بسم
الله الرحمن الرحيم
"hidup hanya sekali bhai. Lek la. Enjoy dulu. Dah tua nanti tak boleh nak enjoy dah"
"We only live once. Grab all the opportunities to fulfill our desires. Chill man"
Tapi
sekarang, dah zaman facebook pula, rupanya-rupanya pemikiran aku selama ini
tersilap. We live not once but twice. Yep. Kita hidup dua kali. Eh bukan
maksudnya mati hidup semula kat dunia ni, sebaliknya kita mati dan hidup semula
diakhirat.
Yang mana
kehidupan yang kedua itu kekal abadi, tiada lagi mati. Dan yang pasti, pada
kehidupan kedua itu juga yang menentukan kebahagiaan eternity atau siksaan yang
tiada henti. Kita semua maklum akan hal itu. Kita tahu
tentang itu.
Tapi sayangnya rata-rata antara kita
(termasuk aku sendiri T_T)masih juga mengutamakan kehidupan yang sementara. Eh
tidak percaya? Cuba tengok planner
anda. Adakah dipenuhi dengan urusan dunia atau urusan akhirat? Jika planner dipenuhi
halaqah, dakwah dan tarbiyah, Alhamdulillah. Tetapi jika dipenuhi dengan
berjimba dihujung minggu,tengok wayang malam rabu etc, mungkin kita kena duduk
sebentar dan bermuhasabah : ke mana tujuan hidup aku diarahkan sebenarnya?
Mahu tidak
mahu, rela tidak rela, kita tiada pilihan. Sememangnya kita semua saat ini
sedang menuju ke arah kehidupan akhirat itu sendiri. Masa semakin pendek kerana
hari demi hari kematian semakin menghampiri. Dan kita tak boleh lari atau bersembunyi. Itu
pasti.
Jadi ayuh.
Masih punya kesempatan untuk kita mengarahkan kehidupan kepada Allah yang satu.
Masih punya waktu untuk kita kejar kehidupan riang ria tanpa duka di akhirat
kelak. Kita tiada pilihan melainkan menggunakan kehidupan dunia sebagai
jambatan untuk kesenangan hidup di akhirat. Ad-dunia mazraatul akhirah. Jadikan
dunia kebun kepada akhirat.
Akhir kata,
tepuk dahi cubit pipi gigit jari tanya hati:
We only live
twice. One is temporary, another is permanent. Which one will be our priority?
وَمَآ أُوتِيتُم مِّن شَىۡءٍ۬ فَمَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَزِينَتُهَاۚ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰٓۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Dan apa jua (harta
benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan
kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di
sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia
lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?
(28:60)
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment