Thursday, December 22, 2011

Bagaimana Cinta Kita?


Andai kata dapat aku lafazkan dengan kata-kata..
betapa aku merasa betapa sedikitnya cinta yang hadir dalam dada..
buat Baginda junjungan kita dan Nabi Allah yang nyata..
betapa jauhnya beza antara aku dan mereka..
para sahabat Baginda yang mengalirkan air mata..
tatkala rindu menerpa didalam dada buat Baginda...
Ya Allah aku mohon kepadamu wahai Tuhan Yang Esa...
kurniakanlah buatku cinta yang sama..
terhadap Rasulullah SAW hingga ke akhir nyawa..

Allahu a'lam

Tuesday, December 13, 2011

Tegur itu Menegur

بسم الله الرحمن الرحيم 

 Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
 yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.


Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
rasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a'lam.