بسم الله الرحمن الرحيم
'Assalamu'alaikum wbt. Dena, sihat? :) Kau okay? :)'
Sent. Message has been sent. Liya berdebar. Tak tahu kenapa.
Beep. Tanda bunyi mesej masuk. Liya tekan button open.
'Wa'alaikumussalam sihat Alhamdulillah'.
Pendek. Liya tak tahu nak respon macam mana. Dena tak macam ni selalunya. Ironi tangannya masih menaip juga mesej untuk membalas Dena.
'Seriously kau okay? kalau ada apa-apa yang aku boleh bantu, bagitahulah. Tak pernah kau mute macam ni. Aku care pasal kau tau. Lillah.:)'
Liya berbaik sangka. Mungkin Dena ada masalah. masalah besar. Sebagai kawan, Liya rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan.
Beep. Tanda mesej masuk lagi.
'Don't bother. That will help much'
Astaghfirullah al-'adzim. Liya mengucap panjang. Terasa bahang di dada. Liya tahu, syaitan yang sedang meniup api kemarahannya. Manusia. Memang mudah terasa. Lantas mesej tu dibiarkan sahaja tidak berbalas.
Emosi.
Kita tak boleh nak lari. Sebab Allah dah kasi. Tapi kita boleh kawal.
Even kadang-kadang susah.
Yang kurang sensitif, tak boleh nak disalahkan juga. Sebab memang nature nya begitu. Tapi kita boleh cuba kan. Ambil kira perasaan mereka yang sensitif.
Simbiosis.
Sepatutnya begitu.
Ah. Susah. Memang. Sebab tu perlukan mujahadah. Kerana Allah.
Hidup kat dunia ni, kita takkan mampu tempuh sorang-sorang. Perlukan teman. Perlukan kawan. Sebab tu dalam Surah al-Asr, Allah suruh saling menasihati. Nampak? Boleh ke nasihat diri sendiri sorang-sorang?
Allah knows best.
No comments:
Post a Comment