Sunday, August 26, 2012

Tak cukup lagi ke?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mah, macam mana? Dapat ke rumah yang kau cari semalam tu? Yang kau kata hari ni nak skype dengan budak rumah tu?"

" Tak dapat Ina. Tapi budak rumah tu, yang nama marwa tu offer aku duduk bilik dia sementara cari rumah dekat-dekat situ. Susah juga ni eh. Aku dah nak start kerja 1 hb ni."

"Eh okay sangat la tu Mah. Ko tumpang jela dulu sebulan tu. InsyaAllah nanti jumpa lah."

" Tu lah Alhamdulillah la juga. mesti Allah tengah hold dulu ni sebab ada yang Allah nak bagi yang lebih baik kat aku kan. Kan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan." Timah tersenyum tawar kepada Ina.

Hatinya gundah juga. Kerja nak start beberapa hari lagi. Tapi Timah masih belum mendapat rumah. Alhamdulillah juga ada Marwa yang baik tu nak kasi tumpang biliknya. Hakikatnya Timah dan Marwa tidak pernah berjumpa. Kenal pun baru beberapa hari lepas kerana Timah hendak menyewa salah satu bilik di rumah Marwa. Tapi bukan rezeki Timah. Ahli rumah Marwa yang lain memilih orang lain sebagai ahli rumah yang baru.

Sambil membasuh pinggan, teringat lagi Timah dekat Marwa. Marwa orang turki. Teringat pula Timah dekat pakcik Erdogan, PM Turki sekarang ni. Memang baik-baik orang turki ni agaknya, desis hati Timah. Dan bila teringat rumah, hatinya bergejolak kembali. Segera Timah beristigfar. Sedar yang syaitan kini berusaha mempengaruhi fikirannya. Namun Timah yakin Allah pasti membantunya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Dalam otak Timah kini berlegar-legar potongan ayat ni:



'sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' [At-Talaq: 2-3]

'astaghfirullah al-'azim.' Timah beristighfar lagi. 'Bukankah offer dari Marwa untuk tinggal dibiliknya itu satu rezeki yang tidak disangka-sangka? Bukankah Allah dah mudahkan jalan untuk aku? Kenapa aku tidak bersyukur? Ya Allah aku minta maaf yang Allah. Astagfirullah al-'azim. Aku terlalu ingin lebih sampai lupa untuk bersyukur dan qanaah.' Timah bermonolog sendirian. Hatinya kesal namun pada masa yang sama bersyukur kerana Allah masih membuka hatinya untuk berterima kasih atas rezeki yang baru hatinya dapat lihat.

Dan Timah duduk memandang surat cinta dari Allah sambil tersenyum. Hatinya tenang kini dan yakin pasti ada rezeki lain yang sedang menantinya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Senyum :)


p/s: kadang-kadang kita terlalu ingin memenuhi apa yang kita rancang sehingga lupa Allah sebaik-baik Perancang dan terlupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Astagfirullah al-'azim


Friday, August 24, 2012

"Is, bagilah peluang kat Jah"

بسم الله الرحمن الرحيم

" Is, takkan Is tak boleh nak bagi sedikit pun peluang kat Jah? Is tak kesian kat Jah ke? Apa kurangnya Jah?" Jah bersuara memecah keheningan petang itu.

" Tak mungkin Jah. Is tak sanggup. Kita memang jauh berbeza. Is nak ke utara, Jah nak ke selatan. Is pilih A tapi Jah pilih Z. Tak mungkin kita boleh bersama Jah. Haluan kita tak sama!" Is teguh berpegang pada pendiriannya.

"Tak paham la Jah dengan Is ni. Orang berlumba-lumba nak dekat Jah tapi Is pula nak lari dari Jah. Apa tak cukup moden ke Jah ni? Tak cukup up-to-date ke?" Jah tak berputus asa cuba mempengaruhi Is.

"Is minta maaf. Jah dah terlalu jauh dari syariat yang Allah tetapkan. Memang kita takkan boleh bersatu!" Is nekad. Memang mustahil untuk mereka bersama. Dan petang itu menjadi saksi, perpisahan antara Islam dan Jahiliyah.

Kisah di atas adalah realiti kita semua. Saya yakin setiap dari kita pasti mempunyai kisah masing-masing. Biarpun jalan ceritanya berbeda, tetapi latarnya insyaAllah masih sama. Ya latarnya sama buat mereka-mereka yang mahu kembali kepada Allah, buat mereka yang berusaha keras untuk memperbetulkan jalan kehidupan berlandaskan syariat Allah, buat mereka yang saban hari berperang dengan perasaan untuk membanteras jahiliyah dan menanam Islam di dada.

Islam dan jahiliyah itu ibarat air teh dan air kopi. Yang tidak mungkin enak bila dicampur dan diminum bersama. Rasanya pasti pelik, malah mungkin mampu membuatkan kita termuntah! Air teh yang coklat jernih warnanya pasti rosak dan kelam dek campuran air kopi. Hitam tidak dapat dibeza mana kopi mana tehnya. Begitu jualah dengan Islam dan Jahiliyah. Kalau dicampur-adukkan kehidupan Islam dan Jahiliyah, pasti rosak akidah! Gelap hidup tak keruan tiada arah!


Namun begitu, menghilangkan racun-racun jahiliyah dari diri bukanlah bermaksud tidak bergaul langsung dengan mereka yang masih terbelenggu dalam arus jahiliyah. Lupakah kita pada aslih nafsak wad'u ghairak? Baikilah dirimu sahabat tetapi jangan lupa juga menyeru orang lain. Bak kata Syed Qutb : yakhtalithun walakin ya tamayyazun- bergaul tetapi tidak bercampur.  Bergaullah dengan mereka. Selami perasaan mereka yang masih terseksa jiwanya dek kerana bisa jahiliyah.Kerana kalau bukan kita yang sudah sedar betapa bahayanya jahiliyah yang berusaha untuk menarik mereka yang masih tenggelam dalam keseronokan dunia, siapa lagi?

akhir kata, jadikanlah dirimu seperti serbuk teh atau serbuk kopi yang menghasilkan warna pada air kosong tetapi akhirnya mendap juga dibawah! Bergaul tetapi tidak bercampur! Allahu a'lam