Sunday, August 26, 2012

Tak cukup lagi ke?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mah, macam mana? Dapat ke rumah yang kau cari semalam tu? Yang kau kata hari ni nak skype dengan budak rumah tu?"

" Tak dapat Ina. Tapi budak rumah tu, yang nama marwa tu offer aku duduk bilik dia sementara cari rumah dekat-dekat situ. Susah juga ni eh. Aku dah nak start kerja 1 hb ni."

"Eh okay sangat la tu Mah. Ko tumpang jela dulu sebulan tu. InsyaAllah nanti jumpa lah."

" Tu lah Alhamdulillah la juga. mesti Allah tengah hold dulu ni sebab ada yang Allah nak bagi yang lebih baik kat aku kan. Kan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan." Timah tersenyum tawar kepada Ina.

Hatinya gundah juga. Kerja nak start beberapa hari lagi. Tapi Timah masih belum mendapat rumah. Alhamdulillah juga ada Marwa yang baik tu nak kasi tumpang biliknya. Hakikatnya Timah dan Marwa tidak pernah berjumpa. Kenal pun baru beberapa hari lepas kerana Timah hendak menyewa salah satu bilik di rumah Marwa. Tapi bukan rezeki Timah. Ahli rumah Marwa yang lain memilih orang lain sebagai ahli rumah yang baru.

Sambil membasuh pinggan, teringat lagi Timah dekat Marwa. Marwa orang turki. Teringat pula Timah dekat pakcik Erdogan, PM Turki sekarang ni. Memang baik-baik orang turki ni agaknya, desis hati Timah. Dan bila teringat rumah, hatinya bergejolak kembali. Segera Timah beristigfar. Sedar yang syaitan kini berusaha mempengaruhi fikirannya. Namun Timah yakin Allah pasti membantunya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Dalam otak Timah kini berlegar-legar potongan ayat ni:



'sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' [At-Talaq: 2-3]

'astaghfirullah al-'azim.' Timah beristighfar lagi. 'Bukankah offer dari Marwa untuk tinggal dibiliknya itu satu rezeki yang tidak disangka-sangka? Bukankah Allah dah mudahkan jalan untuk aku? Kenapa aku tidak bersyukur? Ya Allah aku minta maaf yang Allah. Astagfirullah al-'azim. Aku terlalu ingin lebih sampai lupa untuk bersyukur dan qanaah.' Timah bermonolog sendirian. Hatinya kesal namun pada masa yang sama bersyukur kerana Allah masih membuka hatinya untuk berterima kasih atas rezeki yang baru hatinya dapat lihat.

Dan Timah duduk memandang surat cinta dari Allah sambil tersenyum. Hatinya tenang kini dan yakin pasti ada rezeki lain yang sedang menantinya. Bukankah Allah mencukupi keperluan hamba-Nya? Senyum :)


p/s: kadang-kadang kita terlalu ingin memenuhi apa yang kita rancang sehingga lupa Allah sebaik-baik Perancang dan terlupa untuk bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Astagfirullah al-'azim


Friday, August 24, 2012

"Is, bagilah peluang kat Jah"

بسم الله الرحمن الرحيم

" Is, takkan Is tak boleh nak bagi sedikit pun peluang kat Jah? Is tak kesian kat Jah ke? Apa kurangnya Jah?" Jah bersuara memecah keheningan petang itu.

" Tak mungkin Jah. Is tak sanggup. Kita memang jauh berbeza. Is nak ke utara, Jah nak ke selatan. Is pilih A tapi Jah pilih Z. Tak mungkin kita boleh bersama Jah. Haluan kita tak sama!" Is teguh berpegang pada pendiriannya.

"Tak paham la Jah dengan Is ni. Orang berlumba-lumba nak dekat Jah tapi Is pula nak lari dari Jah. Apa tak cukup moden ke Jah ni? Tak cukup up-to-date ke?" Jah tak berputus asa cuba mempengaruhi Is.

"Is minta maaf. Jah dah terlalu jauh dari syariat yang Allah tetapkan. Memang kita takkan boleh bersatu!" Is nekad. Memang mustahil untuk mereka bersama. Dan petang itu menjadi saksi, perpisahan antara Islam dan Jahiliyah.

Kisah di atas adalah realiti kita semua. Saya yakin setiap dari kita pasti mempunyai kisah masing-masing. Biarpun jalan ceritanya berbeda, tetapi latarnya insyaAllah masih sama. Ya latarnya sama buat mereka-mereka yang mahu kembali kepada Allah, buat mereka yang berusaha keras untuk memperbetulkan jalan kehidupan berlandaskan syariat Allah, buat mereka yang saban hari berperang dengan perasaan untuk membanteras jahiliyah dan menanam Islam di dada.

Islam dan jahiliyah itu ibarat air teh dan air kopi. Yang tidak mungkin enak bila dicampur dan diminum bersama. Rasanya pasti pelik, malah mungkin mampu membuatkan kita termuntah! Air teh yang coklat jernih warnanya pasti rosak dan kelam dek campuran air kopi. Hitam tidak dapat dibeza mana kopi mana tehnya. Begitu jualah dengan Islam dan Jahiliyah. Kalau dicampur-adukkan kehidupan Islam dan Jahiliyah, pasti rosak akidah! Gelap hidup tak keruan tiada arah!


Namun begitu, menghilangkan racun-racun jahiliyah dari diri bukanlah bermaksud tidak bergaul langsung dengan mereka yang masih terbelenggu dalam arus jahiliyah. Lupakah kita pada aslih nafsak wad'u ghairak? Baikilah dirimu sahabat tetapi jangan lupa juga menyeru orang lain. Bak kata Syed Qutb : yakhtalithun walakin ya tamayyazun- bergaul tetapi tidak bercampur.  Bergaullah dengan mereka. Selami perasaan mereka yang masih terseksa jiwanya dek kerana bisa jahiliyah.Kerana kalau bukan kita yang sudah sedar betapa bahayanya jahiliyah yang berusaha untuk menarik mereka yang masih tenggelam dalam keseronokan dunia, siapa lagi?

akhir kata, jadikanlah dirimu seperti serbuk teh atau serbuk kopi yang menghasilkan warna pada air kosong tetapi akhirnya mendap juga dibawah! Bergaul tetapi tidak bercampur! Allahu a'lam

Tuesday, July 31, 2012

Pertemuan mereka!

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku tatau sama ada lagu tema video ni yang buat mata aku seakan-akan kena tenyeh bawang atau mata aku memang masuk habuk! Tapi aku dapat rasakan semangatnya. Aku dapat lihat cahayanya. Dan aku rasa tidak sabar. Dalam kepala terbayang indahnya suatu hari nanti bila ISLAM kembali menjulang nama menjadi sebuatan semua. Bila ISLAM kembali menjadi ustadziatul alam. Ya masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Masih banyak usaha yang perlu dicurah untuk membasuh semua hati-hati manusia supaya kembali kepada Allah. Masih banyak keringat yang perlu dibanting untuk memacu jiwa-jiwa mengikut syariat Allah. tapi aku yakin masanya pasti akan tiba. 

BE YOU PART OF IT OR NOT, ISLAM WILL DEFINITELY RISE AGAIN..INSYAALLAH!

Sunday, July 29, 2012

Oh Plastik Panas!

بسم الله الرحمن الرحيم

Plastik. Dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan barang-barang yang made of plastik. Minum guna cawan plastik, simpan lebihan makanan dalam tupperware plastik, berus gigi guna berus gigi yang pemegangnya plastik. Senang cerita, macam tak lengkaplah hidup tanpa plastik ni. Tapi jangan pula nak buat muka plastik, nanti kena lastik.

Tahukah anda bahawa kita juga mempunyai ciri-ciri yang ada pada plastik? Errr. Relaks dulu. Bukan saya menyamakan anda dengan plastik-plastik yang dijual di kedai itu. Cuma memang ada persamaan ciri antara kita dengan plastik. Tak percaya? meh baca!

Plastik jika dikenakan suhu yang tinggi akan menjadi lembut dan perlahan-perlahan mencair. Biasanya waktu inilah plastik mudah dibentuk  menjadi bentuk yang dikehendaki. Buat lah bentuk apa sahaja sama ada bulat, petak, segitiga atau oval. Dan biasanya juga pada waktu inilah warna plastik rata-rata adalah jernih. Bak kata orang putih, see through.


Kita juga sebenarnya begitu. Eh tak percaya? okay cuba bayang yang kita baru sahaja balik dari program yang penceramahnya adalah mufti menk dari zimbabwe. Pasti iman kita waktu ini mencanak tinggi sebab hati dah bersih dan jernih. Dalam hati kita penuh dengan rasa berkobar-kobar penuh semangat untuk memperbaiki diri dan orang lain. Dan ketika inilah sangat mudah kita mengawal nafsu dan membentuk diri mengikut sibghah (acuan) Allah. Itu kalau kita aplikasi konsep plastik panas pada diri kita.

Dan sebagai da'ie konsep ini tidak lain tidak bukan sesuai juga insyaAllah dilaksanakan pada mad'u-mad'u kita. Ya. Jadikanlah apa sahaja cara yang Allah redha untuk cairkan hati-hati mad'u kita. Tak kisahlah nak piknik ke, nak jalan-jalan tepi tasik sambil tadabbur alam ke, nak ajak pergi masjid ke, tengok video-video palestin ke, yang penting cara kena cukup 'panas' untuk 'lembutkan' dan 'jernihkan' hati mad'u. Nah ketika inilah kita menjalankan peranan membentuk mad'u-mad'u kita itu mengikut sibghah Allah. InsyaAllah dengan hati mad'u yang tengah lembut dan jernih itu, mudah untuk mereka menerima apa yang kita sampaikan. Dan jangan lupa doa dekat Allah. Sebab Allah je yang mampu buka hati manusia lain, bukan usaha kita!

Itu kisah plastik panas. InsyaAllah sama-sama kita cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian agar mardhatillah itu dapat dicapai dan syurga Allah dapat kita gapai kelak. insyaAllah. cuma AWAS! Jangan cuba membentuk atau melentur plastik yang masih keras yang sejuk kerana kalau tersalah daya yang diberikan, plastik boleh patah dan menjadi rosak. Apa kaitan plastik keras yang sejuk dengan diri kita dan mad'u? Selamat berpikir dan beramal.

Allahu a'lam



Saturday, July 28, 2012

Berpeluh dahi!


بسم الله الرحمن الرحيم

"Jadilah kalian orang-orang yang:

atsbatuhum mauqiifan...
yang paling kokoh atau tsabat sikapnya

arhabuhum shadran...
yang paling lapang dadanya

a'maquhum fikran...
yang paling dalam pemikirannya

ausa'uhum nazharan...
yang paling luas cara pandangnya

ansyatuhum 'amalan...
yang paling rajin amal-amalnya

aslabuhum tanziman..
yang paling solid penataan organisasinya

aktsaruhum naf'an...
yang paling banyak manfaatnya"

-KH. Rahmat Abdullah-


"Wherever He plants you, be fruitful!" 
-quoted-

Allahu a'lam

Friday, July 27, 2012

IMTIHAN Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bercucuran airmata sarah mengalir ketika berdoa seusai solat sunat tadi. Entah mengapa hatinya seakan sayu. Sungguh Sarah takut. Takut gagal paper esok hari. Takut dirinya menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Allah. 

Sungguh hatinya sakit tatkala bicara-bicara manusia yang menyinggah ke gendang telinganya sibuk membicarakan tentang orang-orang yang berdakwah sering gagal dalam peperiksaan. Dakwah itu juga yang dipersalahkan orang. Sedangkan dakwah itu tidak bersalah. Bila orang yang bermain game gagal, tidak pula ceritanya digembar gemburkan.

Atas dasar itulah sarah seakan fobia dengan kegagalan. Sehingga perasaanya menjadi tidak keruan. Tetapi Alhamdulillah selepas solat tadi seakan-akan ada suatu kuasa yang mencabut kerisauan itu. Hatinya kini lega. Dan sarah tekad untuk menduduki peperiksaan itu esok. Hanya kerana Allah. Sarah yakin Allah pasti menolong orang yang menolong agamanya dan janji Allah pasti benar.

Setelah sebulan berlalu......

'Sarah, dah check result? tadi dapat email kata yang result dah boleh check kat web uni..hehe' pesanan ringkas itu dibaca dengan hati yang berkocak. Adibah teman sekelasnya yang menghantar sms.

'Allah. Dah keluar result.Allah permudahkanlah. Kuatkanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.' tanpa sedar hati sarah bermonolog sendirian.

Segera sarah menghadap laptopnya dan jemarinya pantas menaip username dan password pada papan kekunci untuk membolehkan sarah memasuki laman portal universitinya. Tanpa disuruh jarinya mengklik mouse untuk melihat paparan result semester lepas.

Tergamam Sarah seakan tidak percaya. Airmatanya menitis juga. Bukan sedih. Tidak juga kecewa. Hanya lafaz Alhamdulillah yang terkeluar dari bibirnya. Benar Allah itu Maha Kuasa. Kini sarah yakin, kejayaan bukan atas hasil usahanya, tetapi hanya kerana rahmat Allah semata.

Tamat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(35:5)

Saturday, July 21, 2012

BM : Bina Mahligai atau Baitul Muslim? (part2)


بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa nak berbaitul muslim? Mari kita hayati kisah dua sahabat ini J

Meon  : man, aku rasa nak kahwin lah. (sambil senyum penuh ceria)
Leman :  Aik? Kau sihat ke tak ni? Tiba-tiba je. Calon ada dah ke? Pergghhhh. Macam ni lah sahabat. berahsia bukan main lagi. (buat muka sedih)
Meon  : Itulah masalahnya. Calon tak ada. Rasa nak kahwin je ada. Boleh macam tu? (senyum kerang)
Leman : Boleh. Boleh blah la bro. Haha. Kau lupa ke nasihat abg sidek masa kita makan-makan semalam?
Meon  : Nasihat? Nasihat yang mana eh? (sambil garu kepala)
Leman : sah kau ni tengah angau. Baru dengar semalam dah lupa. Okay. Meh aku tanya soalan sikit dekat kau. Cuba fikir balik kenapa kau nak kahwin sebenarnya? Apa niat kau?
Meon  : err.. supaya aku dapat menjaga hati. Sebab aku rasa macam dah suka kat seseorang ni. Susah wooo man aku nak jaga perasaan ni dari terus berkembang mcm ros kat taman tuh.

Leman : tu je? Lain-lain sebab? Eh sejak bila kau jatuh hati ni? Aku ingat selama ni hati kau ada kat aku. Haha.
Meon  : eh brader. Tolong sikitt. Saya lelaki straight, saya okay. Haha.Entahlah man. Mungkin aku nak ada tempat bergantung yang tetap.  Aku nak ada seseorang yang boleh aku luahkan segala yang terbuku di hati. Kira tempat share masalah aku lah. Aku nak cari seseorang yang boleh aku kongsi suka duka bersama dan pada masa yang sama  ada seseorang yang boleh menjaga keperluan aku dan membimbing aku kalau-kalau aku tersasar. Aku nak bina baitul muslim.
Leman : hehe. Biasalah tu. Rasanya semua manusia ada perasaan macam tu. Memang manusia ni ada banyak sangat keinginan. Tapi kan meon, bila masuk bab kahwin baitul muslim bagai ni, ada yang lebih PENTING dari semua yang kau dah cakap tadi.
Meon  : owh..yeke? Apa yang penting sangat tu? Ce cite ce cite.
Leman : Kau pernah belajar pasal maratib amal kan? Dah pernah dengar hadith satu pasal niat?
Meon  : pernah banyak kali dah. Semalam abg sidek ade sebut lagi kan masa makan-makan tu. Hehe.
Leman : haaaa..Alhamdulillah la kalau macam tu. Meon, apa yang aku nak cakap ni, kau jangan touching pulak. Aku cakap sebab aku sayang kat kau tahu.
Meon  : aiseh..kau ni bikin saspen la brader. Cakap la cepat. Tak sabar dah aku nak dengar ni. Touching-mouching belakang kira okay. (sambil senyum)


Leman : okay begini. Tak salah semua sebab-sebab yang kau cakap tadi. Betul dan sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia. Jika itu yang menjadi niat kita untuk berkahwin dan berbaitul muslim, insyaAllah akan bahagia juga tetapi sia-sialah kita belajar maratib amal selama ini. Sebab tujuan utama baitul muslim adalah untuk melebarkan lagi dakwah, meluaskan lagi proses penegakan agama Allah. Jadinya jika kita mengharap dengan berbaitul muslim akan ada seseorang yang lebih baik untuk membimbing kita, maka akan musnahlah rumahtangga itu andai kata pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan malahan kita pula yang terpaksa bimbing dia. Jika kita merasa dengan berbaitul muslim kita akan punya seseorang yang setia mendengar dan sentiasa bersama kita, maka punahlah rumahtangga itu andai kata kita mendapat pasangan yang sering keluar untuk berdakwah dan terpaksa meninggalkan kita berhari-hari. Kesimpulannya jangan sesekali kita letakkan expectation pada bakal pasangan sebaliknya kita sendiri harus persiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kuatkan dahulu pergantungan kepada Allah, baru letakkan pergantungan dekat manusia. InsyaAllah akan bahagialah kita meon.
Meon   : Allah man Allah. Boleh aku peluk kau? Sayu pulak aku rasa.
Leman : dah sindrom apa pulak kau ni? Haha.Tadi senyum lebar bukan main. Ni dah sayu pulak. Nah pelukan dari aku. (sambil angkat tangan memeluk meon)
Meon  : jazakallah man. Terima kasih banyak sebab ingatkan aku. Alhamdulillah Allah bagi hadiah besar macam kau ni kat aku. Eh tiba-tiba aku terfikir pasal satu benda  la man. Hehe. Aku………….

*tiba-tiba kedengaran azan berkumandang*

 Meon  : Allah dah azan. Ayuh solat dulu la. Nanti aku cerita dekat kau apa dalam fikiran aku ni.
Leman : no hal brader. Jum ke masjid. (sambil senyum)

bersambung

Allahu a'lam