بسم الله الرحمن الرحيم
'Assalamu’alaikum..
setelah lama, saya komen kembali..jazakillah jiddan akak..sy masih bertatih dalam usaha membentuk mad’u..cuma dua perkara yang saya pegang..
1) yakinlah Allah pasti punya rancangan terbaik buat kamu..buat tarbiyah diri kamu sendiri..buka hatimu kepada Allah, insyaAllah Allah akan buka hati-hati mereka buat Allah dan memudahkan kerjamu
2) Percayalah akan potensi mad’u mu..mereka punya potensi tinggi..cuma jangan lelah dengan tempoh..bergerak dan terus bergerak, sehingga kematian menjadi pintu rehat buat kamu..
2) Percayalah akan potensi mad’u mu..mereka punya potensi tinggi..cuma jangan lelah dengan tempoh..bergerak dan terus bergerak, sehingga kematian menjadi pintu rehat buat kamu..
p/s: airmata itu manis..seandainya dialirkan kerana Allah..terima kasih Allah atas titisan mutiara ini..
Allahu a’lam'
Ini adalah komen aku pada sebuah blog yang mana penulisnya amat aku sanjungi. Dan komen ini aku tulis pada 2 tahun lepas. Ya 2 TAHUN LEPAS.
Aku sendiri terasa jauh dari apa yang aku komen kat atas tu. Seolah-olah aku tak percaya, yang menulis itu adalah aku.
Sebab aku masih dapat merasa hangatnya himmah dari komen yang dilontarkan itu. Dan aku berasa malu, kerana seolah-olah sekarang himmah itu telah terbang entah kemana.
Semakin kita pergi jauh dalam medan dakwah dan tarbiyah, semakin banyak mas'uliyah yang mungkin kita pegang. Dan semakin banyak tanggungjawab, sewajibnya bertambah juga amalan seharian yang kita buat. Sebab kita takkan mampu maju, andainya hubungan kita dengan Allah setakat suam-suam kuku.
Taqwa itulah yang menggerakkan kau. Bukannya sekadar dengan hammasah yang membasah. Dan aku sedar, aku semakin jauh dari itu. Dan syaitan pula pantas menghembus hasutan-hasutan durjana yang jika tidak kau kawal, menyebabkan kau mahu meninggalkan medan ini.
Sudahkah kau lupa, cita-cita kau dahulu? Cita-cita saat hidayah menyapa dan menyentuh hatimu sedalam-dalamnya? Ya Allah.
Mungkin aku perlu duduk sebentar. Muhasabah. Sebenarnya kenapa aku masih mahu menapaki jalan dakwah ini? Semoga Allah terus memlilih aku, sebab aku tak tau kemana nak dituju, jika bukan jalan dakwah ini laluan nya dan syurga Allah itu destinasinya.
p/s: mohon doakan aku. Jazakumullahu khairan katheera.
No comments:
Post a Comment