Thursday, January 31, 2013

Syahid Syuhada' Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم


"Jannah..." 

Langkah Jannah spontan terhenti.


'Adoi. Nak terus naik atas ke nak pandang mama semula ni. Ish mulut apsal la gatal sangat pergi sebut nama Along tu. Kan dah susah. Takde insurans ke? ' gerutu Jannah dalam hati. Menyesal kecepatan mulutnya dalam berkata-kata. Betullah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....


"Jannah Syuhada' " ton suara Puan Saodah semakin tegas. 

'Habislah.Dah boleh agak tak lama lagi bakal meletuplah gunung Fuji buat sekian kalinya. Eh tapi gunung Fuji kat Jepun. Aku kat rumah dengan Mama.' Jannah masih belum berpaling. Sibuk melayan monolog hati. Hujung jari Jannah dah mula seram sejuk.


"Oh Mama. Tadi Alya cakap minggu depan nak ajak Jannah study sama-sama. Jadi Jannah ingat nak minta kebenaran Mama kalau-kalau minggu depan Jannah boleh tido rumah Alya. Boleh tak Ma?" laju perkatan demi perkataan meluncur dari mulut Jannah. Muka Puan Saodah ditatap meraih simpati.


"Pasal Alya ke? Mama ingat pasal ape la tadi. Pelik-pelik perangai Jannah lepas balik dari Program UKM tu. Ustaz mana Jannah jumpa ni? InsyaAllah boleh. Nanti mama call Auntie Liza. Dah pergi mandi." Puan Saodah tersenyum menggeleng melihat karenah Jannah.


Segera Jannah berpaling dan berlari menuju ke tingkat atas macam Tom yang dikejar Jerry untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai biliknya, Jannah mengurut dadanya yang tercungap-cungap mencari oksigen.


' Fuh cover baik punya. Nasib baik memang Alya ade ajak study minggu depan. Kalau tak tipu dosa kering aku. dan nasib baik nama kau Alya. Kalaulah nama kau Tijah ke, naya aku. eh Astaghfirullah al-'azim. Perancangan Allah Jannah.' Jannah istighfar kerana hampir-hampir sahaja dia menyalahkan takdir. Sedangkan takdir itu datangnya dari Allah.


'Alongggg...' tiba-tiba ingatan Jannah kembali kepada Along. Hati Jannah digamit rindu. Dah hampir 4 tahun mereka tidak bersua muka. Semuanya gara-gara kedegilan Along.


Segera handpone sony ericcson xperia arc S itu dicapai Jannah dan jari-jemarinya tanpa dipaksa laju menekan keypad membalas mesej Along.


"Alhamdulillah sihat long. Along baliklah. Orang rindu. Mama pun." 


butang send ditekan.


*bersambung*


Friday, January 25, 2013

Syahid Syuhada' part 1

"Assalamu'alaikum wbt..adik along..sihat? Lama along tak dengar cerita adik :) "

Sms itu Jannah baca lesu. Keletihan selepas balik dari program 3 hari 2 malam di UKM. Tangan Jannah spontan menekan button reply.

"Jannah..Jannah..ooo Jannah" kedengaran suara Puan Saodah menjerit dari tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.

'mama panggil pulak..tak sempat nak reply mesej along ni..' gumam Jannah langsung tangannya turut berhenti dari terus menaip mesej untuk along.

Jannah segera bangkit dari atas katil queen sizenya lalu menguak pintu bilik dan terus laju menuruni anak tangga menuju ke dapur. Yakin Puan Saodah didapur.

"Ye mama sayang..mama nak ape?" Jannah berbisik ke telinga Puan Saodah sambil tangannya memeluk Puan Saodah dari belakang.

" Eh cepatnya anak mama turun. Jannah dah mandi belum ni? You smelly la sayang..haha"

"Ish mama ni. Mestilah belum. Haha. Tadi Jannah nak jerit je sahut panggilan mama. Tapi ustaz kat program tu cakap, jangan tinggikan suara dekat ibu bapa. Dalam quran ada cakap macam tu ma. Jadi bila mama panggil cepat-cepat Jannah turun. Rindu kat mama. Dah 3 hari kita tak jumpa" satu ciuman hinggap di pipi Puan Saodah.

"eee apa cium mama busuk-busuk ni. Dah pergi mandi kejap lagi boleh makan sama-sama insyaAllah."

"haiyyaii kapten. Ma tadi Alo...." suara Jannah tersekat dikerongkong. Air liur terasa kelat. Lidah terasa berat macam kena hempap dengan logam 2 kilo.

Puan Saodah berpaling. Empat mata bertemu. Segera Jannah tunduk dan berpusing.

*bersambung*


Friday, January 18, 2013

kelat tapi manis

بسم الله الرحمن الرحيم



sabar,

tidak cukup dengan hanya omongan mulut cakap luar,
tidak sekadar teori pintar berlegar-legar.



bahkan sabar,
merupakan sebuah perasaan dalam pahit kelat tapi muka senyum lebar-lebar,
otak sakit tapi perlakuan seperti bunga manis ditebar-tebar,
kerana yakin disebalik ujian ada hikmah indah disediakan Yang Maha Besar.

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ 
dan kerana Tuhanmu, bersabarlah
(74:7)

Monday, January 7, 2013

Allah, aku cinta......

بسم الله الرحمن الرحيم

hati

jika dibasuhi dengan cinta kerana DIA

pasti lembut akhirnya.

hati

jika dibilas dengan rendah hati kerana DIA

pasti tawadhu' akhirnya.

hati

jika disiram baja rindu kerana DIA

pasti tenang tidak gulana.

Ya Allah, 

sungguh aku mencintai mereka,

peliharalah ya Allah,

mudahkanlah ya Allah,

segalanya buat mereka.


p/s: buat kamu sayang-sayangku, aku juga merasa peritnya. aku mahu memeluk kalian, mahu kubisikkan ketelinga kalian, Allah ada, aku sayang kalian. Sungguh aku jauh tapi Allah sentiasa dekat kalian. *banjir*

Sunday, January 6, 2013

Resolusi

بسم الله الرحمن الرحيم

"kal...."

sepi.

"kaaaalllll.."

"hmmmmm.."

haikal menyahut pendek tanpa menoleh ke sisi. matanya tertancap penuh pada bulan purnama. Subhanallah cantik. desis hati kecil haikal.

"nak masuk 2013 dah ni.."

Akmal mengalih posisi. mengiring menghadap haikal.

"so?"

"ish kau ni. ni aku malas nak cakap dengan kau."

Akmal mengalih posisi lagi. kali ini terlentang menadah mukanya ke langit hitam. Lengan diletak dibawah kepala sebagai bantal.

Haikal pula berpaling. menghadap akmal.

"buruk benor lelaki merajuk. tak cool la ikhwah macam ni. haa kenapa?"

"kau dah ada resolusi?"

"errrr..aku buat untuk tahun 1434 je..hehe"

"perghh makan dalam. Tak ape. masih belum terlambat kan?"

"terlambat apa? dinner ke? tadi dah makan kot kat kedai pak ayob."

kelepuk.

"aduh. kok ye pon tak payah la baling songkok kau kat muka aku. sakit tau."

haikal tak sempat mengelak. songkok akmal terlebih dahulu landing kemukanya. haikal meggosok hidung.

"aseef aseef. aku main baling je. tak tau plak tepat kena. hehe. kalllll.."

"haaaa.. ape lagi?"

"syahid. kalau syahid datang menjemput kau saat ni, kau dah bersedia ke?"

krik krik krik. bunyi cengkerik memecah hening. haikal membisu. akmal terdiam.

"kalllll.."

"hmmmmm.."

"kkaall..aku nak mati syahid..resolusi 2013 aka 1434 aku."

"doa mal. doakan aku juga. may Allah choose us"


manusia. semuanya ada matlamat. ada yang ingin dicapai dalam hidup. fitrah manusia. semoga yang hendak dicapai melepasi garisan dunia. akhirat itu menanti dengan pasti. umur makin meningkat. kematian semakin hampir. pertemuan agung itu juga semakin mendekat. semoga dipilih Allah menjadi tetamu syuhada'-Nya. 

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati...
(3:185)

Allahu a'lam