Sunday, October 14, 2012

Kerja: Busykah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia pekerjaan. Suatu medan yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya sangat sukar buat para du'at.

Eh? Apa yang sukarnya? Banyak kot masa free orang kerja. Tak perlu study dah.

Pergi kerja pagi balik petang kan. Malam free kot. Weekend tak perlu hadiri kelas tambahan or sewaktu dengannya. Hujung bulan dapat gaji boleh buat infaq kot. Apa yang susah?

Alah alasan je semua tu. Kalau dah niat tu betul kerana Allah, mesti mampu buat punya. Heh.

Begitulah suara-suara sinis yang berbunyi merata-rata. Aku juga dulu begitu. Fikir yang dunia pekerjaan mudah. Mereka yang bekerja itu ada banyak masa. Kami yang sedang belajar ini kesuntukan masa.

Tapi Allah itu sangatlah baik. Aku diberi teguran melalui pengalaman sendiri. Ternyata pemikiran aku silap. Orang bekerja sungguh tidak mempunyai banyak masa seperti orang belajar.

Maka tidak hairanlah ramai yang 'gugur' dari jalan ini setelah memasuki alam pekerjaan.

dan aku kadang duduk termenung. Memandang sungai. Hati gembira bercampur sedih. Gembira kerana melihat ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Air sungai itu terus mengalir tidak kira apa pun. Batu besar yang menjadi penghalang ditempuh jua untuk sampai ke hilir. Sedih kerana memikirkan diri sendiri. Memikirkan apakah nasibku nanti. Adakah aku mampu setabah air yang terus mengalir sampai ke hilir? Allah.

Meremang bulu roma apabila memikirkannya. Sungguh aku tidak mahu menjadi mereka yang gugur. Sungguh aku tidak sanggup.

Aku tidak mahu menjadi seperti golongan munafiq yang menarik diri dari perang Uhud. Padahal merekalah yang beria-ia bersuara agar perang diteruskan walaupun pada mulanya Rasulullah tidak bersetuju jika perang dianjurkan.

TETAPI

Aku mahu menjadi seperti Nusaibah yang pada mulanya hanya sebagai pemberi minum kepada kaum Muslimin di Perang Uhud tetapi akhirnya turut serta dalam berperang demi untuk menjaga martabat Islam.

Aku mahu menjadi seperti Abu Dujanah yang belakangnya kelihatan seperti belakang landak akibatnya banyak anak panah yang tercucuk semasa melindung Rasulullah dalam perang Uhud.

Aku mahu menjadi seperti Hanzalah Ibn. Abu 'Amir yang terkenal dengan gelaran 'ghazilul malaikah' yang bermaksud dimandikan malaikat kerana tanpa teragak-agak meninggalkan malam pertamanya untuk turut serta dalam perang Uhud dan akhirnya syahid tanpa sempat mandi wajib.

Tapi mampukah? Ya Allah. Permudahkanlah.


No comments:

Post a Comment