Wednesday, November 30, 2011

Just Follow Yourself?

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah kerana masih memberi peluang untuk kita hidup sampai ke saat ini.

Aku rase setiap orang mesti berusaha nak memenuhi satu phrase ne. Boleh jadi aku pasti begitu. Sebab aku juga tak lari dari menjadi seseorang yang cuba mengaplikasikan phrase itu dalam kehidupan aku sendiri. Phrase apakah itu?? Haaaa.."just be yourself". Pernah dengar? Kalo tak pernah, ne aku bagi chance la untuk dengar.



Aku sentiasa berpikir macam mana nak aplikasikan phrase "Just be yourself" tu. Sebab kadang-kadang aku sendiri keliru yang mana diri aku sebenarnya. Setelah perah otak mcm aku perah limau nipis nak buat sambal nasi ayam, tiba-tiba persepsi aku berubah. Aku rasa semua orang tak aplikasi phrase "just be yourself" tapi sebaliknya guna pakai phrase "just follow yourself".Sebab aku rase aku pon macam tu.

Jadi sebenarnya aku selama ni dah tersalah guna pakai phrase la. Aku bukan bina diri sbg "just be yourself" tapi bina diri dgn "just follow yourself". Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila aku kata "just be yourself", aku patut menjadi diri aku yang sebenarnya. Tapi aku pun tak tahu diri aku yang sebenarnya macam mana. So how? Sebab tu kene bukak al-Quran. Tadabbur ayat-ayat suci Allah. Dalam tu ade dah jawapan.
Firman Allah:  
" Sibgah Allah. Siapa yang lebih baik sibgah-Nya daripada Allah?dan kepada-Nya kami menyembah" (2:138)

Kita semua dicipta berfitrah. Berfitrah untuk beragama. Dan kita semua dicipta untuk beribadah kepada Allah.

Firman Allah:  
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (51:56)

Jadinya dah dapat point kat sini? Maksudnya bila aku ckp atau aku kata kat orang "just be yourself bebeh", aku sepatutnya niat untuk kembali kepada Allah. Dan aku sepatutnya bina diri aku mengikut syariat Islam. Sebab " just be yourself" maksudnya jadi diri sendiri seperti mana yang telah Allah ciptakan aku dan kau. Kiranya bg aku "just be yourself"tu maksdnya kembali kepada fitrah iaitu menjadi hamba Allah. Mesti kita rasa hidup ini amat mudah kalo kita betul-betul aplikasikan phrase "just be yourself" tu. Sebab Islam agama yang mudah. Tapi banyak orang mempermudahkannya termasuk aku sendiri. Allahu Allah wa astaghfirullah. TT__TT

Sebab tu kita rasa hidup ni kadang-kadang payah sangat. Susah sangat. Kesenangan tu ibarat jauh nun dibulan untuk dicapai. Kenapa kita rasa macam tu? Sebab kita tak pernah nak "be yourself" sebaliknya kita selalu "follow yourself". Kita selalu mencuba menjadi yang bukan diri kita. Kita bina diri ikut nafsu kita. Nampak orang byk duit, kita set mind nak banyak duit juga. Nampak orang byk kwn, nak byk kwn juga. Nampak orang popular, nak jadi popular juga. Nampak orang berjaya, nak berjaya juga. Eh. Sat². Aku tak kata semua benda tu salah. TAK SALAH nak memperbaiki diri sebab Islam memang menyuruh kepada kebaikan. Tapi jgn sampai kita sampai terus-terusan aplikasi "follow yourself" je hingga kita lupa hakikat dan fitrah kejadian kita.Sampai lupa tugas kita sebagai hamba Allah.Sebabnya fitrah semua orang memang baik. Selalu kot dgr "bayi yang lahir ibarat kain putih bla bla bla bla". Bayi kan suci jadi semua orang fitrahnya suci. Cuma kita je menambah palitan yang tidak perlu ke atas kain itu.

Jadinya mari kita muhasabah diri. Selama ini kita aplikasi "just be yourself" atau "just follow yourself"? tepuk dahi cubit pipi. Allahu a'lam.




Ya Allah..aku memohon agar tiada yang salah faham dengan apa yang aku tulis..Kepada-Mu aku serahkan segalanya.


p/s: Sibgah tu maksudnya celupan/acuan

Tuesday, November 29, 2011

Jalan Itu..


Sungguh video ini buat aku terduduk. Diam. Berfikir. Korang tanak berpikir sama? Tanya diri: Berapa banyak kita dah berkorban? Atau selama ini kita hanya menambah beban? Tepuk dahi cubit pipi. Korang tak bermimpi. Ini REALITI. Muhasabah jawapan masing-masing. Semoga menambahkan saham menuju syurga indah tahap tak tergambar heyy.

Friday, November 25, 2011

Tahun Baru,Hati BAru?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji bagi Allah yang tidak terhingga kerana masih memberikan kehidupan kepada kita semua sehingga ke saat ini. Alhamdulillah.


Esok kita akan masuk tahun baru menurut kalendar Hijrah. Maksudnya kita bakal sampai ke tarikh 1 Muharram (tahun ni jatuh hari sabtu 26 Nov 2011 insyaAllah)  jika masih diberi peluang untuk bernafas oleh Rabbul Jalil.

Fenomena yang biasa bila masuknya tahun baru, pasti ramai yang akan buat wishlist, ye dak? Paling kurang azam baru bak kata ramai orang.  Nak masuk era baru, mestilah azam pun baru (baju baru, kasut baru, eh?). Mesti begitu. Alhamdulillah sekiranya ada yang berniat yang nak berubah menjadi lebih baik, atau nak  mencapai kejayaan, (atau nak kahwin…eh?),atau lebih serius dalam apa jua bidang yang diceburi.Alhamdulillah tsummal hamdulillah. Sebab masih dibuka hati untuk meneroka benda baru berbanding terus di takuk lama.

Terkadang dalam kita ghairah menambah azam baru untuk tahun baru, kita sering terlupa membuat suatu perkara. Bukankah jika masuk tahun baru bererti kita akan mengakhiri tahun lama, ye dak? Kalau syarikat besar² atau apa jenis perniagaan sekalipun, jika nak masuk tahun baru, mesti pening kepala akauntan sebab kena hitung dan buat kira-kira akaun sepanjang tahun yang dah dilalui. Ada debit ada kredit. Dan perancangan untuk tahun hadapan akan dibuat berdasarkan report tahun ini.

Ya. Sepatutnya kita juga begitu. Kita sering terlupa untuk buat kira² tentang diri sendiri. Lebih mudah jika dikatakan kita terlupa menghitung dan muhasabah diri. Dalam kita asyik menulis azam² baru, sudah terlaksanakah semuanya yang kita senaraikan pada awal tahun ini? Atau sebenarnya masih banyak point² yang kita tak tanda lagi( maksudnya belum terlaksanalah tu..haeh)? Sudah tercapaikah apa yang kita mahu sepanjang tahun ini? TT___TT



Woot woot. Aku tak kata TAK BOLEH buat azam baru. Dan aku TAK menghalang kalian membuat azam baru. Sila TERUSKAN dengan niat murni kalian itu. Aku sekadar mahu mengajak kalian agar duduk sebentar, bertenang, muhasabah dan refleks diri, kemudian hitung diri. Dimana kita sebenarnya? Sejauh mana pencapaian kita sebenarnya? Kemudian barulah lebih mudah dan clear ye dak nak senaraikan apa yang lebih baik dan lebih perlu dilakukan pada tahun akan datang. Mana yang kurang kita baiki dan mana yang tiada kita tambah.Sekurang-kurangnya insyaAllah tiadalah kita rasa macam asyik buat benda sama je setiap tahun. Azam bertambah tetapi kebaikan atau perubahan tak bertambahlah pun.

"Tiada guna menambah amalan jika amalan² hanya sekadar pertambahan kepada rutin tanpa meningkatkan ketaqwaan" -quoted-

Eh belum habis lagi. Lepas dah buat senarai azam tu, jangan lupa juga berdoa kat Allah supaya dipermudahkan jalan untuk kita melaksanakan segala jenis mak ayah anak adik abang kakak azam yang kita dah senaraikan tu.

"It is absolutely not your efforts that make you a successful person, BUT it is Allah's will"-again quoted-

Last but not least, aku ucapkan selamat menyambut tahun baru 1433. Kullu 'am wa antum bi khair (Semoga kalian diberi kebaikan sepanjang tahun). Dan selamat membuat muhasabah diri dan membuat azam baru.Dan selamat berubah dari negatif kepada positif. Owh ye. Selamat senyum sepanjang tahunJ

Wednesday, November 23, 2011

KebesaranMU

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati


ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]
kebesaran-Mu Tuhan




Saturday, November 19, 2011

Buka dan Kongsi

Kita selalu merungut tiada orang paham kita.
Kita selalu mengeluh tiada orang peduli kita.
Tapi....
Pernah kita bagi peluang kepada mereka?
Pernah kita share dengan mereka beban didada?

Analoginya mudah.
Sebuah bilik jika ditutup terlalu lama dengan ada seplastik sampah didalamnya pasti akhirnya berbau busuk juga.Untuk bagi bilik itu wangi semula, kita perlu buka pintu bilik itu. Untuk membenarkan udara segar masuk. Dan buang keluar sampah itu. Jika udara yang masuk berbau strawberry bukannya bau white jasmine yang seperti kita idamkan, sekurang-kurangnya bilik itu bertukar bau bukan. Mungkin kita lebih lega menghirup bau strawberry dari bau busuk sampah. Tidak begitu?
Sharing is sometimes relieving.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Biiznillah.

Thursday, November 17, 2011

Insan itu pelupa


Terkadang,
Kita bila sudah di atas, lupa ada yang lebih atas dari kita
Terkadang,
Kita bila sudah di atas, lupa segalanya ada sempadan dan sempadan itu ada PENJAGA
Terkadang,
Kita bila sudah di atas, lupa yang dulu kita juga pernah di bawah
Terkadang,
Kita bila sudah di atas, lupa nak tengok dan bantu yang di bawah

Monday, November 14, 2011

Malu Dan Noda


إذا ما قال لى ربى           أما استحييت تعصينى ؟

وتخفى الذنب من خلقى               وبالعصيان .. تأتينى ؟

Maksudnya:
Ketika Tuhan berkata kepadaku | Takkah kau malu bermaksiat kepadaKu?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukKu | Tapi dengan penuh noda kau mengadapKu?
Sumber: Muntalaq oleh Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

Sunday, November 13, 2011

Memerhati

Banyak yang memandang dengan mata tetapi sedikit yang memandang dengan hati.
Banyak yang mendengar dengan telinga tetapi sedikit yang mendengar dengan naluri.
Banyak yang bercakap dengan mulut tetapi sedikit yang bercakap penuh isi.
Begitulah realiti hidup pada hari ini.

'Maka tidakkah  mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada.' 
[Surah al-Hajj, 22:46]