Sunday, November 2, 2014

Hammasah

بسم الله الرحمن الرحيم

'Assalamu’alaikum..
setelah lama, saya komen kembali..jazakillah jiddan akak..sy masih bertatih dalam usaha membentuk mad’u..cuma dua perkara yang saya pegang..
1) yakinlah Allah pasti punya rancangan terbaik buat kamu..buat tarbiyah diri kamu sendiri..buka hatimu kepada Allah, insyaAllah Allah akan buka hati-hati mereka buat Allah dan memudahkan kerjamu
2) Percayalah akan potensi mad’u mu..mereka punya potensi tinggi..cuma jangan lelah dengan tempoh..bergerak dan terus bergerak, sehingga kematian menjadi pintu rehat buat kamu..
p/s: airmata itu manis..seandainya dialirkan kerana Allah..terima kasih Allah atas titisan mutiara ini..
Allahu a’lam'
Ini adalah komen aku pada sebuah blog yang mana penulisnya amat aku sanjungi. Dan komen ini aku tulis pada 2 tahun lepas. Ya 2 TAHUN LEPAS.
Aku sendiri terasa jauh dari apa yang aku komen kat atas tu. Seolah-olah aku tak percaya, yang menulis itu adalah aku.
Sebab aku masih dapat merasa hangatnya himmah dari komen yang dilontarkan itu. Dan aku berasa malu, kerana seolah-olah sekarang himmah itu telah terbang entah kemana.
Semakin kita pergi jauh dalam medan dakwah dan tarbiyah, semakin banyak mas'uliyah yang mungkin kita pegang. Dan semakin banyak tanggungjawab, sewajibnya bertambah juga amalan seharian yang kita buat. Sebab kita takkan mampu maju, andainya hubungan kita dengan Allah setakat suam-suam kuku.
Taqwa itulah yang menggerakkan kau. Bukannya sekadar dengan hammasah yang membasah. Dan aku sedar, aku semakin jauh dari itu. Dan syaitan pula pantas menghembus hasutan-hasutan durjana yang jika tidak kau kawal, menyebabkan kau mahu meninggalkan medan ini.
Sudahkah kau lupa, cita-cita kau dahulu? Cita-cita saat hidayah menyapa dan menyentuh hatimu sedalam-dalamnya? Ya Allah. 
Mungkin aku perlu duduk sebentar. Muhasabah. Sebenarnya kenapa aku masih mahu menapaki jalan dakwah ini? Semoga Allah terus memlilih aku, sebab aku tak tau kemana nak dituju, jika bukan jalan dakwah ini laluan nya dan syurga Allah itu destinasinya.
p/s: mohon doakan aku. Jazakumullahu khairan katheera.

Sunday, October 19, 2014

Infiru

بسم الله الرحمن الرحيم

Rukun Usrah. Pernah dengar tentang rukun usrah? Kalau tak pernah, kena try cari usrah dulu then join :) Then boleh tahu apa itu rukun usrah. Rukun usrah ni ada 3. Ta'aruf, Takaful, Tafahum. 3 rukun ni adalah antara objektif utama yang nak digarapkan dalam kalangan ahli sesebuah usrah. Dan rukun ni penting untuk menghasilkan sebuah usrah yang gembira riang ria gemilang dan terbilang. Untuk lebih jelas lagi, jom explore satu persatu-satu makna 3 rukun ni.

Ta'aruf maksudnya berkenal-kenalan. Ya, memang penting untuk kita kenal ahli usrah kita. Sebab selalunya usrah ni terdiri daripada pelbagai jenis manusia yang datang dari tempat yang berbeza. Jadi mesti ada effort untuk kenal siapa ahli usrah kita. Kenal kat sini bukan setakat tau nama, umur asal, tarikh lahir dan lain-lain macam dalam CV tu. Tapi kenal kat sini maksudnya yang betul tau size kasut, makanan kegemaran, character, habit dan banyak lagi. Pendek kata, kenal segalanya tentang ahli usrah tu.

Jadi bila dah kenal, lebih mudah untuk nak tafahum. Tafahum tu maksudnya saling memahami. Perkara ini juga penting sebab kita nak melahirkan suasana yang harmoni dalam usrah tu. Kalau tidak sefahaman, mungkin boleh timbul pertengkaran atau perbalahan besar dikalangan ahli usrah tu sendiri. Faham tu ada banyak cara dan banyak jenis. Faham keperluan, faham kecenderungan, faham kebencian, faham kesusahan dan lain-lain.Sangat bagus kalau dapat faham semuanya tentang ahli usrah kita.

Then bila dah saling memahami, barulah timbul sifat takaful ni. Takaful ni kalau kata mudahnya adalah saling membantu dan menolong. Contohnya kita tahu ahli usrah kita tengah takde duit and at the same time, kita ada duit lebih. Jadi kalau kita salaing tafahum, kita akan beri bantuan dan ahli usrah akan terima bantuan tu. Tiada penolakan untuk terima duit bantuan tersebut sebab ahli yang dalam kesusahan itu tahu, duit yang diterima adalah bantuan dari orang yang dah dianggap seperti keluarga sendiri.


Begitulah idealnya sebuah usrah yang dibayangkan. IDEAL. Realitinya semudah itukah? Setelah melalui pelbagai teori dalam usrah, pasti Allah akan uji sejauh mana kefahaman kita dan kesediaan kita untuk melalui benda yang kita dah belajar dalam usrah. Yelah, kalau ilmu tanpa amal, sia-sia kan. Jadi kena ada praktikal side dari segala jenis teori yang kita dah hadam dalam usrah.

Dan hari ini, aku benar-benar merasakan ujian tu. Bila mana hatiku terasa berat dengan permintaan salah seorang ahli usrahku. Kita panggil dia A.Pada mulanya aku diam semasa naqibahku meminta pandangan kami terhadap permintaan A. Sebab aku benar-benar khuatir kalau kata-kataku akan merobek perasaan A.
Dalam hatiku terus teringat ayat 41 surah at-Taubah.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤١)
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (41)


Tapi hatiku masih berat. Aku bersuara menyatakan pandangan aku. Setelah menyatakan pandangan aku, tiba-tiba rasa sebak memenuhi hati aku. Sebab aku rasa, aku gagal memahami kekangan-kekangan A. Aku gagal untuk takaful. Aku tak bertolak ansur. Saat membacakan doa rabitah, air mata aku tak dapat ditahan lagi. Aku sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri.

Buat A, maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Moga Allah tautkan hati kita keranaNya.

Sunday, May 11, 2014

Mati

بسم الله الرحمن الرحيم

'Assalamu'alaikum wbt mak. Mak sihat? Mak buat apa tu?'

'Wa'alaikumussalam wbt Zul. Alhamdulillah mak sihat. Zul sihat? Mak tengah tolong ayah ambil wudhu' ni. Tengah tolong jirus air kat tangan ayah'

Zul tengok jam di pergelangan tangan. Pukul 1.30 tengah hari. Malaysia jam 7.30 malam. Baru masuk maghrib.

'Eh, ayah belum sihat lagi ke mak? Bukan hari tu dah okay?' Zul cuak.

'Ayah okay je. Cuma ayah tak boleh jalan jauh. Dah tak kuat. Zul ingat haritu mak cerita pasal doktor nak operate kaki ayah masuk besi tapi tak boleh sebab ayah ada diabetes? Jadi ayah dah tak boleh jalan jauh. Buang air pun kat dalam bilik. Mak dah pindah rumah kampung balik. Senang ayah nak buang air semua. Zul rindu ayah ye?'

Terkedu. Zul tak tahu nak respon macam mana.

'Rindu mak. Boleh Zul cakap dengan ayah?' Zul sebak. Air mata bertakung di birai mata. Zul mencari kekuatan. Zul kena kuat.

'Assalamu'alaikum Zul. Sihat ke Zul? Lama ayah tak dengar suara Zul.'

Suara ayah lemah, tak garau macam dulu. Ayah, ayah okay ke? Zul monolog. Sendirian.

'Eh wa'alaikumussalam wbt. Sihat ayah. Ayah sihat? Errr Zul baru call aritu. Ayah lupa ya? Ayah dah makan? Ayah buat apa tu?' Suara Zul bergetar. Zul tahan.

'Tengah hari tadi ayah dah makan. Mak sekarang kuat Zul. Boleh angkat ayah. Tumbuh muscle dah kat tangan. hehe. Ayah ambil wudhu' tadi. Mak tolong jirus. Bila Zul balik?' suara ayah ceria tapi lemah. Ayah memang suka bergurau. Dari Zul kecik.

'Ooo. Zul balik July nanti ayah. Ayah Zul minta diri dulu. ada hal sikit. Ayah kirim salam kat mak ya. Nanti Zul telefon lagi bila-bila. Assalamu'alaikum wbt.'

Cepat-cepat Zul mematikan talian. Zul tak tahan. Airmata Zul mengalir jua. Sempatkah? Zul tak tahu.



Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati. Bebila sahaja Allah boleh tarikh nyawa. Mungkin orang terdekat kita. Mungkin juga kita. Dah bersediakah?

Friday, May 9, 2014

Emotional.

بسم الله الرحمن الرحيم

'Assalamu'alaikum wbt. Dena, sihat? :) Kau okay? :)' 

Sent. Message has been sent. Liya berdebar. Tak tahu kenapa.

Beep. Tanda bunyi mesej masuk. Liya tekan button open.

'Wa'alaikumussalam sihat Alhamdulillah'.

Pendek. Liya tak tahu nak respon macam mana. Dena tak macam ni selalunya. Ironi tangannya masih menaip juga mesej untuk membalas Dena.

'Seriously kau okay? kalau ada apa-apa yang aku boleh bantu, bagitahulah. Tak pernah kau mute macam ni. Aku care pasal kau tau. Lillah.:)' 

Liya berbaik sangka. Mungkin Dena ada masalah. masalah besar. Sebagai kawan, Liya rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan.

Beep. Tanda mesej masuk lagi.

'Don't bother. That will help much'

Astaghfirullah al-'adzim. Liya mengucap panjang. Terasa bahang di dada. Liya tahu, syaitan yang sedang meniup api kemarahannya. Manusia. Memang mudah terasa. Lantas mesej tu dibiarkan sahaja tidak berbalas.


Emosi.

Kita tak boleh nak lari. Sebab Allah dah kasi. Tapi kita boleh kawal. 

Even kadang-kadang susah.

Yang kurang sensitif, tak boleh nak disalahkan juga. Sebab memang nature nya begitu. Tapi kita boleh cuba kan. Ambil kira perasaan mereka yang sensitif.

Simbiosis.

Sepatutnya begitu.

Ah. Susah. Memang. Sebab tu perlukan mujahadah. Kerana Allah.

Hidup kat dunia ni, kita takkan mampu tempuh sorang-sorang. Perlukan teman. Perlukan kawan. Sebab tu dalam Surah al-Asr, Allah suruh saling menasihati. Nampak? Boleh ke nasihat diri sendiri sorang-sorang?

Allah knows best.

Tuesday, May 6, 2014

Stay.

Perasaan.

Ramai ingat, dengan membiarkan perasaan, semua akan jadi elok. Like nothing happened. Tanpa sedar, kau sebenarnya menyimpan. Tapi kau ingat kau biarkan. Kau harap, perasaan tu akan pergi, terbang hilang tanpa kesan.

Beza.

Ada beza antara kau biarkan dan kau lepaskan. Biarkan, perasaan tersimpan. Menjadi dendam. Dan kau yang sakit akhirnya. Lepaskan ertinya kau buang. Kau hancurkan. Kau telan. Walau sakit masa tu. Tapi sakit tu sekejap. Tak parah, macam dendam jadi barah.

Penat.

Bukan penat dengan siapa-siapa. Tapi penat mengejar diri sendiri. Penat mencari diri yang hilang. Dan seolah-olah tiada bantuan, dari seorang yang kau panggil kawan.

Kawan.

Kawan hanya nampak luaran. Dalaman, hanya kau boleh jadi tuan. Oh mungkin kau lupa. Kau masih ada Tuhan. Yang boleh bantu kau tanpa harapkan balasan.

Mungkinkah?


Tuesday, March 25, 2014

syahid syuhada' part 7

بسم الله الرحمن الرحيم

Jannah dipeluk kemas. Mungkin pelukan kali terakhir. Mata Umar terasa pedih.

'Along, jaga mama okay. Cepat kahwin juga. Jannah nak kakak ipar!' sempat Jannah berbisik, mengusik. Telinga Umar memerah. Sempat dicubit pinggang adik kesayangannya.

'Jannah pun jaga diri. Dengar cakap Khalid selagi tak bertentang dengan syara'.' Tulus Umar mengingatkan adiknya. Jannah mengangguk perlahan.

'Ehem. Lupa kita kat sini nampak. Kita gigit jari je lah mama nampaknya. Ada dua orang melekat dah.' Gurau Khalid. Puan Saodah tersenyum melihat gelagat kedua-dua anak dan menantunya. Bahagia.

'Dah lah tu Along Jannah. Tinggal setengah jam sebelum gate tutup. Nanti kang terlepas flight.' Puan Saodah akhirnya bersuara. Dalam dada terasa sebak. Entah bila agaknya Puan Saodah dapat bertemu Jannah dan Khalid lagi.

Jannah dan Umar akhirnya meleraikan pelukan mereka. Terdengar dari celah pembesar suara nama Jannah dan Khalid dipanggil. Panggilan terakhir, Mereka melambai berbalas senyuman. Puan Saodah dan Umar menunggu di ruang lobi KLIA sehingga Jannah dan Khalid hilang dari pandangan.

'Jom ma kita balik.' Umar bersuara seraya tangannya memaut lembut bahu Puan Saodah.

Puan Saodah berpaling ke arah Umar sambil tersenyum. Namun ada mutiara jernih yang bertakung di sebalik mata tua itu.
******************************
'Ma, cepat sini. Jannah on the phone!' suara Umar menjerit keriangan dari ruang tamu rumah dua tingkat itu.

Puan Saodah yang sedang menyediakan makan malam lantas meletakkan senduk yang dipegangnya. Bergegas Puan Saodah ke ruang tamu. Maklumlah, dah 5 bulan tak mendengar suara anak bongsunya itu.

Ganggang bertukar tangan.

'Assalamu'alaikum wbt Jannah. Jannah sihat? Khalid Sihat? Ya Allah rindunya mama dengan korang berdua. Kenapa Jannah baru telefon sekarang? Risau mama.' bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Puan Saodah. tak dirancang.

'wa'alaikumussalam wbt mama. Alhamdulillah ma, kami sihat. Minta maaf mama. Bukan kami tak nak telefon, tapi keadaan kat sini tak mengizinkan. Alhamdulillah hari ni stable sikit, dapat kami pinjam telefon seorang pakcik ni. Mama, jannah ada berita gembira untuk mama and Along!'

' Apa dia Jannah? Jannah and Khalid nak balik ke? Bila? Subhanallah gembiranya mama macam tu. Tak la asyik risau ingatkan Jannah dan Khalid sepanjang masa.' 

' Mama risau ya? minta maaf mama. Jannah asyik buat mama risau je kan. Tapi takpe ma. Allah kan ada. Allah jaga Khalid, Jannah dan bakal cucu mama kat sini' 

'Bakal cucu? Jannah pregnant?' tanpa sengaja Puan Saodah terjerit kecil. Jerit gembira. Muka Umar terkejut. susah ditafsir. Terkejut bercampur panik bercampur gembira.

'Aku bakal jadi pakcik?' monolog Umar sendirian.

'Ma, bagi Along cakap ngan Jannah pulak. Yeayyyy!! Alhamdulillah Along bakal pakcik!'

Telefon bertukar tangan.

'Jannah betul ke? Hepinya Along mcm ni. cepatlah balik, Along nak main dengan baby. Lagipun, Along nak walimah tak lama lagi' ujar Umar. Manja.

'Hesh Along ni sabarlah. ni Khalid. Jannah baru pregnant 3 bulan. lambat lagi baby nak keluar. Along..' talian tiba-tiba kedengaran kurang jelas.

'Khalid, Jannah, dengar Along tak? Helo. Helo Khalid.' Umar cuak.

'Line tak clear kot Along. Biasalah kat sana. Nanti depa telefonlah lagi tu.' Puan Saodah positif.  Di ruang mindanya terbayang-bayang wajah bakal cucunya. Gembira tak terkata.

Ganggang masih terlekat di telinga Umar. Tiba-tiba muka Umar bertukar. Pucat Lesi.

'Ma, Along dengar bunyi bom jatuh dan tembakan.' 

Segera senyuman di wajah puan Saodah melurut. Tawar.




Wednesday, February 5, 2014

Mind Rant 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang musim tulis mind rant memanjang. Ada. Ada topik lain yang perlu ditulis sebenarnya, tapi bak kata orang, yang ditulis dari hati sampai ke hati, yang ditulis dari akal hanya berlegar-legar dlm kotak pemikiran. Okay aku tambah sendiri yang belakang tu.

Futur. Pernah dengar pasal futur? Futur itu satu fasa yang buat kau tiba-tiba down hilang semangat malas segalanya. Futur itu lumrah. Being Futur is ok. Tapi yang tak boleh adalah kau menghiasi ´futur. Maksudnya kau sedar kau malas, tapi kau still duduk situ tak gerak buat apa-apa.

Dan aku merasai perkara itu. sekarang. at this very moment. Aku sebenarnya takut. Takut Allah ambil nikmat yang satu ni. Nikmat mengenal siapa Tuhan aku yang sebenar. Nikmat mahu mencintai Allah dengan sepenuh hati. Nikmat membaca al-Quran tanpa jemu.

Nanges.

Dah jauh sangat rasanya hati ni mengembara. Dah masa untuk tambat hati ini kembali kepada Penciptanya. Terima kasih buat yang meminjamkan aku buku In the Early Hours. Sebab bila baca this pharagraph, it strikes me like i dont know how to describe the feeling.

'The Messenger of Allah , peace be upon him, has said, 'I am leaving you with two murshids.' The terms murshid refer to the one who guides to the right path. The first is the talking murshid, the Quran, and the second is the silent murshid , mawt or death'

Tersentak. Mungkin al-Quran dibaca, tapi literally. Dan mati, dah berapa lama aku lupa dan lalai tentangnya?