الرحمن الرحيم

akhir-akhir banyak pulak aku menulis di blog. seolah-olah ada banyak masa. sedangkan tidak. sebab wajibat akstaru minal auqat.

bila ijazah menggesa, mununtut haknya dan pada masa sama risalah juga wajib diberi perhatian melebihi segalanya.

ada lagi 3 bulan. sebelum ijazah dilengkapkan. Dan selepas itu seharusnya aku balik. Balik ke tempat di mana aku dilahirkan.

Tetapi ada sesuatu yang merantai hati aku di sini, yang menahan kakiku. Risalah itu. Risalah itu. Risalah itu.

Tawaran sambung belajar sudahku terima Alhamdulillah. Cuma kini tinggal biasiswa. Yang aku sendiri tidak pasti hujung jalannya. Tapi aku yakin, Allah pasti sudah tetapkan yang terbaik buatku.

Di mana sahaja aku bakal ditetapkan kelak, disitu Allah aku junjung insyaAllah dan semoga ianya terbaik buat dakwah dan tarbiyahku.

ya Allah ya Allah ya Allah. Semoga syahid menantiku. Semoga aku sedia menanti kedatangan syahid menjemput.

buat kalian yang membaca. ku mohon titipkan doa buat aku. biar kita tidak pernah bersua muka. tapi aku yakin, kita punya tujuan yang sama. Allahu ghayatuna, wa amit ha 'alasy syahadati fi sabilik.

Allahu a'lam

Saturday, June 29, 2013

Nasi Lemak Tupperware Biru

بسم الله الرحمن الرحيم

Nani berkira-kira sendiri. Perjalanan memakan hampir 4 jam untuk satu hala. Pergi balik lebih kurang 8 jam. Betul ke nak teruskan and balik hari ni? Dalam hati Nani masih lagi berkira-kira kemuntijan (effectiveness) tindakannya kelak.

Ironinya kaki Nani terus melangkah menuju train station. Nasi lemak digenggam erat.

Kalau tak pergi, nasi lemak ni siapa nak makan. Astaghfirullah al-'azim. Nani sedar jiwanya sedang dihasut syaitan. Segera Nani membetulkan niat perginya hanya kerana Allah.

Teringat pesan murabbiyahnya, Nani menghabiskan masa di dalam train dengan membaca Al-Quran dan membaca buku fikrah. Hatinya yang berbolak-balik dipujuk berulang kali. Niatnya ditajdid entah berapa kali.

Sedar tak sedar, Nani akhirnya sampai ke destinasi. Telefon bimbitnya dibuka untuk melihat peta ke rumah Diya, mad'unya. Inilah pertama kali Nani menjejakkan kaki ke rumah Diya setelah Diya berpindah beberapa bulan lalu. Sudah beberapa kali Nani cuba untuk ke rumah Diya, namun Diya sentiasa sibuk. Lalu Nani datang dengan idea terjah sahaja tanpa memberitahu Diya terlebih dahulu.

Sepanjang perjalanan mencari rumah Diya, hati dan perasaan Nani diasak pelbagai andaian. Nani membayangkan muka Diya yang gembira memakan nasi lemak kegemarannya. Pasti saat itu hati Nani puas kerana berjaya menggembirakan hati mad'unya. Tapi kalau sebaliknya berlaku? Bagaimana kalau Diya tiada dirumah? Atau bagaimana reaksi Diya hambar sahaja?

'Ya Allah apa aku fikir ni. Bukankah andaian-andaian itu datangnya dari syaitan.' Sekali lagi Nani istighfar.

Kini Nani betul-betul dihadapan bangunan rumah Diya. Dengan lafaz Bismillah, loceng rumah Diya di tekan.Sekali. Dua kali. Tiga kali. Sepi tiada jawapan. Nani cuba menghubungi melalui telefon pula. Sekali. Dua kali. Tidak diangkat.

'Mungkin Diya dalam toilet kot. Atau Diya belum bangun mungkin.' Nani cuba bersangka baik. 'Tapi dah pukul 12.30 tengah hari. Takkan belum bangun.' Hati kecil Nani berbisik.

Lalu Nani membuat keputusan untuk menunggu 15 minit disitu.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

Masih tiada jawapan dari Diya. Nani menghantar pesanan ringkas pula.

'Assalamu'alaikum wbt Diya. Sihat? Diya dirumah? Akak ada benda nak bagi Diya sikit. Akak pergi beli barang kejap nanti akak datang balik ya insyaAllah'

Nani melangkah ke arah pusat bandar. Setelah selesai membeli barang, Nani kembali ke rumah Diya.
Loceng ditekan lagi. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Sunyi. Nani cuba lagi menghubungi Diya melalui telefon. Tiada jawapan. Nani dilanda kerisauan. 'Diya okay ke tak sebenarnya? Tak mungkin Diya ke tempat lain sebab Isnin Diya exam. Mungkin Diya ke library.' Begitu Nani memujuk hati supaya husnudzhon.

Nani tengok jam. Dah pukul 3 petang. Trainnya pukul 3.30 petang. Nasi lemak digenggam erat. Air mata dah bertakung di mata Nani. Nani meletakkan nasi lemak didepan pintu rumah Diya. Nani tawakkal sahaja pada Allah agar nasi lemak itu sampai ke tangan Diya.

Sekali lagi Nani mengeluarkan telefon bimbitnya. Nani menulis sms ringkas kepada Diya. Kali ini untuk memberitahu Diya yang ada nasi lemak dalam tupperware biru ditinggalkan di depan rumah Diya.

Semasa di dalam train pulang ke rumah, air mata Nani tidak tertahan. Tumpah jua mencium pipi. Nani istighfar berulang kali. Nani terasa tidak ikhlas. Ya tidak ikhlas kerana kecewa tidak dapat bertemu Diya seperti yang diharapkan. Nani hanyalah manusia biasa. Punya perasaan punya rasa.

Hati Nani terasa pedih dan sedih. Sambil memandang ke luar tingkap train, Nani muhasabah mencari kesilapan diri.

'Mungkin aku belum cukup ikhlas. Mungkin aku terlalu mengharapkan balasan sampai lupa yang hati manusia Allah yang pegang. Mungkin kerana kelemahan aku sebagai murabbi yang kurang baik gagal memahami keperluan mutarabbi. Mungkin juga kerana usahaku bukan semata kerana Allah tetapi dicemari dengan niat lain. Ya Allah ya Allah aku mohon ampun dari-Mu. Moga kau buka hatiku dan limpahi rahmatmu buat Diya ya Allah.'



*Sometimes we depend too much on ourselves. We tend to forget that the heart of others are in the grasp of Allah*

Thursday, June 27, 2013

lalai dan fakir

بسم الله الرحمن الرحيم

Engkau diciptakan dengan dibekali kelalaian,kefakiran, kelemahan dan kebutuhan;

agar 


dengan teropong KELALAIANMU kamu dapat memandang kepada KESEMPURNAAN -Nya yang Maha Suci;



dengan ukuran KEFAKIRANMU kamu dapat memandang kepada derajat KEKAYAAN dan RAHMAT-NYA;



dan dengan neraca KELEMAHANMU kamu dapat memandang kepada KEKUASAAN dan KEAGUNGAN-NYA;



dengan berbagai macam KEBUTUHANMU, kamu dapat memandang kepelbagaian NIKMAT dan KEBAIKAN-NYA.

- Badi'uzzaman Sa'id Nursi-


gambar ni sebab esok jumaat. jangan lupa baca al-kahfi <3

Monday, June 24, 2013

In Aradtum (If you wish to be)

بسم الله الرحمن الرحيم



So, O my people when will we rebuild...When?...When?

What we have by our own hands destroyed...When?...When?

Boasting about Khabib and Al-Muthana will gain us nothing. (Khabib bin Uday - ِAl-Muthna bin Harithah)


this part strikes me! T_T

indeed easier said than done.

and we tend to forget to apply what we have said.

may Allah accept all of our words as hasanat.


Thursday, June 20, 2013

Tuding sana tuding sini

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini insyaAllah saya nak bercakap tentang usrah. Ye usrah yang akhir-akhir ini menjadi trending dan mendapat perhatian ramai sehingga dapat menembusi pasaran artis-artis. Alhamdulillah. Seperti yang kita sedia maklum, dalam sesebuah usrah mestilah ada murabbi dan mutarabbi. Murabbi tu dalam kata erti lain naqib/naqibah atau orang yang mengetuai sesebuah usrah manakala mutarabbi tu anak usrah atau orang yang mengikuti sesebuah usrah.

Dan penulisan kali bukanlah saya nak menyentuh struktur usrah atau tips bagaimana menjayakan sebuah usrah. Tetapi saya hendak menyentuh tentang kemurabbian dan kemutarabbian itu sendiri.

Murabbi

Tak mudah kan menjadi murabbi? sesiapa yang ada pengalaman menjadi murabbi pasti akan rasa cabaran berdepan dengan mutarabbi-mutarabbi yang pelbagai karenah. Kadang-kadang sehingga pening kepala berdepan dengan ragam anak-anak binaan. Dengan keperluan untuk membenamkan fikrah Islam ke dalam diri mutarabbi lagi. Sememangnya tidak mudah untuk kita menukarkan cara berpikir seseorang. Contoh macam kita tak suka makan belacan, susah bukan untuk paksa diri secara tiba-tiba jadi suka makan belacan? begitulah analogi bila berdepan dengan perihal anak binaan.

Dan kadang-kadang bila dilihat tiada perubahan pada anak binaan, kita gelisah. Rasanya macam kita dah buat macam-macam usaha untuk memenangi hati murabbi. Kita nak sangat tengok anak-anak binaan berubah dan kembali kepada Islam. Tapi dah setahun bawa usrah, macam tiada perubahan pun pada anak binaan? Setiap kali lepas usrah rasa macam nak jerit kat anak binaan macam ni :

adikkkkk..kalaulah adik tahu betapa saya nak adik kembali kepada Allah..Islam tu best tahu? Tapi kenapa adik tak faham-faham?? grrrrrr...

Betul ke salah anak binaan kerana tak memahami apa yang kita cuba sampaikan? atau sebenarnya kita yang bersalah? Sebelum kita menuding jari kepada mutarabbi, sudahkah kita bertanya kepada diri sendiri : Sudahkah aku all out dalam mentarbiyah mereka? Sudahkan hak mereka aku penuhi? Sudahkah aku bertawakal sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha habis-habisan?

dan soalan yang paling penting: bagaimana hubungan aku dengan Allah? ikhlaskah aku? Mutabaah amal aku macam mana? jahiliyyah, adakah aku menghindarinya? and the list goes on.

jawapannya hanya anda yang tahu.

Mutarabbi

Menjadi mutarabbi memang sangat bes. Ada orang yang prihatin terhadap diri kita. Minimum seminggu sekali bertanya khabar dan pantang kalau kita mengadu kita ada masalah, punyalah berusaha keras murabbi kita nak membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Akibat dimanja sebegitu rupa, kita jadi lupa. Lupa akan perasaan murabbi. Kita jadi endah tak endah terhadap kehadiran murabbi. Sama sahaja bagi kita jika murabbi itu ada atau tidak ada.

Dan bila murabbi terkadang gagal memenuhi apa sahaja kehendak kita tak kira sama ada dari segi tarbawi mahupun duniawi, dengan mudah kita mengangkat tangan dan menuding jari lalu berkata murabbi tidak paham apa yang kita ingini. Dan bila murabbi meminta kita melakukan sesuatu, dengan cepat kita bersangka macam-macam dan berfikir macam-macam. Kita merasa seolah-olah murabbi hendak mengatur hala tuju hidup kita. Eh mak ayah saya pon tak suruh macam-macam tahu sang murabbi?

Sebelum kita terus hendak menghentam murabbi, pernah tak kita bertanya diri kita sendiri beberapa soalan: Betul ke apa yang murabbi suruh ni tak datangkan kebaikan buat diri aku? Kalau aku buat, datangkan mudarat ke kat diri sendiri? Betul ke murabbi tak memahami aku atau aku yang terlalu ego untuk menerima apa yang murabbi katakan sebab semuanya benar belaka dan menghiris-hiris perasan aku (in state of denial)?

dan sekali lagi, jawapannya hanya anda sahaja yang tahu.


Bukanlah saya disini hendak menyalahkan sesiapa- murabbi atau mutarabbi. Tetapi nak ajak kita sama-sama berfikir tentang peranan masing-masing. Cukup-cukuplah menuding jari kepada pihak lain. Masa untuk itu sudah tamat. Sekarang masa untuk kita lihat kembali diri sendiri dan mencari silap dari dalam diri. Muhasabah dan betulkan apa yang sepatutnya. Masalah takkan selesai jika kita mencari asbab/punca kepada masalah dari sumber luar. Macam cerita pak mat hilang cincin dalam rumah tapi sibuk mencari cincin itu diluar rumah. Allahu a'lam.

Monday, June 17, 2013

“Inilah saya, anda siapa?”

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang  wartawan  bertanya  Imam  al-Syahid  tentang  dirinya  dan  meminta 
beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata: 

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang 
mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan 
sebuah  negara  yang  dihormati,  merdeka,  tenteram  dan  hidup  harmoni  di  bawah 
naungan Islam yang murni. 

Saya  hanyalah  ibarat  seorang  yang  memahami  rahsia  hidupnya.  Justeru  dia 
berseru:  Sembahyangku,  ibadatku,  hidupku  dan  matiku  hanya  untuk  Allah  tuhan 
sekalian  alam,  tiada  yang  mempersekutui-Nya.  Inilah  yang  diperintahkan  kepada 
saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri

Inilah saya, anda pula siapa?” 

Sumber: Majmuk Rasail