Sunday, September 16, 2012

Hold my hand, will you?

بسم الله الرحمن الرحيم

Buzz!!

Min : Ika, aku plan cuti nanti nak jalan-jalan tempat kau la. Kau dah ada plan ke eh?"

Buzz!!

Ika : Ouh belum ada plan lagi. Boleh-boleh. Berapa hari kau nak datang min?

Min : 5 hari kot insyaAllah. Aku nak lawat kawan-kawan kita yang lain sekali. Mungkin aku sampai cardiff 1 hb insyaAllah.

Ika : alaaaa..kau tak boleh datang awal lagi ke? boleh sambut new year sama-sama..hehe

Min : alamak tak bolehlah Ika. aku ade hal sebelum tu..hihi..

Ika : ko nak pergi program winter eh? okay then..jumpa 1st January la macam tu..aku ambil ko kat tren station nanti..:)

Min : aah insyaAllah aku ada program. Orait jumpa nanti. take care Ika :)

Ika : you too take care dear :)

'Alhamdulillah'. Min mengucap syukur kerana setakat ini apa yang dirancangnya berjalan dengan lancar. Min nekad untuk bertemu Ika. Walhal dia sudah pernah ke tempat Ika belajar itu setahun yang lepas. Dulu dia pergi hanya kerana ingin berjalan-jalan dan melihat-lihat kawasan tempat belajar teman baiknya itu. Tapi sekarang dia ada agenda yang lebih penting dari itu. Agenda besar. Min tersenyum sendirian. Didalam hatinya tidak henti-henti dia berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

*********

"Min, esok kita pergi caerphilly castle nak? aku dah ajak ijah, lia ngan mira ikut sama. Amacam?"
"Aku okay je Ika. Ko big boss this time. Aku follow je.hehe"
"okay set. Nanti aku confirmkan dengan diorang. Nanti kita boleh bawa bekal sandwich sekali. Kalo beli luar mahal. hehe"
"haha. Ko ni Ika tak berubah dari dulu. penjimat! ajar aku cara berjimat nanti okay!!"
"haiyaaiii kapten" sahut Ika sambil meletakkan tangannya dikepala seolah-olah Min adalah ketuanya. Mereka  saling berpandangan sebelum akhirnya gelak tawa memenuhi ruang bilik Ika yang sederhana besar.

*********

Hujan yang turun dengan lebatnya menyebabkan Ika dan Min terkandas di caerphilly castle. Ijah, lia dan Mira awal-awal lagi dah angkat kaki. Ada hal rumah katanya. Oh lupa nak explain. Min, Ika, Ijah, Lia dan Mira adalah kawan satu sekolah menengah. Min dan Ika kawan baik dari sekolah lagi. Min minat bidang engineering manakala Ika pula lebih kepada bidang perubatan. Jadi setelah habis sekolah, Min dan Ika terpisah jua walhal dulu di sekolah rapat macam belangkas.



Ika memandang sekilas jam dipergelangan tangannya. Lagi sepuluh minit pukul 8 malam. Train last dari caerphilly pukul 8:30 malam. Hujan pula macam tak mahu berhenti.

"Min. Kita kena lari kot. Nanti tak sempat kejar train. Kang kena tido sini kita..hoho"
"Hmmm. No hal kot. Engineer memang biasa buat benda-benda lasak ni. setakat lari no hal insyaAllah..hehe"
"Haha..okay jom..siapa lambat sampai, dia masak malam ni..satu..dua.." 

belum habis kiraan Ika dah berlari laju meninggalkan Min dibelakang.

"Ika tak aci..main tipu" Jerit Min sambil mengejar Ika dari belakang.

Mereka sampai di stesen kereta api betul-betul 2 minit sebelum 8:30 malam. Cepat-cepat mereka masuk ke dalam train dan mencari tempat untuk duduk.

"Alhamdulillah. nasib baik sempat Ika. Kalau tak, tak tahulah..tapi tadi tak aci..ko main tipu"

"haha..nasib lah..kata aku bos kan..tapi semput jugak kan..huhu"

"aah..beria-ia kita lari kan nak kejar train last ni..takut betul tertinggal..cuba bayang kalau-kalau dalam hidup kita, kita cuma tinggal satu je lagi peluang..kira macam peluang terakhir la..agak-agak apa ko akan buat eh Ika?"

"hmmm..mestilah aku bertaubat..dah kata peluang terakhir.."

"Alhamdulillah..Ika, kau...err..kau..hmmm"

"apa dia Min? terus terang je..jangan buat aku tertanya-tanya.."

"Kau tak teringin ke nak pakai tudung?" terpacul juga soalan yang sekian lama dipendam Min. Sunyi dan sepi menyelubungi suasana. Yang kedengaran adalah bunyi bising enjin kereta api.

"hmmmmm..siapa tak nak jadi baik Min. Ada. memang ada. cuma aku masih mencari kekuatan. Aku tak tahu nak mula macam mana. kadang-kadang aku serba salah. jadi aku hold dulu. masih banyak benda aku kena perbaiki Min."

" Aku kan ada Ika. Kalau ada apa-apa, bagitahu je aku Ika. InsyaAllah aku cuba bantu mana mampu."

"Aku tau..cuma entahlah..eh Min tu ade benda coklat nak terkeluar dari beg ko"

Segera Min melihat beg tangannya lantas dicapai Quran kecil miliknya lalu diletakkan di atas meja.

"Ko ingat lagi ni Ika? Setiap kali aku baca Quran ni, aku selalu teringat ko. Teringat betapa banyaknya pahala yang ko dapat bila aku baca Quran. Dan setiap kali itu aku sebak Ika. Aku sungguh nak ajak ko sama-sama dengan aku dalam mencari redha-Nya Ika....." Min terhenti. Tidak meneruskan kata. Matanya bertakung.

" Tu Quran yang aku bagi masa ko nak fly ke? ya Allah sumpah aku lupa aku pernah bagi ko Quran ni..Aku..aku tatau nak respon macam mana Min..tapi aku bersyukur tengok perubahan ko..boleh ko janji satu benda dengan aku Min? " suara Ika serak-serak menahan esak.

"apa dia Ika? insyaAllah"

"Hold my hand and don't let it go. Pimpin aku bersama langkah ko. Bantu aku Min. Boleh?"

Min memandang tepat ke muka Ika. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Begitu juga dengan Ika. Perlahan Min menganggukkan kepala sambil bibirnya melafazkan kalimah InsyaAllah. Hati Min berbunga riang dan tanpa henti melagukan tahmid tanda bersyukur tidak terhingga kepada Allah yang memegang hati manusia. Agenda hampir tercapai. Mission kali ini hampir accomplished.




Sunday, August 26, 2012

Tak cukup lagi ke?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mah, macam mana? Dapat ke rumah yang kau cari semalam tu? Yang kau kata hari ni nak skype dengan budak rumah tu?"

" Tak dapat Ina. Tapi budak rumah tu, yang nama marwa tu offer aku duduk bilik dia sementara cari rumah dekat-dekat situ. Susah juga ni eh. Aku dah nak start kerja 1 hb ni."

"Eh okay sangat la tu Mah. Ko tumpang jela dulu sebulan tu. InsyaAllah nanti jumpa lah."

" Tu lah Alhamdulillah la juga. mesti Allah tengah hold dulu ni sebab ada yang Allah nak bagi yang lebih baik kat aku kan. Kan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan." Timah tersenyum tawar kepada Ina.

Hatinya gundah juga. Kerja nak start beberapa hari lagi. Tapi Timah masih belum mendapat rumah. Alhamdulillah juga ada Marwa yang baik tu nak kasi tumpang biliknya. Hakikatnya Timah dan Marwa tidak pernah berjumpa. Kenal pun baru beberapa hari lepas kerana Timah hendak menyewa salah satu bilik di rumah Marwa. Tapi bukan rezeki Timah. Ahli rumah Marwa yang lain memilih orang lain sebagai ahli rumah yang baru.

Sambil membasuh pinggan, teringat lagi Timah dekat Marwa. Marwa orang turki. Teringat pula Timah dekat pakcik Erdogan, PM Turki sekarang ni. Memang baik-baik orang turki ni agaknya, desis hati Timah. Dan bila teringat rumah, hatinya bergejolak kembali. Segera Timah beristigfar. Sedar yang syaitan kini berusaha mempengaruhi fikirannya. Namun Timah yakin Allah pasti membantunya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Dalam otak Timah kini berlegar-legar potongan ayat ni:



'sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' [At-Talaq: 2-3]

'astaghfirullah al-'azim.' Timah beristighfar lagi. 'Bukankah offer dari Marwa untuk tinggal dibiliknya itu satu rezeki yang tidak disangka-sangka? Bukankah Allah dah mudahkan jalan untuk aku? Kenapa aku tidak bersyukur? Ya Allah aku minta maaf yang Allah. Astagfirullah al-'azim. Aku terlalu ingin lebih sampai lupa untuk bersyukur dan qanaah.' Timah bermonolog sendirian. Hatinya kesal namun pada masa yang sama bersyukur kerana Allah masih membuka hatinya untuk berterima kasih atas rezeki yang baru hatinya dapat lihat.

Dan Timah duduk memandang surat cinta dari Allah sambil tersenyum. Hatinya tenang kini dan yakin pasti ada rezeki lain yang sedang menantinya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Senyum :)


p/s: kadang-kadang kita terlalu ingin memenuhi apa yang kita rancang sehingga lupa Allah sebaik-baik Perancang dan terlupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Astagfirullah al-'azim


Friday, August 24, 2012

"Is, bagilah peluang kat Jah"

بسم الله الرحمن الرحيم

" Is, takkan Is tak boleh nak bagi sedikit pun peluang kat Jah? Is tak kesian kat Jah ke? Apa kurangnya Jah?" Jah bersuara memecah keheningan petang itu.

" Tak mungkin Jah. Is tak sanggup. Kita memang jauh berbeza. Is nak ke utara, Jah nak ke selatan. Is pilih A tapi Jah pilih Z. Tak mungkin kita boleh bersama Jah. Haluan kita tak sama!" Is teguh berpegang pada pendiriannya.

"Tak paham la Jah dengan Is ni. Orang berlumba-lumba nak dekat Jah tapi Is pula nak lari dari Jah. Apa tak cukup moden ke Jah ni? Tak cukup up-to-date ke?" Jah tak berputus asa cuba mempengaruhi Is.

"Is minta maaf. Jah dah terlalu jauh dari syariat yang Allah tetapkan. Memang kita takkan boleh bersatu!" Is nekad. Memang mustahil untuk mereka bersama. Dan petang itu menjadi saksi, perpisahan antara Islam dan Jahiliyah.

Kisah di atas adalah realiti kita semua. Saya yakin setiap dari kita pasti mempunyai kisah masing-masing. Biarpun jalan ceritanya berbeda, tetapi latarnya insyaAllah masih sama. Ya latarnya sama buat mereka-mereka yang mahu kembali kepada Allah, buat mereka yang berusaha keras untuk memperbetulkan jalan kehidupan berlandaskan syariat Allah, buat mereka yang saban hari berperang dengan perasaan untuk membanteras jahiliyah dan menanam Islam di dada.

Islam dan jahiliyah itu ibarat air teh dan air kopi. Yang tidak mungkin enak bila dicampur dan diminum bersama. Rasanya pasti pelik, malah mungkin mampu membuatkan kita termuntah! Air teh yang coklat jernih warnanya pasti rosak dan kelam dek campuran air kopi. Hitam tidak dapat dibeza mana kopi mana tehnya. Begitu jualah dengan Islam dan Jahiliyah. Kalau dicampur-adukkan kehidupan Islam dan Jahiliyah, pasti rosak akidah! Gelap hidup tak keruan tiada arah!


Namun begitu, menghilangkan racun-racun jahiliyah dari diri bukanlah bermaksud tidak bergaul langsung dengan mereka yang masih terbelenggu dalam arus jahiliyah. Lupakah kita pada aslih nafsak wad'u ghairak? Baikilah dirimu sahabat tetapi jangan lupa juga menyeru orang lain. Bak kata Syed Qutb : yakhtalithun walakin ya tamayyazun- bergaul tetapi tidak bercampur.  Bergaullah dengan mereka. Selami perasaan mereka yang masih terseksa jiwanya dek kerana bisa jahiliyah.Kerana kalau bukan kita yang sudah sedar betapa bahayanya jahiliyah yang berusaha untuk menarik mereka yang masih tenggelam dalam keseronokan dunia, siapa lagi?

akhir kata, jadikanlah dirimu seperti serbuk teh atau serbuk kopi yang menghasilkan warna pada air kosong tetapi akhirnya mendap juga dibawah! Bergaul tetapi tidak bercampur! Allahu a'lam

Tuesday, July 31, 2012

Pertemuan mereka!

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku tatau sama ada lagu tema video ni yang buat mata aku seakan-akan kena tenyeh bawang atau mata aku memang masuk habuk! Tapi aku dapat rasakan semangatnya. Aku dapat lihat cahayanya. Dan aku rasa tidak sabar. Dalam kepala terbayang indahnya suatu hari nanti bila ISLAM kembali menjulang nama menjadi sebuatan semua. Bila ISLAM kembali menjadi ustadziatul alam. Ya masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Masih banyak usaha yang perlu dicurah untuk membasuh semua hati-hati manusia supaya kembali kepada Allah. Masih banyak keringat yang perlu dibanting untuk memacu jiwa-jiwa mengikut syariat Allah. tapi aku yakin masanya pasti akan tiba. 

BE YOU PART OF IT OR NOT, ISLAM WILL DEFINITELY RISE AGAIN..INSYAALLAH!

Sunday, July 29, 2012

Oh Plastik Panas!

بسم الله الرحمن الرحيم

Plastik. Dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan barang-barang yang made of plastik. Minum guna cawan plastik, simpan lebihan makanan dalam tupperware plastik, berus gigi guna berus gigi yang pemegangnya plastik. Senang cerita, macam tak lengkaplah hidup tanpa plastik ni. Tapi jangan pula nak buat muka plastik, nanti kena lastik.

Tahukah anda bahawa kita juga mempunyai ciri-ciri yang ada pada plastik? Errr. Relaks dulu. Bukan saya menyamakan anda dengan plastik-plastik yang dijual di kedai itu. Cuma memang ada persamaan ciri antara kita dengan plastik. Tak percaya? meh baca!

Plastik jika dikenakan suhu yang tinggi akan menjadi lembut dan perlahan-perlahan mencair. Biasanya waktu inilah plastik mudah dibentuk  menjadi bentuk yang dikehendaki. Buat lah bentuk apa sahaja sama ada bulat, petak, segitiga atau oval. Dan biasanya juga pada waktu inilah warna plastik rata-rata adalah jernih. Bak kata orang putih, see through.


Kita juga sebenarnya begitu. Eh tak percaya? okay cuba bayang yang kita baru sahaja balik dari program yang penceramahnya adalah mufti menk dari zimbabwe. Pasti iman kita waktu ini mencanak tinggi sebab hati dah bersih dan jernih. Dalam hati kita penuh dengan rasa berkobar-kobar penuh semangat untuk memperbaiki diri dan orang lain. Dan ketika inilah sangat mudah kita mengawal nafsu dan membentuk diri mengikut sibghah (acuan) Allah. Itu kalau kita aplikasi konsep plastik panas pada diri kita.

Dan sebagai da'ie konsep ini tidak lain tidak bukan sesuai juga insyaAllah dilaksanakan pada mad'u-mad'u kita. Ya. Jadikanlah apa sahaja cara yang Allah redha untuk cairkan hati-hati mad'u kita. Tak kisahlah nak piknik ke, nak jalan-jalan tepi tasik sambil tadabbur alam ke, nak ajak pergi masjid ke, tengok video-video palestin ke, yang penting cara kena cukup 'panas' untuk 'lembutkan' dan 'jernihkan' hati mad'u. Nah ketika inilah kita menjalankan peranan membentuk mad'u-mad'u kita itu mengikut sibghah Allah. InsyaAllah dengan hati mad'u yang tengah lembut dan jernih itu, mudah untuk mereka menerima apa yang kita sampaikan. Dan jangan lupa doa dekat Allah. Sebab Allah je yang mampu buka hati manusia lain, bukan usaha kita!

Itu kisah plastik panas. InsyaAllah sama-sama kita cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian agar mardhatillah itu dapat dicapai dan syurga Allah dapat kita gapai kelak. insyaAllah. cuma AWAS! Jangan cuba membentuk atau melentur plastik yang masih keras yang sejuk kerana kalau tersalah daya yang diberikan, plastik boleh patah dan menjadi rosak. Apa kaitan plastik keras yang sejuk dengan diri kita dan mad'u? Selamat berpikir dan beramal.

Allahu a'lam



Saturday, July 28, 2012

Berpeluh dahi!


بسم الله الرحمن الرحيم

"Jadilah kalian orang-orang yang:

atsbatuhum mauqiifan...
yang paling kokoh atau tsabat sikapnya

arhabuhum shadran...
yang paling lapang dadanya

a'maquhum fikran...
yang paling dalam pemikirannya

ausa'uhum nazharan...
yang paling luas cara pandangnya

ansyatuhum 'amalan...
yang paling rajin amal-amalnya

aslabuhum tanziman..
yang paling solid penataan organisasinya

aktsaruhum naf'an...
yang paling banyak manfaatnya"

-KH. Rahmat Abdullah-


"Wherever He plants you, be fruitful!" 
-quoted-

Allahu a'lam

Friday, July 27, 2012

IMTIHAN Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bercucuran airmata sarah mengalir ketika berdoa seusai solat sunat tadi. Entah mengapa hatinya seakan sayu. Sungguh Sarah takut. Takut gagal paper esok hari. Takut dirinya menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Allah. 

Sungguh hatinya sakit tatkala bicara-bicara manusia yang menyinggah ke gendang telinganya sibuk membicarakan tentang orang-orang yang berdakwah sering gagal dalam peperiksaan. Dakwah itu juga yang dipersalahkan orang. Sedangkan dakwah itu tidak bersalah. Bila orang yang bermain game gagal, tidak pula ceritanya digembar gemburkan.

Atas dasar itulah sarah seakan fobia dengan kegagalan. Sehingga perasaanya menjadi tidak keruan. Tetapi Alhamdulillah selepas solat tadi seakan-akan ada suatu kuasa yang mencabut kerisauan itu. Hatinya kini lega. Dan sarah tekad untuk menduduki peperiksaan itu esok. Hanya kerana Allah. Sarah yakin Allah pasti menolong orang yang menolong agamanya dan janji Allah pasti benar.

Setelah sebulan berlalu......

'Sarah, dah check result? tadi dapat email kata yang result dah boleh check kat web uni..hehe' pesanan ringkas itu dibaca dengan hati yang berkocak. Adibah teman sekelasnya yang menghantar sms.

'Allah. Dah keluar result.Allah permudahkanlah. Kuatkanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.' tanpa sedar hati sarah bermonolog sendirian.

Segera sarah menghadap laptopnya dan jemarinya pantas menaip username dan password pada papan kekunci untuk membolehkan sarah memasuki laman portal universitinya. Tanpa disuruh jarinya mengklik mouse untuk melihat paparan result semester lepas.

Tergamam Sarah seakan tidak percaya. Airmatanya menitis juga. Bukan sedih. Tidak juga kecewa. Hanya lafaz Alhamdulillah yang terkeluar dari bibirnya. Benar Allah itu Maha Kuasa. Kini sarah yakin, kejayaan bukan atas hasil usahanya, tetapi hanya kerana rahmat Allah semata.

Tamat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(35:5)