بسم الله الرحمن الرحيم
Terkadang kita rasa seperti sudah melakukan banyak benda, ibarat segala tanggungjawab sudah cuba kita laksanakan. Tetapi tak lama selepas itu kita mengeluh kerana terasa diri tidak pernah melakukan apa-apa.
Terkadang kita rasa seperti diri sudah bersedia untuk melangkah setapak ke hadapan. Tetpi setelah kembali berfikir lama, kaki ditarik tidak jadi melangkah.
lalu kita merasa sedih. terasa lesu. terasa lembik. Tidak salah berasa demikian. Sebab iman itu yazid wa yankus. Iman itu ada naik, ada turunnya.
Tatkala iman bagai di puncak, bersyukurlah dan terus lah bekerja. Jangan pernah berasa cukup. Jangan pernah merasa berjasa dengan segala usaha.
Tatkala iman bagai terhumban dalam gaung yang dalam, bersyukurlah dan terus lah bermuhasabah serta bertaubat. Teruskan jua melangkah walaupun dalam longlai dan lemah gemalai. Jangan pernah berhenti.
Kerna Allah sangat cinta pada hambanya yang sentiasa berusaha. Allah cinta pada hamba yang tak pernah kenal erti putus asa. Yakinlah janji Allah sentiasa benar. Dengan itu pasti hatimu tenang, setenang melihat langit biru. Allahu a'lam.