Monday, January 7, 2013

Allah, aku cinta......

بسم الله الرحمن الرحيم

hati

jika dibasuhi dengan cinta kerana DIA

pasti lembut akhirnya.

hati

jika dibilas dengan rendah hati kerana DIA

pasti tawadhu' akhirnya.

hati

jika disiram baja rindu kerana DIA

pasti tenang tidak gulana.

Ya Allah, 

sungguh aku mencintai mereka,

peliharalah ya Allah,

mudahkanlah ya Allah,

segalanya buat mereka.


p/s: buat kamu sayang-sayangku, aku juga merasa peritnya. aku mahu memeluk kalian, mahu kubisikkan ketelinga kalian, Allah ada, aku sayang kalian. Sungguh aku jauh tapi Allah sentiasa dekat kalian. *banjir*

Sunday, January 6, 2013

Resolusi

بسم الله الرحمن الرحيم

"kal...."

sepi.

"kaaaalllll.."

"hmmmmm.."

haikal menyahut pendek tanpa menoleh ke sisi. matanya tertancap penuh pada bulan purnama. Subhanallah cantik. desis hati kecil haikal.

"nak masuk 2013 dah ni.."

Akmal mengalih posisi. mengiring menghadap haikal.

"so?"

"ish kau ni. ni aku malas nak cakap dengan kau."

Akmal mengalih posisi lagi. kali ini terlentang menadah mukanya ke langit hitam. Lengan diletak dibawah kepala sebagai bantal.

Haikal pula berpaling. menghadap akmal.

"buruk benor lelaki merajuk. tak cool la ikhwah macam ni. haa kenapa?"

"kau dah ada resolusi?"

"errrr..aku buat untuk tahun 1434 je..hehe"

"perghh makan dalam. Tak ape. masih belum terlambat kan?"

"terlambat apa? dinner ke? tadi dah makan kot kat kedai pak ayob."

kelepuk.

"aduh. kok ye pon tak payah la baling songkok kau kat muka aku. sakit tau."

haikal tak sempat mengelak. songkok akmal terlebih dahulu landing kemukanya. haikal meggosok hidung.

"aseef aseef. aku main baling je. tak tau plak tepat kena. hehe. kalllll.."

"haaaa.. ape lagi?"

"syahid. kalau syahid datang menjemput kau saat ni, kau dah bersedia ke?"

krik krik krik. bunyi cengkerik memecah hening. haikal membisu. akmal terdiam.

"kalllll.."

"hmmmmm.."

"kkaall..aku nak mati syahid..resolusi 2013 aka 1434 aku."

"doa mal. doakan aku juga. may Allah choose us"


manusia. semuanya ada matlamat. ada yang ingin dicapai dalam hidup. fitrah manusia. semoga yang hendak dicapai melepasi garisan dunia. akhirat itu menanti dengan pasti. umur makin meningkat. kematian semakin hampir. pertemuan agung itu juga semakin mendekat. semoga dipilih Allah menjadi tetamu syuhada'-Nya. 

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati...
(3:185)

Allahu a'lam



Tuesday, December 4, 2012

oh hati, bila mahu lapang?

بسم الله الرحمن الرحيم

menaip. kemudian delete lagi. kemudian di taip lagi. tapi di delete lagi.  bermacam idea untuk ditulis tetapi sepertinya akal milah buntu untuk memulakan entry. akhirnya milah mengeluh sendirian. terngiang-ngiang di telinganya butir-butir kata saidah. Lembut sahaja nada saidah ketika kata-kata itu dituju kepadanya. Tetapi hatinya rasa dirobek-robek.

"kalau betul kau serius dengan hal dakwah ni, mesti kau all out punya. Aku bukan apa. cuma mahu nasihat. Study penting, tapi dakwah juga penting. jangan salah satunya dianaktirikan.kau cuba la susun jadual kau elok-elok. InsyaAllah boleh je organise"

cepat-cepat milah istighfar lagi. kalau dilayan memang boleh gaduh nanti dia dengan saidah. Tak. bukan milah tak boleh terima apa yang saidah cakap. milah tahu sebagai dai'e kena tanam dalam-dalam sikap salamatus sadr (berlapang dada) . dan ada mungkin ada betulnya apa yang saidah cakap tu.

"milah, apa yang saidah cakap sebenarnya mungkin betul. jangan marah dekat saidah. sebab saidah hanyalah pengantara. saidah hanyalah medium. sebenarnya Allah lah yang mahu menegur dirimu. senyumlah milah. gembiralah kerana masih layak mendapat teguran dari Allah."

milah berbisik kecil sambil meletakkan tangan didadanya. senyuman cuba diukir tapi ketat otot mukanya sukar ditegangkan. tanpa dipinta air mata jatuh membasahi dada. hatinya banjir entah buat kali ke berapa.


salamatus sadr

berlapang dada. tingkatan ukhuwwah paling rendah. sering disebut-sebut tapi bila nak diapply semput-semput. memang tidak mudah untuk kita berlapang dada. especially bila kita menerima teguran atas sesuatu yang kita rasakan kita dah buat sebaiknya. Tatkala itu, hadith la taghdab (janganlah marah) pun hilang dari genggaman. Syaitan pun datang menambah darjah kepanasan api kemarahan. akhirnya kita hilang pertimbangan. dan yang rugi siapa? si penegur kah? tepuk dahi tanya iman kat hati.

sepatutnya kita seperti milah. Kerana sememangnya si penegur itu sememangnya hanyalah medium. Sebenarnya yang mahu menegur kita itu Allah. Allah lah yang menggerakkan hati si penegur tu untuk membetulkan kita. jadi bila kita tidak boleh terima teguran, bila kita marah, kita marah kat siapa?

Jadi kita sewajibnya melompat-melompat bila dapat teguran. macam dapat hadiah. sebab masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri lewat teguran tu. kalau tiada teguran buat diri kita, sudah pastilah kita hanyut terusan-terusan dalam dunia khayalan kita sendiri.

saya yang menulis ni, bukanlah kerana saya dah tip top dalam bab salamatus sadr ni. tapi kerana saya juga sedang mujahadah teramat sangat dalam nak berlapang dada ni. terpikir dan rasa nak share dengan semua. Jom kita bersyukur banyak-banyak kat Allah bila dapat teguran dari sesiapa pon lah. lagi banyak teguran kita dapat, lagi banyak kena bersyukur, lagi bertambah rasa gembira, sebab ruang untuk pembaikan diri kita semakin meluas. Alhamdulillah yeayyyyyy.

"ishhhh..cakap senang la kan..kau bukan tahu betapa susahnya nak buat benda ni..dah lama aku try tak berjaya.."

mungkin akan ada yang merespon begini (saya teka je tau..hihi)..kalau rasa payah juga nak salamatus sadr, jom tgk ayat-ayat Allah..kan ayat-ayat Allah tu the best nasihat and pengaman hati?okay pergi ambil quran sekarang nak share ayat ni..

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ 
dan kerana Tuhanmu, bersabarlah
(74:7)

Akhir kata, semoga dipermudahkan berlapang dada. Allahu a'lam

Monday, November 12, 2012

pinjaman


بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam hidup ini memang tiada yang kekal. Semuanya sementara. Hanya pinjaman. Boleh kata segalanya Allah yang punya. Sampai masa, pasti akan Allah ambil kembali dari kita. Secara rela atau tidak. Secara suka atau duka. Secara sedar atau leka.

Dalam train tadi, hujan yang renyai-renyai di luar turut memberi kesan kepada hati. Hati juga secara diam menitikkan butir-butir mutiara itu. Kata-kata emak membuatkan aku berfikir panjang. Berfikir akan persediaan diri sendiri.

"Lagi 2 tahun genap umur mak 63 Tahun. Sama tahun dengan Rasulullah wafat. Mak tak takut mati. Yang mak takut tak cukup ilmu. Tak cukup amal untuk dibawa bekal ke sana. Risau ditanya marabbuka tapi mak tak boleh nak jawab"  emak berseloroh sambil gelak kecil.

"InsyaAllah sebab tu kita kena guna masa yang ada ni mak untuk bertaubat banyak-banyak. Kita kena dekatkan diri banyak kat Allah. Doa ye mak supaya kita tergolong dalam orang beriman dan ditemukan di syurga Allah nanti..ameen."

Disangka hati ini kuat. Hati ini mampu tenang dan menenangkan emak. Tapi rupanya hati ini rapuh juga. Serapuh lirik lagu Rapuh nyanyian Opick. Mata dihala keluar tingkap. Rembesan cecair putih mula mengalir perlahan. Satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa bermain di kepala.


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(QS. Al-Baqarah: 155)


Emak juga milik Allah. Mungkin kata-kata itu memang Allah dah tetapkan keluar dari mulut emak, supaya aku kembali sedar akan segalanya hanyalah pinjaman. Supaya aku bersedia mati itu bila-bila sahaja.

Ya Allah, jika memang sudah tiba masanya nanti, kuatkanlah hati ini menerima takdirMu.

Friday, November 2, 2012

Jari berhenti menari?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalimat-kalimat kita menjadi boneka lilin

Jika kita mati untuk mempertahankannya

Maka saat itulah ruh merambahnya

Hingga kalimat-kalimat itu hidup selamanya


-Syed Qutb-

Di saat datang perasaan ingin berhenti sebentar dari menulis kerana kononnya tak cukup masa (padahal tak pandai menguruskan masa), datang teguran dari Allah. Allah, sweet sangat. Terharu. Allah berilah kekuatan.


Wahai jari, teruslah menulis dengan hati.

Menulis dengan ruh.

Agar setiap jiwa bisa dibasuhi

Lalu  terbebas dari warna keruh.


Sunday, October 28, 2012

Hanya kerana kita ikhwah/akhawat

بسم الله الرحمن الرحيم

'Akak, saya nak tanya satu soalan boleh? Dah lama saya nak tanya tapi tak terluah pula..hihi'

'Oh boleh je Rahmah. Apa Rahmah nak tanya tu? '

' Rahmah tengok akak tak pernah lepak di shopping mall. kenapa ya?'

' Ish Rahmah. Kita kan akhawat. Mana boleh lepak lama-lama. Banyak kerja..'

'Ooohhhhh' Rahmah hanya ternganga cuma menanamkan jawapan dari kakak usrahnya dalam jiwanya.

Senario diatas mungkin pernah berlaku dimana-mana bila-bila masa.

Kerana kita rasa kita ikhwah/akhawat, kita tidak lepak di shopping mall. Alasannya nanti adik-adik tak tsiqah. Nanti susah nak dakwah fardhiyah adik-adik. Atau alasannya wajibat aktsaru minal auqat.

Kerana kita rasa kita ikhwah/akhawat, kita tidak menonton games bola sepak dengan kerap. EPL memang dah tak ambil tahu. Alasannya nanti susah la nak suruk adik-adik tinggalkan amalan tengok bola tu. Nanti dakwah siapa nak buat?

Kerana kita rasa kita ikhwah/akhawat, kita tidak pakai jeans atau kita bertudung labuh. Alasannya kita mestilah berpakaian yang menggambarkan imej yang bagus sesuai dengan status pendakwah. Takkanlah kita nak pakai pakaian yang zaman jahiliyah dulu-dulu tu. Mesti adik-adik susah nak percaya apa kita cakap.

Cukuplah dahulu tiga jenis macam perkara lazim yang melingkungi kehidupan ikhwah/akhawat.Tidak salah semua alasan yang diberikan. Tidak salah lakukannya untuk mendakwah fardhiyah adik-adik. Nak tunjuk qudwah hasanah. Tidak salah sama sekali.

Tapi kenapa masih liat juga ya adik-adik nak ikut apa yang kita sampaikan? Rasa macam dah cuba macam-macam.


Jawapannya mudah. Hanya kerana niat. Tajdid niatmu. Lakukan kerana Allah. Sewajibnya kita yang rasa kita ikhwah/akhawat tidak lepak di mall kerana Allah. Kita tidak lagi menonton bola kerana Allah. Kita tidak pakai jeans atau bertudung labuh kerana Allah. Yang lain-lain itu hanyalah niat sampingan. Lupakah kita pada innama a'malu binniat? Lupa pada penjelasan hadis satu?

Jadi ayuh muhasabah diri. Sudahkah segalanya kita lakukan hanya kerana Allah?


Sunday, October 14, 2012

Kerja: Busykah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia pekerjaan. Suatu medan yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya sangat sukar buat para du'at.

Eh? Apa yang sukarnya? Banyak kot masa free orang kerja. Tak perlu study dah.

Pergi kerja pagi balik petang kan. Malam free kot. Weekend tak perlu hadiri kelas tambahan or sewaktu dengannya. Hujung bulan dapat gaji boleh buat infaq kot. Apa yang susah?

Alah alasan je semua tu. Kalau dah niat tu betul kerana Allah, mesti mampu buat punya. Heh.

Begitulah suara-suara sinis yang berbunyi merata-rata. Aku juga dulu begitu. Fikir yang dunia pekerjaan mudah. Mereka yang bekerja itu ada banyak masa. Kami yang sedang belajar ini kesuntukan masa.

Tapi Allah itu sangatlah baik. Aku diberi teguran melalui pengalaman sendiri. Ternyata pemikiran aku silap. Orang bekerja sungguh tidak mempunyai banyak masa seperti orang belajar.

Maka tidak hairanlah ramai yang 'gugur' dari jalan ini setelah memasuki alam pekerjaan.

dan aku kadang duduk termenung. Memandang sungai. Hati gembira bercampur sedih. Gembira kerana melihat ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Air sungai itu terus mengalir tidak kira apa pun. Batu besar yang menjadi penghalang ditempuh jua untuk sampai ke hilir. Sedih kerana memikirkan diri sendiri. Memikirkan apakah nasibku nanti. Adakah aku mampu setabah air yang terus mengalir sampai ke hilir? Allah.

Meremang bulu roma apabila memikirkannya. Sungguh aku tidak mahu menjadi mereka yang gugur. Sungguh aku tidak sanggup.

Aku tidak mahu menjadi seperti golongan munafiq yang menarik diri dari perang Uhud. Padahal merekalah yang beria-ia bersuara agar perang diteruskan walaupun pada mulanya Rasulullah tidak bersetuju jika perang dianjurkan.

TETAPI

Aku mahu menjadi seperti Nusaibah yang pada mulanya hanya sebagai pemberi minum kepada kaum Muslimin di Perang Uhud tetapi akhirnya turut serta dalam berperang demi untuk menjaga martabat Islam.

Aku mahu menjadi seperti Abu Dujanah yang belakangnya kelihatan seperti belakang landak akibatnya banyak anak panah yang tercucuk semasa melindung Rasulullah dalam perang Uhud.

Aku mahu menjadi seperti Hanzalah Ibn. Abu 'Amir yang terkenal dengan gelaran 'ghazilul malaikah' yang bermaksud dimandikan malaikat kerana tanpa teragak-agak meninggalkan malam pertamanya untuk turut serta dalam perang Uhud dan akhirnya syahid tanpa sempat mandi wajib.

Tapi mampukah? Ya Allah. Permudahkanlah.