بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam hidup ini memang
tiada yang kekal. Semuanya sementara. Hanya pinjaman. Boleh kata segalanya
Allah yang punya. Sampai masa, pasti akan Allah ambil kembali dari kita. Secara
rela atau tidak. Secara suka atau duka. Secara sedar atau leka.
Dalam train tadi,
hujan yang renyai-renyai di luar turut memberi kesan kepada hati. Hati juga
secara diam menitikkan butir-butir mutiara itu. Kata-kata emak membuatkan aku
berfikir panjang. Berfikir akan persediaan diri sendiri.
"Lagi 2 tahun genap umur mak 63 Tahun. Sama
tahun dengan Rasulullah wafat. Mak tak takut mati. Yang mak takut tak cukup
ilmu. Tak cukup amal untuk dibawa bekal ke sana. Risau ditanya marabbuka tapi
mak tak boleh nak jawab" emak
berseloroh sambil gelak kecil.
"InsyaAllah sebab tu kita kena guna masa
yang ada ni mak untuk bertaubat banyak-banyak. Kita kena dekatkan diri banyak
kat Allah. Doa ye mak supaya kita
tergolong dalam orang beriman dan ditemukan di syurga Allah nanti..ameen."
Disangka hati ini kuat. Hati ini mampu tenang
dan menenangkan emak. Tapi rupanya hati ini rapuh juga. Serapuh lirik lagu
Rapuh nyanyian Opick. Mata dihala keluar tingkap. Rembesan cecair putih mula mengalir
perlahan. Satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa bermain di kepala.
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(QS. Al-Baqarah: 155)
Emak juga milik Allah. Mungkin kata-kata itu
memang Allah dah tetapkan keluar dari mulut emak, supaya aku kembali sedar akan
segalanya hanyalah pinjaman. Supaya aku bersedia mati itu bila-bila sahaja.
Ya Allah, jika memang sudah tiba masanya
nanti, kuatkanlah hati ini menerima takdirMu.
No comments:
Post a Comment