Sunday, May 11, 2014

Mati

بسم الله الرحمن الرحيم

'Assalamu'alaikum wbt mak. Mak sihat? Mak buat apa tu?'

'Wa'alaikumussalam wbt Zul. Alhamdulillah mak sihat. Zul sihat? Mak tengah tolong ayah ambil wudhu' ni. Tengah tolong jirus air kat tangan ayah'

Zul tengok jam di pergelangan tangan. Pukul 1.30 tengah hari. Malaysia jam 7.30 malam. Baru masuk maghrib.

'Eh, ayah belum sihat lagi ke mak? Bukan hari tu dah okay?' Zul cuak.

'Ayah okay je. Cuma ayah tak boleh jalan jauh. Dah tak kuat. Zul ingat haritu mak cerita pasal doktor nak operate kaki ayah masuk besi tapi tak boleh sebab ayah ada diabetes? Jadi ayah dah tak boleh jalan jauh. Buang air pun kat dalam bilik. Mak dah pindah rumah kampung balik. Senang ayah nak buang air semua. Zul rindu ayah ye?'

Terkedu. Zul tak tahu nak respon macam mana.

'Rindu mak. Boleh Zul cakap dengan ayah?' Zul sebak. Air mata bertakung di birai mata. Zul mencari kekuatan. Zul kena kuat.

'Assalamu'alaikum Zul. Sihat ke Zul? Lama ayah tak dengar suara Zul.'

Suara ayah lemah, tak garau macam dulu. Ayah, ayah okay ke? Zul monolog. Sendirian.

'Eh wa'alaikumussalam wbt. Sihat ayah. Ayah sihat? Errr Zul baru call aritu. Ayah lupa ya? Ayah dah makan? Ayah buat apa tu?' Suara Zul bergetar. Zul tahan.

'Tengah hari tadi ayah dah makan. Mak sekarang kuat Zul. Boleh angkat ayah. Tumbuh muscle dah kat tangan. hehe. Ayah ambil wudhu' tadi. Mak tolong jirus. Bila Zul balik?' suara ayah ceria tapi lemah. Ayah memang suka bergurau. Dari Zul kecik.

'Ooo. Zul balik July nanti ayah. Ayah Zul minta diri dulu. ada hal sikit. Ayah kirim salam kat mak ya. Nanti Zul telefon lagi bila-bila. Assalamu'alaikum wbt.'

Cepat-cepat Zul mematikan talian. Zul tak tahan. Airmata Zul mengalir jua. Sempatkah? Zul tak tahu.



Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati. Bebila sahaja Allah boleh tarikh nyawa. Mungkin orang terdekat kita. Mungkin juga kita. Dah bersediakah?

Friday, May 9, 2014

Emotional.

بسم الله الرحمن الرحيم

'Assalamu'alaikum wbt. Dena, sihat? :) Kau okay? :)' 

Sent. Message has been sent. Liya berdebar. Tak tahu kenapa.

Beep. Tanda bunyi mesej masuk. Liya tekan button open.

'Wa'alaikumussalam sihat Alhamdulillah'.

Pendek. Liya tak tahu nak respon macam mana. Dena tak macam ni selalunya. Ironi tangannya masih menaip juga mesej untuk membalas Dena.

'Seriously kau okay? kalau ada apa-apa yang aku boleh bantu, bagitahulah. Tak pernah kau mute macam ni. Aku care pasal kau tau. Lillah.:)' 

Liya berbaik sangka. Mungkin Dena ada masalah. masalah besar. Sebagai kawan, Liya rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan.

Beep. Tanda mesej masuk lagi.

'Don't bother. That will help much'

Astaghfirullah al-'adzim. Liya mengucap panjang. Terasa bahang di dada. Liya tahu, syaitan yang sedang meniup api kemarahannya. Manusia. Memang mudah terasa. Lantas mesej tu dibiarkan sahaja tidak berbalas.


Emosi.

Kita tak boleh nak lari. Sebab Allah dah kasi. Tapi kita boleh kawal. 

Even kadang-kadang susah.

Yang kurang sensitif, tak boleh nak disalahkan juga. Sebab memang nature nya begitu. Tapi kita boleh cuba kan. Ambil kira perasaan mereka yang sensitif.

Simbiosis.

Sepatutnya begitu.

Ah. Susah. Memang. Sebab tu perlukan mujahadah. Kerana Allah.

Hidup kat dunia ni, kita takkan mampu tempuh sorang-sorang. Perlukan teman. Perlukan kawan. Sebab tu dalam Surah al-Asr, Allah suruh saling menasihati. Nampak? Boleh ke nasihat diri sendiri sorang-sorang?

Allah knows best.

Tuesday, May 6, 2014

Stay.

Perasaan.

Ramai ingat, dengan membiarkan perasaan, semua akan jadi elok. Like nothing happened. Tanpa sedar, kau sebenarnya menyimpan. Tapi kau ingat kau biarkan. Kau harap, perasaan tu akan pergi, terbang hilang tanpa kesan.

Beza.

Ada beza antara kau biarkan dan kau lepaskan. Biarkan, perasaan tersimpan. Menjadi dendam. Dan kau yang sakit akhirnya. Lepaskan ertinya kau buang. Kau hancurkan. Kau telan. Walau sakit masa tu. Tapi sakit tu sekejap. Tak parah, macam dendam jadi barah.

Penat.

Bukan penat dengan siapa-siapa. Tapi penat mengejar diri sendiri. Penat mencari diri yang hilang. Dan seolah-olah tiada bantuan, dari seorang yang kau panggil kawan.

Kawan.

Kawan hanya nampak luaran. Dalaman, hanya kau boleh jadi tuan. Oh mungkin kau lupa. Kau masih ada Tuhan. Yang boleh bantu kau tanpa harapkan balasan.

Mungkinkah?