Tuesday, April 16, 2013

where is the peace?

بسم الله الرحمن الرحيم


"Man, kau tahu kat mana nak cari Encik 'K'? Dah lama aku cari tak jumpa." Salim memecah bisu suasana dengan satu pertanyaan.

"Encik 'K'? Encik 'K' yang bagaimana yang kau maksudkan?" Salman terpinga-pinga. Meroyan ke apa Salim ni. Encik 'K' mana entah yang Salim maksudkan.

" Erm tapelah man. Kau takkan paham. " Salim menjawab lesu lalu meninggalkan Salman sendirian tertanya-tanya.

Salim resah. Sudah lama dia mencari Encik 'K' tetapi hampa. Pelbagai orang sudah ditanya, pelbagai tempat sudah dijelajah, pelbagai ceruk sudah digeledah. Tetapi hasilnya tetap sama. Gelisah di dadanya tidak berkurang malah makin bertambah.

'Arggghhhhh' Salim menjerit dalam hati. Tiada yang mendengar kecuali telinga hatinya.

*****

'Khusyuk atau ketenangan hanya akan diperolehi bila hati kita basah. Basah yang bagaimana? Basah dengan Zikrullah. Setiap saat kita harusnya mengingati Allah. Tiada guna musafiran jauh-jauhan semata-mata hanya ingin mencari ketenangan. Kita tidak akan jumpa kalau hati tidak mendekati Allah. Sebagaimana yang Allah sebutkan dalam surah ar-Ra'd ayat 28...'

Bait-bait yang disebutkan Ustaz Romzi dalam rancangan wisata hati itu menarik perhatian Salim. Volume televisyen segera dikuatkan.

'Ala bi dzikrillahi tatmainnul qulub..Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sekarang sudah terbukti kan teman-teman? Rahsia ketenangan hati itu disini, dalam mushaf ini, dalam mukjizat teragung iaitu Al-Quran. Tidak perlu susah-susah ke sana ke mari mencari ketenangan. Bukalah Quran, bukalah hati, insyaAllah akan bertemu dengan ketenangan.'


" Maksudnya tidak perlu ke mana-mana untuk cari ketenangan? Tadabbur alam bagaimana pulak? Biar betul Ustaz ni.." Salim mengomel. Tidak puas hati dengan penjelasan Ustaz Romzi.

'begitupun, bukanlah maksudnya kita harus duduk dirumah sahaja. Zikrullah itu boleh diperluas skopnya dengan melihat alam. Tadabbur alam. Kerana dengan melihat alam, kita dapat melihat dan mengkagumi kebesaran Allah. Tetapi kuncinya hati kita. Hati ini perlu dibasahi dahulu. Jika tidak, tadabbur alam hanya akan menjadi penglihatan yang kosong. Tiada makna. Demikian kita kembali kepada point mentadabbur mushaf al-Quran ini dgn hati yang terbuka. InsyaAllah pasti ke mana sahaja kita pergi, akan temui ketenangan, hatta di tengah bandar yang sibuk sekalipun.'

Terdiam Salim mendengar penjelasan Ustaz Romzi. Sentap. Seolah-olah Ustaz Romzi boleh membaca apa yang ada di fikirannya. Tanpa Salim sedar, pipinya sudah basah. Sedarlah Salim selama ini hatinya yang tertutup. Hatinya yang kering. Hatinya tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Salim melazimi MEMBACA al-Quran selepas solat tetapi Salim tidak MENTADABBUR ayat-ayat yang dibaca.

Lantas, tanpa lengah, Salim capai mushaf didepannya. Dibuka dan dibaca. Seperti biasa dengan niat berbeza. Hatinya dibuka luas untuk belajar mentadabbur.

p/s: Tadabbur, benarkah kita melakukannya? T_T

Tuesday, April 9, 2013

syahid syuhada' Part 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Umar mengurut-urut lehernya. Jelas di mukanya terpancar bibit-bibit keletihan. Tidak disangka begitu ramai sekali orang yang datang meraikan walimah Jannah. Tak menang tangan melayan tetamu. Mungkin kerana Jannah sememangnya seorang gadis yang amat baik dan peramah serta suka membantu sesiapa sahaja tak kira masa. Jannah benar-benar seperti arwah papa.

'Ah tiba-tiba teringat papa. Apa khabar papa disana agaknya?' hati Umar bermonolog sendirian. Syahdu menyerang segenap hati Umar. Rindu. Akhir-akhir ini selalu benar Umar teringat arwah papa. Segera lidah Umar terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah buat papa.

Umar merendahkan badan. Lehernya kini betul-betul landing di birai sofa. Umar memejamkan mata. Tadi sebak. Kini senyuman pula menghiasi wajah Umar. Tidak pernah Umar menyangka takdir yang begitu indah akan meliputi hidupnya. Benarlah, Allah itu lebih mengetahui.

"Assalamu'alaikum abang ipar. Amboi sedap landing bang. Periuk kat dapur belum habis digosok bang. Harap maklum." 

"Alaaaa..orang baru nak curi rehat jap. Bolehlah 5 min je." Umar menjawab sambil matanya masih lagi terpejam.

"Takde takde. Meh bangun tolong aku."

Spontan Umar terasa tangannya ditarik. Mata dibuka.

"yela yela adik ipar tersayang. abang bangun ni. Ingat ko hutang aku lagi. Haaaaa.." Umar berseloroh.

"Haha. berkira betul. dari dulu lagi berkira. Diskaun takde ke bang?"

"Takde diskaun. Denda sebab rahsia-rahsia je plan semua ni. Nasib baik tak heart attack masa datang menetapkan tarikh nikah hari tu. Kalau tak alamatnya, tundalah kahwin. haha."

"Haha. Tak jugak bro. Kalau Allah dah kata kun fayakun.."

tiba-tiba..

"Amboi sedapnya abang berdua bersembang. Mama dah bising-bising kat dapur tu takde orang tolong dia. eh abang nak air? Jannah ambilkan" Jannah mencelah. Bukan boleh dibiarkan Umar dan zaujnya berdua. Alamatnya memang tak jalan kerja kat dapur tu nanti.

"ehem. Khalid je? ye lah. siapalah Along kan. Dapat suami, tiada along lagi." Umar pura-pura sedih sambil menarik muncung.

"ish along ni cubit kang. tanya satu-satulah. tapi sekarang dah tak jadi. Along ambil sendiri kat dapur."

muncung Umar makin memanjang. Tergelak Khalid dan Jannah melihat keletah Umar.

"tak apa Jannah. Nanti abang ambil sendiri kat dapur. Along jom sambung sental periuk." 

"Along? Bolehlah. Meremang pula bila ko start panggil aku along. Well people need times to adapt."

"haha. don't worry. you will get used to it ALONG." sengaja Khalid menekankan sebutan Along itu. Bercanda.

"haiyaii kapten. Jom sambung sental periuk. Yabedabedu."

Khalid dan Jannah berpandangan. Berbalas senyuman sambil menggeleng kepala. Umar kadang-kadang memang keanak-anakan.

***********
Di dapur..

"Bila Flight kamu Khalid? Mama lupa."

"InsyaAllah dua minggu lagi Ma. Jannah punya visa ada masalah sikit. InsyaAllah next week siap."

"Pergi tak ajak Along. Merajuk. Tak nak hantar kat airport" Sekali lagi Umar menarik muncung. Bergema dapur dengan pecahan gelak Puan Saodah, Khalid dan Jannah.

"tak apa..Mama ada boleh hantar. Kan Ma?"  Jannah sengaja mengusik Umar. Serentak Jannah terasa bajunya basah.

"Alongggggggg..."

*bersambung*