Friday, June 29, 2012

Poison Of Love

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tsummal hamdulillah.

beberapa hari lepas, baru sahaja aku selesai menamatkan pembacaan buku virus-virus ukhuwwah oleh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah. Tersangatlah banyak panduan yang aku belajar dari buku tesebut. Part kegemaran aku  adalah bilamana Allah itu mencintai seseorang yang cintanya lebih besar buat sahabatnya. Sungguh teringin aku menjadi seorang sahabat, yang cintanya terhadap sahabatnya sangat besar. Dan cinta itu ikhlas hanya kerana Allah.

Dan untuk mencapai tahap itu, pasti ada peringkat2 yang perlu aku lalui. Bak kata Pakcik Mustafa Masyhur : Peringkat persaudaraan yang paling rendah adalah berlapang dada manakala peringkat persaudaraan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkan orang lain dalam segala hal).


Allahu Allah. kelihatan mudah tapi amat payah dilaksanakan. Dan yang lebih cantiknya, sebaik sahaja aku habis membaca buku itu, Allah datangkan beberapa perkara buat aku. Mungkin lebih tepat jika aku katakan sebagai ujian. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kerana menghantar sebuah ujian yang sangat cantik, agar apa yang aku baca tidak hanya menjadi teori semata, malah mendesak aku untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. *terharu tak terkata dengan nikmat ujian yang Allah bagi*

يُؤۡتِى ٱلۡحِڪۡمَةَ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِڪۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِىَ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. 
(2:269)

Kesimpulanya, terkadang kita manusia sering terlindung untuk melihat hikmah disebalik ujian yang Allah bagi. Jadi sentiasa bersangka baik terhadap Allah, kerana disebalik ssuatu yang terjadi, pasti ada suatu nikmat yang Allah hendak hantar kepada kita. Allahu a'lam.


Thursday, June 28, 2012

KAMU!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari jauh aku melihat kamu, kamu dan kamu. Dalam hati terselit rasa kagum. Betapa Islam itu mekar dalam dirimu. Aku jadi malu sendiri. Andai semangat itu mampu aku celup dan ambil sedikit untuk disapukan pada hati yang semakin hari semakin lemah dek tarikan-tarikan syaitan durjana. Namun tidak bisa. Sudah pasti tidak mampu untuk aku lakukan itu. Kerana semangat itu sudah pasti tidak boleh ditransfer seperti haba kalinya.

Kadang-kadang terduduk aku melihat kesungguhan kamu. Bergerak ke sana ke mari hanya demi untuk mencapai matlamat yang satu itu. Kamu seakan-akan tidak kenal erti lelah. Seolah-olah tiada perkataan letih dalam kamus hidup kamu. Malahan kamu masih bisa tersenyum mekar, yang bisa menenangkan jiwa siapa sahaja yang melihatnya. Jauh di lubuk hati, ingin sekali aku menceduk walau sesenduk cuma akan kesungguhan kamu itu agar diri ini juga mampu bergerak kemana sahaja demi memenuhi tuntutan yang satu itu.

Dalam diri kamu aku melihat sebuah cita yang sentiasa berkobar. Yang mana cita itu mengatasi segala kehendak duniawimu. kekentalan  diri kamu dalam menonggah arus kehidupan yang penuh dihiasi bunga-bunga jahiliyyah demi sebuah cita membuatkan aku terpegun seketika. Dan sering kali aku berdoa kalau-kalau bisa untuk aku menagih walau segenggam cuma dari lautan kekentalan mu.


infiru khifafan wa tsiqalan-quote favourite kamu :)

Jazakillah wahai kamu. Terima Kasih Allah kerana menghantar kamu buat aku, untuk aku belajar banyak tentang rona-rona kehidupan. Semoga Allah terus merahmati kamu dan memberi aku semangat seperti kamu jua, agar kita sama-sama mampu menjadi mujahid dan hawariyyun yang berjihad fi sabilillah. Allahu ghayatuna!


Sunday, June 17, 2012

isra' mikraj : bukan sekadar peristiwa?

بسم الله الرحمن الرحيم


27 Rejab. Jika waktu sekolah dulu kala, pasti ada ceramah tentang isra' mikraj yang diberi oleh ustaz. Boleh kata saban tahun ceramah tentang isra' dan mikraj diulang. Sampaikan ada sesetengah antara kita yang mampu menghafal plot kisah isra' dan mikraj.

Namun begitu, hafalan hanya tinggal hafalan tanpa meninggalkan kesan dihati. Sedangkan isra' dan mikraj itu bukan calang-calang peristiwa. Jika dilihat secara mendalam, sangat besar makna isra' dan mikraj itu buat kita sebagai umat Islam.

Isra' dan mikraj membuktikan kekuasaan Allah yang menjadikan sebuah rentetan peristiwa yang jika diukur dengan logik akal manusia, pasti buntu dibuatnya. peristiwa isra' yang merakamkan perjalanan dari masjidil haram ke baitul maqdis yang mengambil masa berhari-hari jika dilakukan dengan menaiki unta, dan peristiwa mikraj iaitu perjalanan Rasulullah dari baitul maqdis ke sidratul muntaha berlaku hanya dalam satu malam. Subhanallah. Betapa disitu terserlah akan kekuasaan Rabbul Jalil.

Peristiwa Mikraj itu sendiri membuktikan yang alam semesta ini wujud. Rasulullah diangkat dari satu langit ke satu langit, membuktikan angkasa lepas itu bukan hanya sekadar teori para saintis. Malahan Rasulullah berjaya sampai ke sidratul muntaha yang mana para angkasawan pada hari ini tidak mungkin akan sampai ke tempat tersebut, melainkan dengan izin Allah belaka. Allahu Akhbar.


Dan yang sangat specialnya isra' dan mikraj, ketika inilah Rasulullah diperintah Allah untuk melakukan solat fardhu yang kita lakukan 5 kali sehari semalam. Perintah solat itu bukan hanya sekadar perintah dari Allah, malahan merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya. Melalui perintah ini, kita sebagai umat Islam diberi masa khusus 5 kali sehari untuk berbicara dengan Allah. bukankah itu satu peluang eksklusif yang Allah berikan kepada kita? Allahu Allah. 

Seharusnya kita merasa sangat terharu dan bersyukur dengan dihadiahkan solat 5 waktu sehari semalam. Kerana di dalam solat itu, tersembunyi seribu satu kemanisan. didalam solat itu terdapat sebuah ketenangan yang tidak bisa diraih dari hiruk pikuk dunia. didalam solat itu, tercipta hubungan  antara Allah Maha Pencipta dan kita sebagai hamba. dan yang pasti, didalam solat itu terselit pelbagai kejayaan yang tidak tercapai dek akal.


jadi apalagi yang ditunggu? ayo laksanakan solatmu sesempurna mungkin sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Tuannya. Ayo kita sahut seruan hayya alas solah hayya alal falah (mari menuju solat, mari menuju kejayaan).


Allahu a'lam


Friday, June 8, 2012

Semut-Semutan

بسم الله الرحمن الرحيم

pernah dengar cerita pasal semut?

semut. antara makhluk Allah yang tersangatlah kecil. kalau kena gigit dengan semut merah, memang sakit tambah gatal-gatal jadinya. boleh berbintat badan. tapi pada sekecil-kecil makhluk itu, banyak yang boleh kita belajar.

semut punya semangat ukhuwah yang sangat tinggi. andai kata semut ni terjumpa satu sumber makanan yang lebih besar darinya, yang mana kalau kita pikir, makanan itu sudah pasti satu berita baik bukan, semut ni tak kedekut simpan pasal info baik ni sorang-sorang. sebaliknya semut ni tanpa berlengah akan balik dahulu ke markas dan bagitahu kawan-kawan dia yang lain macam ni:

"wooot2..korang aku jumpa port baik punya..ada banyak gula-gula best..jom kita angkut gula-gula tu balik markas jom.."

*agaknya la macam ni..reka je..tak belajar lagi bahasa semut:P:P*

dan agak-agaknya apa respon semut-semutan yang lain? mereka tanpa berlengah akan bergerak dalam barisan, diulang DALAM BARISAN menuju ke arah sumber makanan itu. dan dengan KERJASAMA yang tinggi, mereka akan mengangkut makanan itu kembali ke markas mereka.

Subhanallah. semut pun pandai bekerjasama dan kerja mereka tersusun. Dan kita pula bagaimana? Bukankah kita selalu claim yang kita ni makhluk Allah yang istimewa? lupakah kita pada firman Allah:


 إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. 
(61:4) 



Allah dah bagitahu dah dalam surat cintaNYA yang DIA kasih kat orang buat kerja dalam barisan tersusun rapi, seolah-olah kita muslim ini ibarat batu-bata yang tersusun rapi. Seperti mana bagaimana semut yang beratur tertib menuju ke arah matlamat mereka iaitu makanan yang manis itu, sewajibnya kita juga begitu. Jika semut pun pandai mengikut sunnatullah yang disediakan Allah, kenapa kita manusia yang diberi akal kadang-kadang masih lengah-lengah untuk menggerakkan diri bersama dengan gerombolan dakwah untuk mencapai ustadziatul alam?

ayuh gerakkan langkahmu. sertai mana-mana kereta api dakwah yang destinasinya akhirat yang kekal abadi. kerana ustadziatul alam itu pasti terjadi, walaupun kita tidak turut menyertai.

Allahu a'lam

Saturday, June 2, 2012

sebuah hati

بسم الله الرحمن الرحيم

hati.

isinya tiada siapa yang tahu.

melainkan kita dan Allah.

hanya antara kita dan Allah.

tiada yang dapat menembusi hati melainkan Allah. Allah tahu apa yang ada dalam hati.

tatkala hati mendetikkan perkara kebaikan, Alhamdulillah. tapi sepanjang kehidupan ini, entah berapa kali cuma hati larut dalam pahala.

dan tatkala hati melukiskan perkara mungkar, Allah, Allah, Allah, Astagfirullah al-'azim.

tatkala hati dipenuhi prasangka, tatkala hati dibaluti hasad belaka. Allah Allah Allah. entah sudah kali keberapa juta hati tenggelam dalam dosa. Allah.

sungguh terasa malu pada Allah. malu pada dosa yang mungkin lebih berat daripada bukit uhud. malu pada diri yang bakal menjadi saksi.

Allahumma firghli, Allahumma firghli, Allahumma firghli.


يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada
(64:4)